Nov 8, 2012

friendlyfashion.my Addiction


" What's money? A man is a success if he gets up in the morning and goes to bed at night and in between does what he wants to do. "
Bob Dylan
 
Perasan tak saya agak lama tak update blog macam selalu? Salah satu sebab kenapa saya jarang update blog sekarang, saya obses sangat dengan friendlyfashion.my. Sebelum ni saya ada cerita mengenai friendlyfashion.my di dalam entry INI. Saya rasa ramai yang dah tahu pasal friendlyfashion.my. Ia merupakan satu komuniti di mana kita boleh menjual dan bertukar pakaian dan aksesori  pre-loved. Selain daripada itu ada ruangan forum untuk korang bertukar pendapat dan laman blog. Saya pun baru sahaja aktif menjual barangan pre-loved saya kat sana. Seronok betul jual barangan pre-loved kat sana. Sebab ada beribu-ribu potential customer kat sana. Hampir tiap-tiap hari saya berjaya menjual pakaian pre-loved saya. Yang paling saya suka, kalau kita tak nak membeli, kita boleh swap @ menukar barangan kita dengan member friendlyfashion yang lain. Best kan? Tak payah keluar duit pun, hanya bayar yuran pos sahaja. Jimat dan mudah kan? friendlyfashion ni memudahkan korang berinteraksi dengan seller, maksudnya korang boleh pm sendiri seller untuk bargain harga ataupun bertanyakan tentang condition barangan. At least sebelum korang membayar, korang dah ada info serba sedikit tentang barangan yang hendak dibeli dan harga yang memuaskan hati.


Hippie Leather Bag ni saya beli dengan harga RM 25 sahaja daripada sis Helina (helinamohdnoor). Bayangkan leather bag boleh dibeli dengan harga RM 25 sahaja! Walaupun beg ini bukan dalam condition yang baru dan ada beberapa defect yang lain, tapi pada mata saya, kalau pandai digayakan, pasti nampak cantik. Yang penting saya dapat barangan baru yang unik dengan harga yang murah


Aztec Boyfriend Cardigan ni saya tukar dengan Diandra Arjunaidi (iamdiandrasbaju). Mula-mula terkejut jugak bila Diandra ajak saya swap barang. Diandra ni merupakan artis di bawah Yuna Records. Sangat friendly orangnya. Memang puas hati dapat swap dengan Diandra ni. Dia pulak ambil maxi skirt polka dot saya. Cardigan ni sangat praktikal dipakai dengan skinny pants. Saya hanya keluarkan duit untuk yuran poslaju sahaja. Selain daripada itu, kos untuk mendapatkan cardigan ini adalah percuma. Saya boleh dapat barang dan gaya yang baru tanpa mengeluarkan duit yang banyak

So..inilah hasilnya bila saya gabungkan 2 barang yang saya beli di friendlyfashion.my. Haa...kan dah dapat gaya baru ! Modal saya hanya RM 25 ( Bag ) + RM 12 (Yuran Poslaju Untuk Cardigan + Bag ) = RM 37


Kalau korang ada banyak pakaian yang korang dah tak berminat nak pakai lagi, apa kata promote pakaian pre-loved korang di friendlyfashion.my daripada korang buang begitu sahaja. At least boleh juga menambahkan pendapatan dan menambah kenalan. So mari support friendlyfashion.my !



Ini merupakan profile (liza_pypylamb) saya di friendlyfashion.my. Kalau berminat nak tengok barangan pre-loved yang saya jual..boleh klik gambar di bawah :






Love,
LIZA RAZAK









24 comments:

Gieyana said...

menarik nih..leh joint nnt..:-)

suwara entertainment said...

bestnya dear. awk ni mmg cantiklah pakai ape pun. hehehe

nurdani said...

murah, berbaloi dan cantik!

محمد رازيق said...

thnks singgah blog sy yg bersawang tu.hehe. awak terer bab fesyen n. nnt bley mintak tnjuk ajar. hehe

ct cheery said...

a'ak..menarik!!mcm best jer kan

Len Inouie said...

Hmm... hari tu dah jenguk2 web tu. RAsa macam nak tp tak cukup nafsu lagi untuk nak pursuit. Haha...

:)

Anonymous said...

best nye... nnt saya nak cuba lah :)

Jahirah said...

memudahkan urusan ni...mcm sistem barter lak...;)

Unknown said...

Hahahha hahahaaa... btol tuuu... Dah joint jugak. Ada yang dah selamat di'swap' dan ada juga yang dah juallll.. Best!!!

Unknown said...

ala....nakla beg tu..cantik

Unknown said...

husna dah tgk dah review pasal friendlyfashion nie hari tuh..teringin jugak nk join..huehuehue..=)

✿INA AINAA✿ said...

oh great!!! sangat2 cantik.. nanti boleh la join.. skrg ni ngah bz sikit.. =(

Riena Haiqal said...

thanx Liza...saya memang byk bju yng tak leh dipakai lg, boleh la sya join juga

Nur farahiza said...

sangat suke awak berfashion laa

haz said...

haz x berkesempatan lg nk berurus niaga kt situ sbb tgh bz ngn study. wuu >.<

Anonymous said...

ooOo baru js tau...ada gak jual camni ekk...nti lah js try usha2..kot2 ada berkenan..^^

Sharz said...

cantik!!!! sangat matching!! suke sgt tgk gamba awak!!tapi lagi suke bile ade entry pasal kucing..hehe.. :)

haryati said...

erm...menarik gak ye...

Salmi said...

Balas kunjungan..

Nurul Husna Mohd Hassan said...

kalau pandai bergaya memang cantik :)

Jna marcello said...

wah menarik bole laa na kosong kan almari lepas ni ;)
idea yg bagus

Raz said...

memang cantik beg tu!

Aleda Boyd said...

thanks for liking my style =)
hey, i havent tried swapping with FF yet..gonna try soon..waiting for your maiden post in their blog!

http://exquisitely-aleda.blogspot.com

Nurul Says said...

waaaaaaaaaah!! ada sign up tp tak aktif..thnk u for the info dear

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...