" When you are joyous, look deep into your heart and you shall find it is only that which has given you sorrow that is giving you joy. When you are sorrowful look again in your heart, and you shall see that in truth you are weeping for that which has been your delight. "
Khalil Gibran
{ Puchong - Bota . 15th August 2012 }
Kali ni cuti raya saya paling lama dalam sejarah. 12 hari ! Mr Kudud memang ambil cuti raya lama tahun ni. Kami mula balik kampung pada malam Rabu, 15/8. Kami singgah di rumah parents saya dahulu di Bota, Perak untuk berbuka puasa bersama-sama family saya dan menumpangkan 2 ekor kucing saya, Cooter dan Cici di sana. Bayangkan kami kena mengangkut 2 ekor kucing dan seekor burung dalam kereta...memang penuh gila dengan perkakas diorang ! Tapi meriah !
{ Kangar, Perlis . 16th August 2012 }
Malam Khamis kami terus bertolak ke Kangar. Tahun ni turn raya pertama dan kedua di kampung Mr Kudud. Tahun ni dapat juga saya berpuasa dan merasa membeli juadah berbuka puasa di Kangar. Ada antara juadah di sana memang susah nak dapat di KL. Selalunya bila saya balik Kangar, setiap malam mesti saya akan ajak Mr Kudud melepak di gerai Char Kuey Teow Abang Zam berhampiran dengan bangunan KWSP Kangar. Memang selalunya gerai ni jadi port kami melepak dengan kawan-kawan yang tinggal di Perlis :)
{ Pekan Rabu, Alor Setar . 17th August 2012 }
Hari Jumaat pulak kami ke Pekan Rabu, Alor Setar. Mr Kudud nak beli capal katanya. Dah bertahun jugak saya tak pernah ke sana. Rugi betul tak bawak DSLR haritu sebab ada banyak benda menarik yang saya boleh snap. Mr Kudud pulak sporting sebab bawa saya jalan-jalan kat Alor Setar. Best sangat!
Aidilfitri : Day 1
{ Kangar, Perlis . 19th August 2012 }
{ Kangar, Perlis . 19th August 2012 }
Raya pertama di Kangar memang best sebab saudara-mara Mr Kudud semuanya tinggal berdekatan. Memang senang nak menziarah. Sehari sebelum tu, kami sekeluarga bertungkus-lumus mengemas rumah dan membuat persiapan terakhir raya. Saat paling syahdu bila mencium tangan Mr Kudud di pagi raya. Alhamdulillah.. saya masih lagi diberi peluang oleh Allah untuk meminta maaf dan mencium tangan suami di hari raya. Tema baju raya kami tahun ni ialah songket gold + purple.
Aidilfitri : Day 2
{ Taman Perlis, Kangar . 20th August 2012 }
Raya kedua pulak kami sambung menziarah sahabat handai di Taman Perlis dan Kangar. Sempat singgah di rumah sepupu Mr Kudud, Aida Azryn. Mesti ada antara korang yang kenal Aida Azryn ni kan. Dia ni pun blogger jugak. Selain daripada itu, kami beraya di rumah pelakon Ezany Nizariff. Dia ni pun sepupu Mr Kudud jugak. Bayangkan kitorang beraya sampai pukul 2 pagi. Memang letih gila !
Aidilfitri : Day 3
{ Bota, Perak . 21st August 2012 }
Raya ketiga pulak merupakan turn balik ke kampung saya pulak di Bota, Perak. Seronok sebab dapat makan lemang buatan mak saudara saya. Mak saya pulak tak henti-henti masak lauk-pauk kegemaran saya. Kalau tak gemok tak taulah sebab saya rasa sepanjang stay kat sana kerja saya makan je..hehe. Raya keempat pulak kami beraya di Gopeng, kampung sebelah mak saya.
Aidilfitri : Day 6
{ Gerai Mee Berasap Kak Ros, Sungai Baru . 24th August 2012 }
Hari Jumaat malam , saya, Mr Kudud dan family saya bertolak ke Tanjung Piandang, kampung sebelah abah saya. Ada majlis bertunang mak saudara tiri saya. Dalam perjalanan balik tu, kami sempat singgah makan di Gerai Mee Berasap Kak Ros. Agak famous jugak di sana. Apa yang specialnya mee berasap ni? Actually mee ni lebih kurang mee udang yang biasa kita makan tu. Bezanya mee ni dihidangkan dalam sizzling plate. Gerai ni special dengan ketam dan udang yang fresh. So korang boleh pilih nak makan mee udang berasap ataupun mee ketam berasap. Ada menu lain jugak. Kebanyakkannya berasaskan hidangan udang dan ketam. Puas hati gila makan kat sana. Murah dan portion besar. Kalau kat KL, memang tak dapat la nak makan macam ni !!
Aidilfitri : Day 7
{ Tanjung Piandang, Perak . 25th August 2012 }
Memang tradisi family abah saya kalau ada kenduri kendara, mereka akan rewang beramai-ramai. Seronok tau rewang ni. Boleh rasa kemeriahan kenduri-kendara. Ramai saudara-mara sebelah abah saya datang. Menu special haritu sudah tentulah wadei kepeng, bubur tradisi orang Banjar. Haritu saya ditugaskan untuk menjadi mak andam untuk mak saudara saya. Mr Kudud pulak jadi photographer...hehe
{ Pasar Minggu Changkat Jering, Perak }
Waktu kami pulang dari majlis bertunang mak saudara saya, kami singgah di Pasar Minggu Changkat Jering. Favourite spot saya kalau balik Tanjung Piandang. Sebab laksa kat sini memang marvellous gila. Wajib singgah !! Kat sana memang famous kalau nak beli ikan kering, ikan masin dan kuih-muih tradisional. Saya dan Mr Kudud pulak excited memborong ikan pekasam dan ikan masin untuk dibawa pulang ke KL nanti. Ala..bukannya selalu dapat datang ke sana kan...
