May 24, 2013

Short Trip To Melaka

 29 April 2013
PERKAMPUNGAN IKAN BAKAR TERAPUNG UMBAI


Hujung bulan lepas, saya dan parents ke Melaka. Sepatutnya kami pergi sekejap je untuk pick up adik saya yang bekerja di Melaka. Dia mula bercuti 2 bulan..biasalah orang kerja kapal ni..kerja 2 bulan, cuti 2 bulan. Sambil pick up dia..boleh jalan-jalan sekali di Melaka. Plan asalnya kami tunggu dia di Melaka Sentral..lama jugak kami tunggu. Dari pukul 2.30 petang sampailah lebih kurang pukul 6. Tiba-tiba dapat panggilan adik saya tak boleh balik lagi disebabkan dia tak boleh cop passport pelaut dia kat jabatan imigresen. Jabatan imigresen dah tutup. Terpaksalah bermalam di Melaka. Adoi...bayangkan masa tu sehelai sepinggang. Cuma bawak handbag je..

Nasib baik adik saya dapat 1 bilik hotel dekat Bandar Melaka. Lega sikit..mula-mula dapat 1 bilik je. Lepas tu dapat extra satu bilik lagi..Selesa la sikit. Malam tu adik saya ajak dinner di Umbai. Dia belanja katanya. Bila sebut Umbai je saya terus excited sebab tak pernah lagi makan ikan bakar kat sana. Ramai kata makan ikan bakar kat situ best. Masa kami sampai tu, orang tak ramai pun. Menu yang kami order semua cepat sampai. Yang menariknya makan ikan bakar di Umbai ni, lauk-pauk dimakan dengan nasi lemak. Memang betullah orang cakap..ikan bakar kat sini memang sedap !


HOTEL SERI COSTA , BANDAR MELAKA


Disebabkan kami semua keletihan dan kekenyangan, lepas makan di Umbai, kami terus balik ke hotel. Memang letih betul seharian menunggu adik saya di Melaka Sentral. Sepatutnya saya dan adik saya konon-konon plan nak pegi tengok wayang kat Mahkota Parade. Letih dan mengantuk punya pasal, sudahnya kami layan Youtube je kat dalam bilik hotel..hehe


PANTAI PUTERI & PENGKALAN BALAK


Keesokkan harinya pagi-pagi lagi kami dah check out hotel. Lepas tu hantar adik saya di Jabatan Imigresen, Tanjung Keling. Selesai je kami terus gerak balik ke rumah saya di Puchong. Dalam perjalanan balik kami sempat jalan-jalan di Pantai Puteri dan Pengkalan Balak. Sempat la snap gambar pemandangan yang menarik kat sana. Hopefully next time kalau ke Melaka lagi..saya nak jalan-jalan di A Famosa dan Jonker Walk pulak. Dah lama betul tak pergi sana.


* GAMBAR DARI INSTAGRAM SAYA : PYPYLAMB


Love,
LIZA RAZAK






26 comments:

Mek Onie said...

MELAKA BEST !

JungRara said...

melaka...wow..bestnya..teringin nak gi melancong sana..tp x tau bila..huhu

✿AINAA ROSEBERRY✿ said...

seri costa... tempat hotel yang parents ena pilih ketika di melaka dahulu... tapi katil dia agak berbunyik la.. hukhukhuk

Aina Ayunie said...

teringin rasa nak holiday kat Melaka, tapi family semua sibuk.. haaa

NinaAz said...

Kawan nina pun suami dia kerja kapal. Hehe. Xp. Keje kapal $$$ manyak. Hikhik
Pantai puteri tu dkt area pantai klebang erk?

Amanina Mads said...

melaka memang best..makanan kt umbai memang sedap. tak boleh igt nanti terliur..hehe

Mia Liana said...

dah lama tak gi melaka..

Asyik Izas said...

melaka mmg best utk g bercuti..:)

tenku butang said...

lawanya owner blog.. mcm yuna pun ada gaya pakaian n tudung.. hu2..

2332

done follow/singgah sini.. jom follow/singgah blog teman.. heee.. http://tengkubutang.blogspot.com/

klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

zarena heeney said...

pengkalan balak dekat jea ngan umah nenek ena

HeNRieTTa JoSe said...

dh lamer x ke melaka....

Sue-Rya Qistina said...

melaka kampungku..mmg best!
selalu mandi manda kt pengkalan balak.
wat photoshoot utk wedding dulu pun kt pantai puteri :)
makan kt ikan bakar umbai mmg best. cuma kelainannya adalah makan dgn nasi lemak, lain dari yg lain

elly nadyra said...

byk tempat bleh pi kat melaka tau, next time leh pi jalan puas2

Liza Razak said...

@mek onie : betul tu onie :)

Liza Razak said...

@jungrara : nanti cuti bolehlah pergi :)

Liza Razak said...

@ainaa roseberry : nasib baik bilik yang akak dapat tu ok..hehe

Liza Razak said...

@aina ayunie : nanti bila masing2 cuti bolehlah pergi bercuti

Liza Razak said...

@ninaaz : ntoh..saya pun x pasti dekat ke tak dgn pantai klebang tu..hehe

Liza Razak said...

@amanina mads : kan..sedap gile !!

Liza Razak said...

@tenku butang : thank u dear :)

Liza Razak said...

@zarena heeney : wahh..bestnye kampung kat melaka !

Liza Razak said...

@mia liana : saya pun dah lama jugak sis :)

Liza Razak said...

@asyik izas : betul tu sis :)

Liza Razak said...

@henrietta jose : nanti cuti bolehlah pegi :)

Liza Razak said...

@sue rya qistina : mmg unik sis...sedap pulak tu

Liza Razak said...

@elly nadyra : betul tu sis :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...