Nov 25, 2011

Cooter + St Angel Animal Medical Centre

They were plain strays that turned up for food and I fed and cared for them, loved them like my very own cats ... they were wonderful and affectionate, just asking for some food and some safe shelter, and the right to live alongside us humans ..... no evilness in their little hearts .... 
Furkids, Petfinder.my



Isnin lepas saya decide nak bawa Cooter untuk vaksin dan deworm di private vet.Seminggu lebih saya buat research tentang vet mana yang sesuai untuk saya bawa Cooter untuk vaksin dan deworm ni.Mula-mula nak bawa ke Vet Kerajaan.Tapi jauh dan harga pon tak jauh beza dengan sesetengah private vet ni.Saya cari pulak vet area Puchong dan terjumpa satu Vet yang reviewnya dari orang ramai agak baik.Rupa-rupanya dekat je dengan rumah saya.

Selama 4 bulan lebih saya bela Cooter ni, langsung tak terfikir nak bawa dia vaksin dan deworm ni.Ingat bila dah bagi makan, minum dan mandi dah cukup.Rupa-rupanya cara saya tu salah rupanya.Semua ni berubah bila saya secara tak sengaja terbaca forum kat Petfinder.My.Serius sangat bagus untuk peminat kucing macam saya.Sebelum ni saya tak pernah bela kucing sendiri.Cuma masa saya tinggal dengan ibu bapa kat kampung, diorang ada bela banyak kucing.Dari situ la timbul minat saya pada kucing.

Forum Petfinder.My ni banyak mengajar saya cara yang betul untuk menjaga kucing.Dari segi pemakanan, latihan dan macam-macam lagi.Bukan senang sebenarnya nak menjaga kucing yang betul.Especially tentang pemakanan.Baru saya tau rupa-rupanya makanan komersil kucing seperti Whiskas dan Friskies tuh tidak bagus untuk kucing jika diberi makan untuk jangka masa yang panjang.Boleh menyebabkan pelbagai penyakit.Saya juga paham beza makanan komersil, premium dan holistic.Kalau nak cerita panjang lebar memang sampai esok pon tak habis kan...nanti saya cerita untuk next entry.


Saya dan Mr Kudud decide untuk hantar Cooter ke St Angel Animal Medical Centre.Sebelum ni kami selalu hantar Chombee dan Chicken ke Animal Medical Centre,KL.Tapi since dah tinggal Puchong ni, terpaksa la cari alternative lain.First time sampai sana,apa yang selalu saya perhatikan dulu adalah suasana klinik vet tersebut.Staf klinik ni ramai jugak dan ada juga staf Melayu.Lega....Klinik ni jugak ada pet shop corner tapi saya tak pasti pasal harga.Sama ada lagi murah dari pet shop luar atau tak.Perkhidmatan boarding pon ada jugak.1 hari dicaj RM12.Senang la kalau saya nak travel jauh..boleh hantar ke sana je.Staf kat receptionist sangat friendly dan tak kisah kita banyak bertanya.Dari first impression...saya dah suka !

Bila nama Cooter dipanggil oleh doktor, saya dan Mr Kudud masuk sekali.Nasib baik bila kami bawak keluar dari travel carrier,dia tak melawan pon.Diam je.Agaknya nervous tuh.Saya explain kat doktor yang saya nak doktor check telinga Cooter sekali.Sebab saya syak telinga dia ada earmites ( Thanks Petfinder.My for the useful info ! ) Doktor cuci telinga dan ambil sampel earwax untuk diuji.Memang betul tekaan saya,Cooter ada earmites! Untuk vaksin, doktor buat suntikan dan Cooter tak boleh dimandikan seminggu.Deworm pulak doctor cuma bagi pil dan hanya boleh diberi makan Isnin minggu hadapan.Doktor yang merawat Cooter sangat friendly.Senang saya nak bertanya banyak soalan especially tentang decision kitorang nak sunatkan Cooter.Nasib baik harga untuk sunatkan Cooter reasonable ( Tak murah sangat yer ).Caj dalam RM90.Yang tuh saya akan fikir dulu..huhu

Overall hari tuh, rabak jugak duit simpanan saya...
Deworm : RM  7
Vaccination : RM 35
Earmites : 35
Total : RM 77 ( Boleh beli sehelai dress !! huhu )

Cooter punya pasal,layankan je la.Bukannya maintenance tiap-tiap bulan kan.Janji dia sihat.Lagipon rimas tengok dia asyik menggaru telinga je..hehe.So next week saya kena bagi dia makan pil deworm sahaja lagi..Nampak tak gambar di atas.Pet Passport?? Comel kan? Dalam tuh ada semua information kesihatan Cooter bila kita pergi ke vet.Tarikh, info penyakit dan medication yang diberi pada Cooter setiap kali datang ke St angel.Senang bila saya tiba-tiba kena hantar ke vet lain.So doktor vet lain boleh refer dari pet passport je..hehe.Mudah kan?

Ada orang kata saya ni membazir je beli makanan premium dan habiskan duit hantar vet.Saya tak kisah.Kenapa? Cooter ni datang minta makanan depan rumah saya 4 bulan lepas bukan sekadar minta makanan je tau.Dia datang bawa rezeki.Setakat RM 77 hantar vet tuh apa la sangat kalau nak dibandingkan dengan pahala yang dapat.Mungkin dia akan sedikit menyusahkan tapi saya tak risau sebab saya tau dia akan selalu doakan kami.Kalau bukan di dunia, di akhirat nanti.Insya Allah...



From Puchong With Love,
LIZA RAZAK






5 comments:

Unknown said...

ouhh lovely nya :') betul tu, kalau kita beri layanan baik dkt kucing nanti dkt akhirat insyaallah dia bantu kita..

mOon EyEzS said...

dah gumuXs dah dia....dia mmg sll dOakan tuan dia....

^___^

akuiwana said...

baiknya hati awk dn mr.kudud..suka sgt ayat last tu.. :')

Unknown said...

beruntung cooter dpt tuan yg baik mcm ni:) hehe

Suara Kalbu said...

Salam kenal Liza,

Setuju tu Liza. Sebenarnya kalau kita berniat ikhlas menjaga haiwan dengan baik, maka ganjarannya pun baik juga. Kalau nak dikira, pendapatan akak sebagai staff kerajaan ni taklah selumayan mana tapi tanggungjawab menyediakan kelengkapan, makanan dan perubatan untuk kucing-kucing yang akak bela perlu disediakan supaya diorang tu sihat dalam jagaan kita.

Alhamdulillah, akak dah bela hampir 7 ekor sebelum ni tapi skrg dah tinggal 3 tapi setakat ni akak belum lagi putus rezeki. Sentiasa Allah beri nikmat dan rezeki tak diduga di saat-saat akak perlukan.

Mungkin itu berkat doa mereka untuk kita. Siapa tahu kan ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...