Feb 7, 2014

Beauty Review : Ardell Lash & Brow Growth Accelerator




Assalamualaikum & Hello.

Setelah 2 bulan tak aktif blogging, (mood blogging ke laut & busy dengan holiday), harini saya kembali !! Entry pertama untuk tahun 2014 ni, saya mulakan dengan review Ardell Lash & Brow Accelerator. Thank you Supermodels Secrets untk produk yang super duper awesome ni!! Memang berkesan dan terbaik !!

Apa itu Ardell Lash & Brow Accelerator ni? Haa..bagi sesiapa yang tak tahu tu...meh sini saya nak cerita. Mesti ada antara kita yang mempunyai bulu mata yang pendek & kening yang nipis. Produk ni merupakan serum yang membantu memanjangkan, menyihatkan dan melebatkan bulu mata dan kening. Bagaimana caranya? Serum ni menggunakan multi-proteins sebagai conditioner untuk menggalakkan pertumbuhan bulu mata dan kening yang rosak dan kering. Sesuai sangat untuk pengguna tegar mekap macam saya ni. Al maklumlah mekap tu kan ada banyak bahan kimia. Tak kisahlah mekap mahal atau murah pun. Mesti ada bahan kimia yang merosakkan kulit. 

Produk ni ada bahan kimia terlarang ke? Jangan risau...Ardell Lash & Brow Growth Accelerator diperbuat daripada 100% ekstrak tumbuh-tumbuhan asli & lecithin. Sesuai untuk mata sensitif seperti saya. Buktinya saya sendiri pun sudah mencuba selama beberapa minggu. Kalau tak percaya sila lihat hasilnya di bawah ni (penggunaan selama 1 minggu)


Hasilnya sangat best!! Itu baru seminggu pakai..Packaging pun praktikal. Produk ni didatangkan dengan berus ala-ala maskara supaya senang untuk diberuskan serum pada bulu mata dan kening. Lepas ni bolehlah feeling bulu mata ala-ala Rozita Che Wan !! Tapi yang ni bulu mata original punya tau...hehe


Cara penggunaan :
Hanya beruskan serum pada bulu mata/kening setiap malam sebelum tidur. Pastikan cuci muka dulu ya.

Harga :
RM 34 (0.25 fl oz/7ml)
Made In USA

Bukan saya sahaja yang pernah cuba...ada ramai lagi beauty blogger yang pernah review pasal Ardell lash & Brow Growth Accelerator ni. Kalau nak baca review blogger yang lain boleh klik link di bawah ini :


Korang boleh dapatkan Ardell Lash & Brow Growth Accelerator di website dan beauty store Supermodel's Secrets. Website ni best sebab ada banyak produk kecantikan yang menarik dengan harga berpatutan.

WEBSITE :

BEAUTY STORE : 
1st Floor, 41A, Jln SS 15/4B Subang jaya 47600 
(Same row as Herbs N Foods & Hong Leong bank)

MOBILE :
Call/SMS/Whatsapp :016-2801990/017-6691754
Line/Wechat : Supermodel2u

INSTAGRAM :
@Supermodels_Secrets

TWITTER :
@Supermodel2u

FACEBOOK :


Sekali lagi...THANK YOU Supermodel's Secrets !!!!




Love,
LIZA RAZAK





FOLLOW ME
 

16 comments:

alin marlini said...

wow....bestnye...sesuai jugak utk bulu mata kak Alin yg pendek ni

Hanis Nizam said...

sis, long time no see. lama taknampak akak update

Khai♥Rin : anies said...

Welcome back!

Cantik laa...

P/s makin chubby ;)

Nai @ TPJ said...

Dah byk medium lain yg jenis upload gambar je, blogging jd makin challenging.. Anyways, welcome 'home'..!

♥ CIKZEK ♥ said...

always gojes kak liza =)

eyeyou said...

alahaii..comey nya model blog ne...

Lynna Ghani said...

boleh cuba ni.....bulu mata saya pon ciput jer....nak jgk nmpk mcm bulu mata rozita che wan....tp takmo pakai fake.....rimas...hehehe ;)

Sue-Rya Qistina said...

bulu mata saya pun pendek jugak. kena pakai mascara baru nampak lentik sikit. hehehe
awak ni kan liza, x mekap pun dah cantik. natural beauty sungguh :D

Liza Razak said...

@Khai♥Rin : anies : thank you sis :)

Liza Razak said...

@Nai @ TPJ : tu la...kena jadi lebih kreatif nampak gayanya :)

Liza Razak said...

@♥ CIKZEK ♥ : hehe..thank you sis :)

Liza Razak said...

@eyeyou : hehe..thank you sis :)

Liza Razak said...

@Lynna Ghani : nanti cubalah sis...mana tau berkesan :)

Liza Razak said...

@alin marlini : cubalah sis..harga pun berpatutan :)

Liza Razak said...

@Hanis Nizam : a ah..busy sikit sekarang ni..hehe

Liza Razak said...

@Sue-Rya Qistina : x de nyer sis..kdg2 nampak kusam jugak..lighting je tu..jeje

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...