Sep 10, 2012

Rewang

{ Tanjung Piandang, Perak . 25th August 2012 }


“We are travelers on a cosmic journey,stardust,swirling and dancing in the eddies and whirlpools of infinity. Life is eternal. We have stopped for a moment to encounter each other, to meet, to love, to share.This is a precious moment. It is a little parenthesis in eternity.”
  Paulo Coelho,
The Alchemist




Seronok betul bila beraya di kampung. Walaupun kadang-kadang serba-serbi kekurangan daripada tinggal di bandar, tapi suasana di kampung takkan sama seperti di bandar. Saya sangat bertuah sebab rumah arwah tokwan abah saya betul-betul di perkampungan nelayan melayu dan terletak di tepi sawah padi. Memang happening kalau balik. Haritu kami sebelum balik semula ke KL, saya satu family bermalam di kampung abah saya sebab ada majlis pertunangan mak saudara tiri saya pada keesokan harinya, hari Sabtu.

Memang menjadi tradisi family abah saya, kalau ada kenduri-kendara, awal pagi lagi kami semua akan rewang beramai-ramai. Masak lauk-pauk menggunakan kayu api di tepi sawah. Memang teruja sangat. Family abah saya ni orang Banjar, memang selalunya masak bubur Wadei Kepeng kalau ada keramaian. Part paling best bila rewang ni sebab boleh dengar saudara-mara riuh rendah membuat kerja bersama-sama. Al-maklumlah jarang berjumpa, sekali-sekala berjumpa banyak betul topik yang nak dibualkan.Haritu menu kenduri adalah ikan keli goreng, ayam goreng,sambal kuinin, kangkung rebus, sambal udang petai dan gulai labu. Menu simple tapi kalau makan confirm tambah nasi 2 kali ! Nanti saya ceritakan dan upload gambar-gambar majlis pertunangan mak saudara saya esok :)




Love,
LIZA RAZAK








25 comments:

✿Lady Ainaa✿ said...

I love to stay at village rather than at town.. suka sangat tgok suasana kg, rindu sgt nak tidur kat kg... hurmmm.. apabila melihat gambar sis ni, sayu je hati teringat kt kg ena yg sudah tak berpenghuni...

Maria Menado~ said...

meriah kan duk kg. :)

Chic Na said...

bestnya rewang beramai2. yg bulat2 putih tu ape?

ainraus said...

sis. nampak sangat best. ain tak pernah rasa suasana macam ni. :'(

norinaomar said...

kampung saya dah moden sikit..kalau rewang dah tak pakai kayu api, masak atas tungku yang guna gas tu..

azalia hjsalleh said...

i love Wadei Kepeng so much !
arwah nenek lya pun org banjar..
tanjung piandang tu dkt je la dgn titi serong =)
masakan org banjar mmg sedap
apa2 mesti nk cicah dgn air asam

ieedaz @ mama_isha said...

merewang ni mmg best kan..seronok sgt!

pinky said...

rewang macam ni mmg seronok...last rewang umah sy ms kenduri kawin abg bln 3 ari tu...=)

Rai Ourkizuna said...

meriah betul..saya suka time2 macam ni..agaknya "rewang" ni bahasa orang banjar..tapi di johor org memang panggil acara ni rewang..cuma bila saya cakap pada husband (orang kelantan menetap di kedah) dia tak paham..hehehe..

Riena Haiqal said...

wah teringat kat kg pulak.. sama kat kampung mak saya.. asal ada kenduri kendara jer mesti ada aktiviti rewang ne.. seluruh keluarga berkumpul..

Pen Biru said...

kampung arwah tok dan wan sy di kedai 2.wadai kepeng ni feveret sy..teringin pulak nak makan.moyang2 sy dulu pun dari Banjar + Pulau Laut Kalimantan Selatan..so tanjung piandang ni dah tak jauh dgn kampung arwah tok wan sy

norhidana said...

seronoknyer dik, sbb dkt sawah padi... mmg suasana kt kg sgt2 berbeza ngn bandar, tiap kali balik kg msti berat hati betul nk balik bandar... rasa aman nyaman je kalu blaik kg...

akak baru nk tanya apalah yg penyet2 kt talam tu, itu ke wadei kepeng tu dik? nnti upload lah gambar, teruja nk tau masakan org banjar

Mak Wardah said...

Thanks Liza for the wonderful, pictures...Ya Allah akak suka sgt2 gambar2 tu. Image of perpaduan, kerukunan & everything about kampung & malay life. Tqvm for sharing

Gieyana said...

Mmg meiahnya suasana..sy pon btuah kerana both side mmg dr kg..:-)

ct cheery said...

best tengok suasana rewang..

Hanamiko Sakura said...

wahh, sis cakap jawa.. :D

rewang memang best xD

Alin Marlini said...

Kak Alin suka kalau kampung ala2 ada sawah padi...

Liza..apa benda bijik2 kaler putih sebelah cerek tu..

And....cantik sangat gamabr2

Aida Jelita said...

sekali tengok tepung yang bulat bulat tu dah macam red blood cells dah cumanya dia warna putih je

Kesuma Angsana said...

suka dgn semangat gotong royong bila kat kampung ni!

cleoptara | aidazura said...

bestnyerrr...suasana kampung plus makanan sedap, saudara mara...rindu nak balik kampung :(

HeNRieTTa JoSe said...

Wadey kepeng xpernah mam....tp picta putih putih sgt sweet.....itu kew wadey kepengnye?

widiea azira said...

yg putih atas sekali tu ape eh?

mamawana said...

Cantikssss banget foto2 sini

ellynadyra said...

meriahnya liza.....tak sangka liza pun org banjar...hehehehehhe....bisa basurah banjar hak?

♥MAMASYAZA♥ said...

sronoknya tgk majlis rewang, meriah suasana

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...