Nov 14, 2013

Zalli & Eza Wedding



“So, I love you because the entire universe conspired to help me find you.”
  Paulo Coelho, The Alchemist




{ Dewan Meranti, Sungai Buloh . 26 October 2013 }


Assalamualaikum & Hello.

Akhirnya bestfriend kami, Zalli dan Eza telah selamat melangsungkan perkahwinan 26 Oktober lepas..Majlis sangat meriah. Saya suka deco dan tema wedding ni...hitam, putih dan kuning. Ala-ala bendera negeri Perak gitu. Sayangnya saya tak banyak snap gambar haritu sebab tengah bebal dan tensi gila. Nak tau kenapa? Ada ke patut awak DSLR tapi terlupa bawak memory card. Boleh gitu? Haishh...ini semua sebab kelam kabut punya pasal..hehe


Nasib baiklah ada ipad mini cabuk saya ni. Dapat juga rakamkan gambar kenang-kenangan walaupun gambar macam ntah hape-hape. Oklah daripada nan hado kan...Wedding ni istimewa dengan kehadiran artis seperti Hafiz dan Akim AF. Kawan saya ni manager Hafiz...haruslah dapat jumpa Hafiz kan..hehe. Seronok dapat tengok Hafiz dan Akim menyanyi sambil menjamu selera. Majlis bermula pukul 9 malam. Sebenarnya dari pukul 5 petang lagi kami dah sampai kat dewan majlis. Tolong pengantin hiaskan dewan dengan pasang tanglung dan susun door gift di meja makan. Siap je kerja terus kelam kabut bersiap kat stesen minyak berdekatan...nasib baik sempat bersiap sebelum majlis bermula sebab saya kena jadi usherette pulak masa majlis tepung tawar.


Habis je menjamu selera, kami dah tak duduk di tempat masing-masing dah. Semua sibuk berborak-borak dan tangkap gambar. Bukannya jumpa selalu. Bestfriend saya, Myra Omar pun datang jugak. Dia pun bakal pengantin jugak tahun depan. Cantik kan Myra ni? 


Tengah sibuk-sibuk camwhoring dengan kawan saya Zarith ni, tiba-tiba je si Hafiz nak menyelit...sabo je lah kan... Hafiz ni memang gila-gila sikit. Kalau lepak dengan dia, tak gelak guling-guling memang tak sah pasal dia ni kaki lawak. Ada saja benda nak dibahankan.


Pengantin haritu pakai baju warna tema champagne.. tak pasal-pasal saya sudah terminat warna ni pulak. Baju raya tahun depan warna champagne boleh tak Mr Kudud? hehe


Paling tak boleh blah, Mr Kudud. Kemain lagi menggeletis nak pakai baju melayu nikah kitorang 3 tahun lepas. Nasib baik muat lagi..ada niat nak pasang sorang lagi ke? hikhik.

Saya sempat rakamkan video Hafiz dan Akim berduet menyanyikan lagu Dealova khas buat pengantin. Sweet...mesti pengantin rasa terharu kan?

Masih belum terlambat lagi saya nak ucapkan Selamat Pengantin Baru buat Zalli dan Eza. Padahal dah wish haritu. Tapi tetap nak wish lagi...hehe. Semoga berkekalan sehingga ke anak cucu cicit...



Love,
LIZA RAZAK




FOLLOW ME

- Posted using BlogPress from Liza Pypylamb's iPad

20 comments:

che mid said...

Salam subuh, bertuahnya Eza dan Zalli ada bestfriend macam Liza..turun padang dan kerja kuat utk wedding mereka. Insyaallah, Zalli dan Eza akan ingat jasa Liza.. memang happening nampaknya..bertambah glamor dengan adanya Hafiz dan Akim..

Atie Zieya said...

love the way u wore your shwal.. dah lama tak terjah blog sis!!! :)

Jari Manis said...

Sweet nye pengatin hari tu...bertambah sweet bagi pengantin yg dah 3 tahun kahwin tu heee

mama leen said...

comel la myra tu.. hehe.. tiba2 rasa nak potong rambut..

O'gosh Iskandar said...

First time tengok muka Liza pose gila2...selalu cun je..tapi ni pun comel jugak..btw..comel sgt deco2 kat hall tu....

Cheida_Mymee said...

hahaha teringt dulu mcm tu jugaa
bwak dslr mmry x bawa choii!!
tp dslr dh hilngg hmm seddddih!

Jue Derella said...

selamat pengatin baru u bff...^^

E'in said...

cantiknye yg bulat2 gantung tu.. xpenah nmpk dlm mane2 mjls kawen.. huhu.. akak kwn ngan hafiz ke?

Nurfaezah Abdullah said...

sy baru tau warna champagne mcm tu (mcm warna baju pengantin)

Syazana Zainn said...

sweetnya decoration :D
ade tgk gambar sis kat insta dgn hafiz. haha
tgk style dia mcm peramah giler :D

Liza Razak said...

@che mid : Alhamdulillah...thank you sis :)

Liza Razak said...

@Atie Zieya : thank you sis :)

Liza Razak said...

@Jari Manis : yang dah 3 tahun kahwin tu..dah basi dah sis...hehe

Liza Razak said...

@mama leen : potong la sis...mesti nampak lagi cute :)

Liza Razak said...

@O'gosh Iskandar : semua deco dalam hall tu DIY tau sis :)

Liza Razak said...

@Cheida_Mymee : memang sakit hati kan..bila lupa bawa...huhu

Liza Razak said...

@Jue Derella : nanti saya sampaikan pada pengantin

Liza Razak said...

@Nurfaezah Abdullah : saya pun br tau jugak...hehe

Liza Razak said...

@Syazana Zainn : dia memang peramah dah kelakar sgt :)

Liza Razak said...

@E'in : kenal gitu2 je :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...