Jul 30, 2013

#TheLabelsBazaar Klasik Raya



“The simple things are also the most extraordinary things, and only the wise can see them.”
  Paulo Coelho, The Alchemist





{ 1 Mont Kiara Mall . 27 Julai 2013 }


Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Ingatkan bulan puasa ni aktiviti saya terbantut sikit. Rupa-rupanya makin dekat nak raya, banyak pulak aktiviti dan iftar yang orang jemput. Alhamdulillah..agaknya rezeki bulan puasa kot. Siapa yang belum shopping raya lagi angkat tangan ! Saya pun belum shopping raya lagi...standard la saya dan Mr Kudud, tiap-tiap tahun mesti last minute punya shopping. Kalau siapa yang belum shopping raya ataupun nak menambahkan koleksi baju raya korang tu..apa kata singgah di The Labels Bazaar Klasik Raya ni. Bazaar ni bertempat di 1 Mont Kiara Mall dari 19 Julai sehingga 4 Ogos. Haa...masih sempat lagi ! Apa yang ada di bazaar ni?? Semua baju raya yang up to date ada...serious cantik-cantik dan affordable. Kalau teringin design baju raya yang cantik dan lain daripada orang lain...memang di sinilah tempatnya !


Hari Sabtu lepas saya ajak Mr Kudud ke 1 Mont Kiara ni. Sampai je di bazaar...terus rambang mata ! Paling surprise..ada designer brand..Kazami Homme & Red Label ! Nak tau siapa punya? Korang masih ingat lagi penyanyi Kaer...ala yang famous dengan lagu 'Izinkan Ku Pergi' tu? Dialah owner Kazami Homme & Red Label ni. Dah lama tak tengok dia kat tv. Bila tengok live...comel dan hensem jugak Kaer ni :) Kazami Homme & Red Label ni merupakan designer clothing line untuk lelaki. Design baju-baju Kazami ni memang classy. Haritu siap ada special discount...50% for all items. Dahlah ada discount..lepas tu dilayan sendiri oleh Kaer yang sangat friendly ni. Special kan?


Antara vendor yang famous di The Labels Bazaar Klasik Raya ni...Cufica. Jangan ingat kita je nak melawa. Rumah pun kena cantik-cantik jugak untuk raya ni tau. Cufica menjual pelbagai jenis modern Islamic art canvas yang sesuai diletakkan sebagai hiasan di dalam rumah dan ofis. Untuk lihat design-design Islamic art Cufica ni boleh klik link website mereka di bawah.

http://www.coloursofcufica.com


Organizer bazaar Klasik Raya ni, The Labels pun ada clothing line mereka sendiri. Koleksi raya The Labels ni cantik-cantik dan sangat praktikal untuk dipakai masa raya dan selepas raya. Review tentang The Labels Online Store ini saya akan ceritakan dalam entry akan datang. Sementara tu...jom tengok koleksi raya The Labels ni :



Tergoda tak tengok baju-baju raya ni?? Baju-baju gambar di atas ni semuanya dari JojieJojes.

https://www.facebook.com/jojiejojes


Selain daripada baju-baju raya ada pelbagai barangan lain yang dijual seperti aksesori, tudung, handbag, kasut dan barangan art yang lain. 1 stop untuk shopping raya korang. Jangan risau kalau tak sempat nak singgah sebelum buka puasa..bazaar ni dibuka dari 10 pagi hingga 10 malam. Memang sempat kalau nak singgah shopping.


Masa saya sibuk-sibuk snap gambar...saya sempat borak-borak dengan owner JojieJojes ni..Kakak ni sangat friendly. Tetiba terjatuh cinta dengan baju kurung JojieJojes ni..Unik dan elegan. Korang boleh like link facebook JojieJojes yang saya letakkan di atas...


Tipulah kalau saya datang window shopping je. Tak tahan betul nafsu tengok baju-baju raya yang cantik-cantik ni. Yang paling penting harga sangat affordable. Saya beli set kaftan dan batik borneo dari The Labels Clothing Line. Warna light purple jadi pilihan sebab tahun ni theme colour saya dan Mr Kudud adalah purple. Siap-siap boleh pilih-pilih lagi warna kain batik untuk dipadankan dengan kaftan ni. Konsep mix and match. Lagipun lepas raya saya still boleh pakai kaftan ni dengan seluar ataupun skirt. Kan praktikal namanya tu...hehe. Saya sempat jugak bergambar dengan Diyana, founder The Labels ni (Gambar paling atas, sebelah kanan)


Sesiapa yang belum shopping raya lagi...jom singgah di #TheLabelsBazaar Klasik Raya ni ! Cepat tau...last day 4 Ogos ni !

#TheLabelsBazaar Klasik Raya
1 Mont Kiara Mall (Ground Floor)
10 pagi - 10 malam
19 Julai - 4 Ogos 2013



Love,
LIZA RAZAK



FOLLOW ME : 
INSTAGRAM | KEEK | FACEBOOK | TWITTER | LOOKBOOK

- Posted using BlogPress from Liza Pypylamb's iPad
Location:Petaling,Malaysia


24 comments:

Zee Suhaini said...

cantik la kaftan tu..

Normi Nieza said...

wah..shopping bju raya..:)

Amanina Mads said...

dh shopping sblm puasa tp memang fesyen raya thn ni byk peplum.

kaer dh jd designer.. makin hensem pulak sbb lama xmuncul di tv

Kisah Si Dairy said...

banyak booth jual baju...rambang mata pulak

Wanie Suhaini said...

best~ teringin nk tgk koleksi kazami tu~ ^^

Nai @ TPJ said...

Askm. Tergudaaa kanda tgk semer tu, dinda..! Lawa kaftan tu, yep.. Nanti bleh la tgk entry bj raya awak.. Best3x..

Syafiqah Hashim said...

bestnyaa..shopping sakan akak..hihii..

norhidana miswan said...

heheheh perempuan pyh nk ada istilah window supink kan, lg2 time nk raya nih

reenapple said...

Saya pun belum shopping raya. *angkat tangan tinggi-tinggi*

Khai♥Rin : anies said...

Wah..kaer da tkr profesion ke tu? :-)

Zulaiqa@Prof said...

saya pon x shopping lagi.huuu

Mizz Aiza said...

seronoknya shopping raya..

Liza Razak said...

@Zee Suhaini : thank you sis :)

Liza Razak said...

@Normi Nieza : ala..sepasang je pun...hehe

Liza Razak said...

@Amanina Mads : tu laa...semuanya style peplum..hehe

Liza Razak said...

@Kisah Si Dairy : memang rambang mata sis sebab semuanya cantik-cantik :)

Liza Razak said...

@Wanie Suhaini : nanti boleh check kat instagram kaer sendiri : @lensakaer :)

Liza Razak said...

@Nai @ TPJ : hehe..saya dah update entry baju raya saya

Liza Razak said...

@Syafiqah Hashim : ala...beli sepasang baju raya je..hehe

Liza Razak said...

@norhidana miswan : tu laa..mula2 mmg window shopping...lps tu terbeli la pulak kan..hehe

Liza Razak said...

@reenapple : x pe...last minute shopping lagi best

Liza Razak said...

@Khai♥Rin : anies : ntohlah sis :)

Liza Razak said...

@Zulaiqa@Prof : x pe sis..masih sempat lagi :)

Liza Razak said...

@Mizz Aiza : shopping sikit2 je sis :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...