“No matter how you feel today, get up, dress up & show up”
Paulo Coelho
Paulo Coelho
Assalamualaikum & Hello.
Siapa kata badan berisi tak boleh bergaya? Sekarang ni dah banyak online shop dan butik yang menawarkan baju-baju yang up-to-date sesuai untuk wanita yang bersaiz besar. Entry ni bukan sponsored post tau. Saya cuma nak share dengan korang semua online shop/butik baru kegemaran saya, Suri Sara. Benda best kenalah share kan?
Sebenarnya saya kenal Suri Sara ni bila saya selalu browse website Fashion Valet. Terjumpa dress polka dot hitam putih yang sangat cantik. Bila tengok, brand Suri Sara. Sajalah gatal tangan tengok koleksi baju dan dress Suri Sara ni..Alamak...semuanya cantik-cantik! Terus order..dan bila dah dapat parcel, terus cuba. Memang perfect untuk badan saya (saya pakai UK 12/L). Saya ni selalu ada masalah bila nak beli dress especially bila beli online. Selalunya tangan senteng atau dress terlalu singkat. Material dress ni sangat best..tak terlalu tebal ataupun nipis. Just nice. Potongan pun bila dipakai sangat selesa.
Sejak saya jatuh cinta dengan dress polka dot tu, saya terus jadi peminat Suri Sara. Saya follow instagram mereka untuk dapat update terkini (just in case). Rupa-rupanya mereka ada buka show room/warehouse di Subang Jaya untuk customer yang nak walk-in ataupun mencuba sendiri koleksi Suri Sara. Saya pun apa lagi..alang-alang dah dekat dengan rumah kan. Kebetulan mereka buka hari Sabtu dan Ahad.
[ Suri Sara Warehouse . 19 Oct 2013 ]
Saya memang tengah gila dengan kurung set Linda dari Suri Sara ni. Ini semua gara-gara tertengok gambar Sofea Jane pakai kurung set berwarna hijau ni di instagram Suri Sara. Blogger Shea Rasol pun ada update pakai kurung ni di instagram dan blog beliau. Sampai je di show room/warehouse, saya disambut mesra oleh Hazel, salah seorang owner Suri Sara. Hazel ni sangat friendly. Senang cakap customer service memang terbaik! First time datang rasa sangat selesa untuk cuba baju di situ. Lepas ni confirm saya jadi regular Suri Sara...hehe. Ikut hati rasa nak borong semua maxi dress Suri Sara ni tau. Harga berpatutan dan kualiti tip-top. Suri Sara ni bukan terhad untuk wanita bersaiz besar je tau, saiz dari S sampailah 6XL.
Saya terus cuba Kurung Set Linda ni (gambar atas kanan). Kebetulan memang nak
cari baju untuk pakai pegi kenduri. Mr Kudud pun suka. Nasib baik sebab
dia yang kena bayarkan...hehe. Yang penting baju kurung ni buatkan saya
nampak slim..hehe. Material kurung ni daripada thai silk. Nampak elegan sesuai untuk majlis formal. Kurung ni sangat versatile sebab boleh dipakai berasingan sama ada dengan blouse ataupun seluar. Praktikal kan?
(Kredit : Gambar Dari Instagram Suri Sara, @surisaradotcom)
Walaupun jenama Suri Sara ni masih baru di pasaran, koleksi mereka sering mendapat perhatian selebrity seperti Sofea Jane, Vanidah Imran, Dina Nadzir dan Hanis Zalikha.
(Kredit : Gambar Dari Instagram Suri Sara, @surisaradotcom)
Alhamdulillah berjaya jugak saya beli kurung set Linda macam Sofea Jane pakai kat gambar atas ni. Cantik betul Sofea Jane pakai. Hopefully badan saya tak membesar lagi sebab nanti tak muat la pulak kan..hehe.
Inilah dress Jo yang buatkan saya jatuh hati dengan Suri Sara :)
Beauty In Every Shape
Follow Suri Sara di Instagram :
@surisaradotcom
Website :
Warehouse/Showroom :
No 8, SS19/5B,
Subang Jaya
Love,
LIZA RAZAK
LIZA RAZAK
FOLLOW ME
- Posted using BlogPress from Liza Pypylamb's iPad
Location:Jalan Indah 2,Petaling,Malaysia
34 comments:
pika pun suka SuriSara ni kak liza..
tengah tunggu je ni..wink wink ^_^
cantik la kurung set linda ni..suka material kain dia :)
hi...web surisara tu trtinggal satu "W"..... :)
Cantiklah baju-baju kat butik tu :-)
http://puteriairyn.blogspot.com/2013/10/tak-sekepala-tapi-suka.html
tp saiz sebeso akak msti takde kan dik heheheh..... cantik ko pakai baju polkadot tuh... yg sofea jane pakai tu pun lawo color nyer pun cun
nice dress la..polka dot! hmm..nak kena jenguk jgk la diorg punya page :)
alahai comelnya..mmg selalu usha jugak...tapi x berkesempatan nak beli lagi...
Tak nampak besar pon awak, deq.. Canteq je sokmo..
ni yang seronok dengar ni..baju untuk plus saiz...
Salam liza…lawa lawa la baju nya..nanti boleh la usha usha
Belum pernah lagi beli pakaian online sebab takut ada yang tersenteng, terlebih dan sebagainya walaupun ada ukuran yang disediakan. Nampak cantik baju kurung yang dipakai nih.
cantik cantik.. :)
huaghhhh awat cantik2 baju tu :DD
nice laa..
Jo tu memang comel
kita pun ada beli baju kat sini
cantik kan!
hi liza...
@Syafiqah Hashim : best kan? dah laa ada banyak saiz, cantik2 pulak design suri sara ni
@ika zulkefli : betul tu...warna pun cantik
@Safarina Shaari : adakah WOW??
@puteri airyn : memang cantik sis :)
@norhidana miswan : dia ada sampai saiz 6XL rasanya..cubalah tengok..mana tau ada yang sesuai dengan saiz sis :)
@O'gosh Iskandar : nanti belilah satu..serious comfortable :)
@Nai @ TPJ : hehehe...thank you sis :)
@memmetlenggeng : yeay...boleh shopping!!
@intanfirdaus247 : betul tu...rugi kalau x usha sis :)
@Mummydearie : dulu saya pun tak berani beli online ni...skrg dah pandai sikit tp website yang tertentu je :)
@E'in : thank you sis :)
@Syazana Zainn : memang cantik & comfortable sis..nanti belilah satu :)
@elyna mirsada : thank you :)
@mama leen : kan..selesa pulak tu :)
@elly nadyra : betul tu sis..memang cantik :)
@Angah : hai :)
@Dylla Abas : nanti jenguklah sis :)
Post a Comment