Sep 18, 2012

Make Up Review : Benetint by Benefit Cosmetics



Benetint : Rose-Tinted Lip & Cheek Stain

Atas permintaan dari kawan-kawan di Instagram, hari ini saya nak review pasal Benetint : Rose-Tinted Lip & Cheek Stain daripada Benefit Cosmetics. Sebelum ini untuk blusher selalunya saya guna blusher daripada M.A.C. Tapi lama-lama pakai jadi boring pulak. Terus google pasal blusher dari brand lain. Daripada review yang saya baca, ramai yang mengesyorkan Benetint ni. Mudah dipakai dan tahan lama.

Bulan puasa lepas, saya ajak Mr Kudud pergi ke booth Benefit Cosmetics di One Utama. Promoter Benefit tu suruh saya cuba sendiri produk Benefit ni. Kebetulan ada promotion. RM 20 discount daripada harga asal. Saya suka packaging Benetint ni dan yang penting Benetint ni boleh digunakan 2 cara. Satu untuk blusher dan satu lagi boleh digunakan sebagai lip gloss. Sangat praktikal. Bau Benetint sangat best - ada bau rose. Pipi dan bibir confirm berbau rose..hehe. Untuk sesiapa yang suka blusher yang praktikal, wangi dan nampak natural, saya memang syorkan Benetint ni.


Cara-cara menggunakan Benetint :

Blusher
1. Buka penutup Benetint. Bila dibuka botol akan menjadi 2 bahagian ( seperti gambar kedua di atas ) Di bawah penutup botol  merupakan berus yang akan digunakan untuk menyapu cecair Benetint di pipi dan bibir
2. Celupkan berus ke dalam botol Benetint.
3. Sapukan 2 baris di pipi ( seperti gambar di atas )
4. Kemudian cepat-cepat sapukan mengikut rangka pipi sehingga rata menggunakan jari.
5. Kalau korang rasa merah blusher tu akan kurang menyerlah, ulang balik langkah di atas sampai korang berpuas hati.

Lip Gloss
1. Celupkan berus ke dalam botol.
2. Kemudian sapukan ke bibir seperti korang menyapu lip gloss.

Mudah kan? Inilah hasilnya. Saya memang suka blusher yang nampak natural dan tak terlalu ketara.


Info Mengenai Benetint

1. Harga retail di kaunter Benefit Cosmetics : RM 143 (12.5 ml ) . Cuma hari tu saya dapat harga dalam RM 120 sebab ada promotion dari Benefit sempena Hari Raya
2.  Kalau pakai untuk travel pun sangat praktikal, cuma simpan di dalam handbag, nak touch up blusher dan bibir pun mudah
3. Memandangkan tekstur Benetint ni berbentuk cecair, korang tak payah risau muka berbelak-belak ataupun warna blusher tidak sekata pada pipi.
4. Satu je yang saya kurang gemar sikit pasal Benetint ni, bila menggunakan jari untuk menyapu Benetint di pipi, jari akan berwarna merah. Cara paling mudah untuk menghilangkan warna merah tu, lap jari menggunakan facial wipes ataupun baby wipes selepas menggunakan Benetint.


Selamat Mencuba !


Love,
LIZA RAZAK




25 comments:

Everything's Everythings said...

wahh 2 dalam 1 tu ;D

✿Lady Ainaa✿ said...

cantik, warna merah dia natural... blh buat blusher lagi.. harga pun cantik, insyaAllah I wanna grab one...

Riena Haiqal said...

natural la warna dia... cantik sangt...

ieedaz @ mama_isha said...

cantikk!

Alin Marlini said...

bestnye..2 in 1..senang...suka sangat..

tapikan Liza..kalau kulit berminyak sesuai ke..takut comot plak nnt...

Kesuma Angsana said...

wah cantik sesuatu yg len dari yg len lah Liza

Riri Yoorin said...

ewhemmmm pewweit cantik uolss..

Riri Yoorin said...

pewwwiit cantik yeeer

O CIKTEDDY said...

suka tngok org mekap tp x pndai =='

Aida Jelita said...

the colour just nice

Ibu ADAM AIDIL ALIF said...

Suka dengan product cenggini sebab mudah esp kalau nak kelihatan natural. Sy ada satu dr FACESHOP. Harga xleh compare la.. Jauh beza!!! Hahaha hahaha.. Ini je la mampuuu... Nak tengok jengahlah sini..

http://adamaidilalif.blogspot.com/2012/07/jeju.html

cik chinta said...

neutral je. cumil. mana combi? lama x dgr cite

Syazana Zainn said...

naissss :D

tp mahal gak harganya untuk blusher tu.hihi

selalu schaze mekap tak suka pakai blusher sbb pipi dah tembam..agagaaga

-xoxo-

Crew Fathi said...

wa suka tgk pompan yg tak pakai make up yg terlampau.. hoho.. suka simple2..

syakirah izwanie said...

Alala, kita tk pakai make up. Hihik >.<

Rara Nasiha said...

nice, boleh cuba nie :)

Asma Azuani said...

wahh very two in one kan..kene kumpul duit nih baru bole beli..hehe

ainraus said...

sis. i tak pandai pakai blusher. acane?

Nurul a.k.a Riko said...

Pernah cuba di counter...mmg cantek kaler merah tu bila kita oleskan di lips dan jugak nak buat blusher...awesome!

Tp kan..ahkak lagik tertarik dgn mascara dan eyeliner yg Liza pakai..nampak cantek & kemas jer.

norhidana said...

cantik.... harga pun berbaloi... mule2 akak ingtkan apa td

HeNRieTTa JoSe said...

chantek.....sangat chantek....

O'gosh Iskandar said...

mmg best kan benetint tu...

Delimasari said...

wauuuuu - 2 in 1

Zura said...

xpandailah bab2 make up nie...hehe..

Sharz said...

ehem..kite pon ade benetint nie tapi dapat free je dari cleo..kite tak reti guna sebab die cecair bile letak kat pipi tak pandai nak ratakan..huhu.. :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...