May 18, 2012

Starbucks Global Month of Service (Part 2)

{ Sungai Congkak . 12th April 2012 }


" Let's make our communities thrive "
Starbucks Community Service


Ini merupakan pertama kali saya dan Mr Kudud sama-sama menyertai community service.Kami sangat beruntung kerana dijemput oleh kawan kami Ehsan Selamat untuk menyertai Starbucks Community Service untuk membersihkan Sungai Congkak.

Kami sampai di Sungai Congkak dalam pukul 9 pagi.Sebelum itu kami breakfast beramai-ramai dengan staff Starbucks dari outlet Kota Damansara dan One Utama di Mamak Original Kayu, Kota Damansara.Sampai je kami kat Sungai Congkak, saya agak terkejut jugak sebab ramai gile staff Starbucks berkumpul di sana.Kami diberitahu oleh Ehsan, semua manager dan assistant manager dari semua outlet Starbucks Lembah Klang turun padang untuk menyertai program ini.Setiap outlet disarankan mengajak dan membawa loyal customer mereka untuk bergabung tenaga untuk menjayakan Global Month of Service ini.

Sebelum memulakan aktiviti Sungai Congkak ini, kami diminta berkumpul dan diberikan taklimat ringkas.Kemudian kami semua beramai-ramai membuat warm-up session dan dibahagikan ikut kumpulan.Saya, Mr Kudud, Ehsan dan staff Starbucks Kota Damansara dan One Utama yang lain diletakkan dalam kumpulan yang sama.Team kami diberi nama 'Merbau'.Semua nama kumpulan diberi nama mengikut nama-nama pokok yang ada di Malaysia seperti nyatoh, meranti dan lain-lain.Kemudiannya kami dibawa ke kawasan pembersihan yang ditetapkan mengikut kumpulan dan diminta membersihkan kawasan tersebut secara gotong-royong.

Team kami memang sporting especially staff Starbucks.Sesetengahnya kami baru kenal tapi kami semua sangat mesra antara satu sama lain.Masa saya mengutip sampah-sampah di Sungai Congkak tu, saya rasa sangat bertuah kerana menyertai program sebegini.Kenapa? Sebab program sebegini sangat memberi kesedaran tentang sifat cintakan alam sekitar.Macam-macam sampah sarap yang kami jumpa.Rasa marah pon ada sebab di sana tong sampah disediakan di merata tempat tapi pengunjung sewenang-wenangnya membuang sampah merata-rata.Serius lepas ni..saya tak akan suka-suka hati membuang sampah merata-rata !! Fikir dahulu sebelum buang

Tak sangka pulak team kami ni gila bergambar.Nasib baik saya bawak DSLR saya just in case kalau nak guna.Rupa-rupanya sangat berguna ! Buktinya kat atas ni, macam-macam aksi kami dapat rakamkan dalam gambar.

Setelah hampir 2 jam membersihkan Sungai Congkak, kami diminta berkumpul kembali untuk menebus Goodie Bag Starbucks, air, dan makanan sebelum pulang.Sebelum itu, setiap orang diberikan sekeping kupon untuk menebus Goodie Bag.Letih dan penat tu hilang serta-merta sebab kami boleh minum air percuma dari Starbucks.Bukan air mineral tau...hehe.Free pulak tuh..Goodie Bag dari Starbucks tu memang awesome.Paling best sebab dapat voucher dari Starbucks.Confirm tiap-tiap hari saya minum Starbucks !!

Highlight of the day sudah tentunya ditemu-ramah oleh media dari New Straits Times dan The Sun.Sebelum tu kami diminta oleh pihak Starbucks untuk menceritakan perasaan dan pengalaman kami di sana.

Event ni memang selalu diadakan.Kalau anda semua nak join, boleh dapatkan info dari facebook Starbucks Malaysia ataupon boleh bertanya kepada barista-barista di outlet Starbucks kegemaran anda.Serius tak rugi join community service sebegini.Boleh dapat kawan baru , pengalaman baru yang yang paling penting anda dapat membuat kebajikan ! Confirm next time kami nak join lagi.Seronok mengisi cuti weekend dengan aktiviti yang berfaedah seperti ini.


Thank You Starbucks Malaysia !!


From Puchong With Love,
LIZA RAZAK






40 comments:

Gieyana said...

sweet lah pics uols Liza..cantikk!

Nurul Husna Mohd Hassan said...

seronok buat aktiviti macam ni dengan kawan2 =)

dear anies said...

bla nyer kuar tv nnt?

fiqas said...

banyak kali nk pegi sg congkak tp tak pernah jadi..

Unknown said...

waaa..sama2 jge kebersihan sungai kita,,well done :)

adyna AB said...

itu la liza , org lain buang sampah org lain kena cuci, :) kalu semua ada kesedaran mesti lagi cantik tempat nie kan..

♥MAMASYAZA♥ said...

best ada aktiviti camni, meriah suasana

ainraus said...

awwww. bestnyaaaaaa!
dah lama tak pergi sg congkak. :)

dear yayah said...

wah, bgusnya buat charity service cmni rmai2.. rasa semangat je kn? huhu

Mak Wardah said...

nice blog liza, congratulation to starbuck peoples that care about earth

Anonymous said...

lama dh tak dtg cni..sbb mandi ank jadi demam...huhu

HeNRieTTa JoSe said...

mkin lamer...mkin sweet plak tuan blog...

Badrina Ibtisam said...

Wahh bestnya!! ^^

nia said...

selain dapat main air sungai. dapat gak la berbakti. aktiviti mcm ni mmg awsome la.

ellynadyra said...

teruskan usaha murni tu liza....syukur ada insan cam liza

Mek Onie said...

best woooooooooooo aktiviti gini :D

Unknown said...

seronoknye dpat join ramai2..hehe

bkan wat comnty srvce je, dpt enjoy ag :)

Akak Kembang said...

bab goodies bag free tu yg best liza...

Mummy Chubby said...

Tiba-tiba teringat kwn Mummy yg sgt addicted to starbucks...salam kenal. *peace*

.Nina Sakinah. said...

bestnya akak! :)

Liza Razak said...

@gieyana : thank u sis :)

Liza Razak said...

@nurul husna mohd hassan : betul tu..mmg best !!

Liza Razak said...

@khairin anies : x tau la saya kak

Liza Razak said...

@fiqas : nanti make sure kasi jadi tau :)

Liza Razak said...

@bella : thank u :)

Liza Razak said...

@adyna : betul tu !

Liza Razak said...

@mamasyaza : mmg meriah dan best

Liza Razak said...

@ainraus : best..saya pon br 1st time pegi

Liza Razak said...

@dear yayah : betul tu :)

Liza Razak said...

@mak wardah : thank u sis :)

Liza Razak said...

@jemarisuri : ye ke sis? harap2 anak sis cepat sembuh :)

Liza Razak said...

@henrietta jose : hehe

Liza Razak said...

@badrina ibtisam : mmg best..nnt awak pegi lah bila cuti

Liza Razak said...

@feza : betul tu :)

Liza Razak said...

@ellynadyra : thanks for your support :)

Liza Razak said...

@onie : memang best !!

Liza Razak said...

@alya manip : betul tuh..yg penting enjoyy !!

Liza Razak said...

@alin marlini : betul tu sis..kalau nak beli sendiri memang tak dapek la..hehe

Liza Razak said...

@mummy chubby : saya pon addicted jugak..hehe

Liza Razak said...

@siti sakinah binti ishak : hehehe..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...