Nov 12, 2012

#Skyfall

{ GSC Tropicana City Mall . 6th November 2012 }


" Youth is not a guarantee of innovation."
James Bond



Selasa lepas, saya, Mr Kudud dan kawan-kawan pergi menonton wayang beramai-ramai. Dah lama jugak kami tak buat aktiviti macam ni bersama-sama. Nak pulak semuanya peminat James Bond. Saya pulak memang dibesarkan dengan cerita James Bond dari sekolah lagi sebab abah saya memang peminat tegar James Bond..hehe


 Kami sampai agak awal malam tu. Sebelum menonton wayang, semuanya pakat mencekik hotdog dan camwhoring terlebih dahulu. Memang seronok habis masa tu. Macam-macam gaya ada..gaya pengemis ada, gaya pelahap makanan ada. gaya orang susah pun ada...hehe. Semuanya cacat otak !


Bagi saya, Skyfall ni memang unexpected sikit. Sebelum masuk wayang, saya dah terbayang gadget terbaru James Bond dan kereta Aston Martin yang canggih-manggih dalam Skyfall ni. Tapi agak sedikit terkejut jugak sebab Skyfall ni kurang gadget yang hebat-hebat seperti sebelum ini. Mungkin Skyfall ni merupakan permulaan era James Bond yang baru, yang agak realistik. Yang saya perhatikan. filem ini lebih membawa kita ke zaman James Bond lama-lama dan agak tradisional seperti scene akhir masa James Bond membawa lari M ke Scotland dengan kereta Aston Martin lama. Lakonan Daniel Craig pun lebih mantap dari filem-filem James Bond beliau sebelum ini. Paling menarik saya rasa sudah tentunya villain @ orang jahat dalam Skyfall ni. Sebab beliau merupakan pelakon yang paling saya gemari iaitu Javier Bardem. Javier Bardem ni kalau bagi watak villain memang terbaik sebab sebelum beliau pernah menang Best Supporting Actor Academy Award untuk watak Anton Chigurh dalam No Country For Old Men. Cuma watak beliau dalam Skyfall ni agak kurang berkembang. Paling tak puas hati masa scene Raoul Silva ( Javier Bardem ) mati tu. Alahai...simple sangat scene tu! Patutnya lebih dramatik ! Tak sabar nak tunggu filem James Bond yang akan datang, sebab M pun dah mati (bakal digantikan dengan Ralph Fiennes) ada Q baru dan mungkin ofis MI6 baru pulak selepas ini. Apa pun overall Skyfall ni memang best..so apa pulak pendapat korang tentang Skyfall ni?


Rating ( 7/10 )
Pictures Taken From Instagram . Follow Me : pypylamb )





Love,
LIZA RAZAK





16 comments:

Syazana Zainn said...

tak tgk lg pun skyfall ni

nnt last2 download jek :p

4feet8 said...

tak pernah tgk kat tropicana mall lagi..nextime boleh tryla..ramai tak org..?

suwara entertainment said...

ishhh..dah lama sungguh x tgk wayang. huhuhu

cik dila said...

Konon semalam nak tgk cerita ni, tapi tak sempat nak kejar waktu. Dah terlepas. hoho..

Rosidah Binti Muhamad said...

Wah..mmg peminat tegas james bond ni.

Riena Haiqal said...

semua pakat buat kerja gila.. heheheheh.. pengemis dia cantik dan bergaya pulak... macam tak caya..saya pun minat gila kat james bond ni.. abah saya peminat tegar tu

Anonymous said...

x sempat nk tgk lagi hehehe

NORSHAHFEZA HAMSAN said...

belum tgk,heheeh =) akn g terjah rasenye=p

Gieyana said...

tak sempat nk tgk lg..ekekeke..:-)

Himawari Mirsada said...

hehe klakar je gaya ^__^

✿INA AINAA✿ said...

huishhh huissshh, bertalu2 cerita baru keluar.. huaaaaaaaaaaa.. xtau nak tengok yang mana... skyfall ni pun ramai kata okay... nk tngoklah.. huuu

syakirahmn said...

two thumbs up dengan skyfall ni. cuma vandalism sikit lah letup sana letup sini.

zainatul abu bakar said...

Yeay best kan skyfall..sy pon ade buat review skyfall. Bagi saya watak Javier Bardem sangat membantu membuatkan Skyfall lebih menarik. Jom baca review sy di http://perempuankampungmoden.blogspot.com/2012/11/review-skyfall.html

Madam iEeDaZ said...

Mama isha lame dh x jejak wayang ni hihii

saifudin abu izzudin said...

salam super sahabat,
tetap semangat dan sukses selalu ya
ditunggu kunjungan baliknya :)

saifudin abu izzudin said...

salam super sahabat,
tetap semangat dan sukses selalu ya
ditunggu kunjungan baliknya :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...