Raya tahun ni memang puas hati sebab dapat beraya lama..korang pulak macam mana? Seronok tak? Nanti saya update pulak gambar-gambar dari DSLR pulak untuk next entry ok?
Love,
LIZA RAZAK
Raya tahun ni memang puas hati sebab dapat beraya lama..korang pulak macam mana? Seronok tak? Nanti saya update pulak gambar-gambar dari DSLR pulak untuk next entry ok?
Love,
LIZA RAZAK
45 comments:
Lamanya awak beraya... heee. Saya satu hari je.. uhuk uhuk. =D
bestnya... wah tak sangka Ezany tu sepupu Mr. kudud.. hehehehee.. kirim salam ye.. (^_^)
Wah meriahnya raya dgn family yer..:) mcm sedap je mee udang berasap tu..huhu
pergggghhhhh...meriah sungguh raya korang ye! best je..hehehe
raya kitorg kali ni pun seronok jugak. cuma x dpt bergambar mase beraya kt JB sbb c bam bam x brp sihat. mood kitorg pun ke laut jugak. huhuhu
Waa..beshnya . .lagi satu nak puji suke tengok gmbr2 sis edit .menarik sangat :)
bestnya bnyk tempat beraya dgn makanan yg sedap22222
Akak balik ke Ipoh aje
hoho...mmg dasat betul liza beraya....kaler raya pertama comel...dah macam pengantin plak...
kampunye jauh.. mmg padan laa cuti lame..
meriah raya akak.. e'in raya xbape meriah sgt.. hehe
Wah suka gila entry ni, tapi kenapa tak ada gambar untuk hari ke 4 dan 5? Saya tak pernah jejak Perlis seumur hidup saya :(
http://palereddot.blogspot.com/
seronoknya beraya sambil jalan2. :)
wah meriahnye raya dia jln merata sana sini.oh org Bota ke?akak dok Seri Iskandar skrg..raya pertama di kg akak Klang selangor raya ke3 beraya kg asben lak di Kedah.
wah....mmg happening la....suka lew...
Waahh senangnya cerita dgn gmbar cmnih xD
xpernah terfikir plak nak buat..
Mee berasap tu mcm mee kari je,nampak sedap..ke lain kuahnya?
Apa lagi makanan yg ak nk comment eh... haha
wahhh, bestnya beraya kat kampung kan...nadia punya kampung tak berapa kampung sangat...
memang seronok dapat cuti lama2 kan!
hehee...selamat hari raya utk kak liza & family! =)
Selamat hari raya Liza (terlambat pulak ucapannya :) )
oo..both of you orang utara.. saya teringin betul singgah pekan rabu.. lama tak pegi sana..
bestnyaaa...byk foods...sy suka!!
mine is not awesome...huhu~
meriahnya raya dia ek..macam2 aktiviti..best :)
Liza.. waa kita yang nengok pic2 kamu on happening jee best2 berjalan sakan
mariahnyeeeeee. banyak gambar cecantik. meriah dengan makanan yang sesedap. huhu
err Liza kahwin dah berapa tahun? Ni baru first time raya kat belah Mr Kudud ke?
*konpius
oh.. Pekan Rabu.. rinduunya :)
cantik nya gmbar jealous lah tengok meh pinjam camera sat!
@reenapple : tu la..mmg lama gila..hehe
@ Riena Haiqal : Insya Allah sis
@Ummu Ilham : memang sedap sis :)
@Sue-Rya Qistina : kami pun sebenarnya tak banyak snap gambar berbanding tahun lepas..sampai raya kedua je lps tu dah malas...hehe
@cikeyrah : thank u sis :)
@Delimasari : best tu dapat balik beraya kat ipoh
@O'gosh Iskandar : hehe..thank you :)
@E'in : janji beraya..ye tak?heheh
@Arham Md Ali : time tu saya dah malas nak snap gambar..hehe
@Chic Na : memang seronok sangat :)
@inazamri : seri iskandar kat mana tu? kg saya kat titi gantung...
@HeNRieTTa JoSe : thank you sis :)
@Everything's Everythings : kuah dia rasa lain sikit..lebih kurang rasa mee udang
@Nadia Azira : thank you...selamat hari raya sis :)
@Rai : saya pun dah lama tak pergi sana...tapi pekan rabu kalau shopping makanan mmg heaven :)
@namasayatihah : eh..kenapa pulak tu?
@Dylla Abas : Alhamdulillah :)
@Hasrina : me too :)
@Riri Yoorin : thank u sis
@Asma Azuani : thank you sis :)
@norinaomar : saya kawin dah 2 tahun..ini sebenarnya dah 2nd time beraya..cuma first time puasa kat sana
@ros_reeza : pekan rabu memang best !
@Aida Jelita : saya guna hp je amik gambar ni :)
Post a Comment