Nov 13, 2011

Welcome Aidil Adha

But let there be spaces in your togetherness and let the winds of the heavens dance between you. Love one another but make not a bond of love: let it rather be a moving sea between the shores of your souls.
Khalil Gibran



Aidil Adha tahun ni sangat bermakna pada saya sebab kali ni buat pertama kali dapat menyambut dengan ibu bapa saya setelah berkahwin.Tahun lepas saya dan Mr Kudud menyambut Aidil Adha bersama adik saya dan mak saudara sahaja sebab parents saya mengerjakan Haji di Mekah.


5th November 2011.Bota.

Sepatutnya kami bertolak hari Jumaat malam Sabtu.Kononnya nak balik awal.Tapi disebabkan jam teruk, kitorang batalkan saja niat nak balik awal tuh.Akhirnya sampai di Perak dalam 6 petang.Tu pon jam jugak..hehe.Sampai saja kat rumah, dah ada macam-macam juadah.Ada gulai tempoyak ikan patin, sambal tumis petai dan laksa.Uishhh...jenuh simpan perut !

Malam tuh...saya, Mr Kudud dan adik saya, Akmal pegi ke Manjung.Beli kek Secret Recipe.Kitorang semua tak sempat lagi celebrate birthday abah pada 2 November lepas.So bile semua balik ni,ambil kesempatan celebrate birthday abah sekali


6th November 2011.Bota - Tanjung Piandang

Pagi raya kami simple je.Makan bersama-sama dan solat raya.Semua busy packing baju dan berkemas untuk pulang ke kampung abah di Tanjung Piandang.Family abah ade buat korban dan kenduri cukur cambul anak Pak Su saya.Dalam keseronokan nak beraya tuh, ada pulak cerita sedih.Tak de la sedih sangat pon..hehe.Kereta Honda kami buat hal pulak.Enjin berbunyi.Adeh...workshop pulak tutup aritu.Nasib baik kereta adik saya ada.

Saya rasa dan bertahun-tahun jugak laa saya tak bermalam di kampung Abah.Selalunya balik sana, sekejap je.Excited jugak laa.Sampai je sana, dah meriah dah rumah.Semua sibuk buat persiapan untuk kenduri.Malam tuh, memang kitorang belasah makan sup daging laa.Freshh...


7th November 2011.Tanjung Piandang-Bota-Puchong

Kenduri bermula dalam pukul 11 pagi.Habis je kenduri, saya dan Mr Kudud rehat sekejap then kami kena gerak pulang awal.Haiwan peliharaan dan kereta, kami tinggalkan di rumah parents saya di Bota.So kena balik dulu di Bota, ambil Cooter,Chicken dan Chombee then shoot terus balik Puchong.Memang rasa jauh  laa perjalanan, sebab memikirkan confirm jam teruk bila balik nanti .Nasib baik kami ikut jalan lama ( Teluk Intan - Sg Besar - Kuala Selangor ).Jam sekejap je kat Tanjung Karang.

Memandangkan kami bawak balik lauk-pauk kenduri agak banyak, sampai je KL, tak terus balik dulu.Dalam letih-letih tuh sempat pulak melepak lagi dengan kawan-kawan.Kononnya nak bagi lauk-pauk kenduri kat diorang.Dari plan nak melepak sekejap, sudahnya berjam-jam lepak kat mamak...hehe

Itu je cerita Raya Haji saya.Cerita Raya Haji saya biasa-biasa je.Korang punya mesti lagi menarik kan?




Photographed By : Mr Kudud
Edited By : Liza Razak




From Puchong With Love,
LIZA RAZAK


11 comments:

Mek Onie said...

salam aidiladha kakak :)

dear anies said...

Cantik pic2 tu
salam aidil adha

Unknown said...

saya balik hri isnin, jalan lengang habis. balik bota hari jumaat pun mcm tu. mmg x jam:D kalaaaau x==" jenuh dduk dlm kereta

myra yusreena said...

wahh cntek la incik kudud amek gambaa..ahaa nmpk mcm..ehm tataw ah cne nk ckp..tp cntek laaa..hehe :DD

IFA Athirah said...

waah.klasik sungguh gmbr2 awk

einz said...

salam aidiladha kak liza~

aliza zeke said...

gamba2 cantik :)

~Beb~ said...

Ctk sgt ur touch!

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

salamaidiladha. best kan dpt merasai suasana kampung:)

Wawa T said...

pergi balik jam.. penat sangat.. anyway kampung place yang paling best balik bercuti.. :)

idasm said...

suka pic yg ada anak dara tiga org tgh main kat dalam rumah tu.. tersendiri...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...