Feb 20, 2014

Beauty Review : Yadah Oh My Sun Block SPF 35 PA++



[ SPONSORED POST ]


Assalamualaikum & Hello.

Dengan cuaca panas dan kemarau yang melanda Malaysia sekarang ni, mulalah rasa malas nak keluar rumah. Mana taknya malas betul nak pakai mosturizer ataupun sun block sebelum keluar rumah. Sebabnya saya paling tak suka pakai mosturizer waktu cuaca panas. Nanti kulit muka mesti berminyak-minyak dan melekit bila berpeluh. Tapi kalau tak pakai, kulit berbelak-belak pulak, tambahan pulak saya pakai tudung kan..lagi obvious kalau kulit muka berbelak. 

Mujurlah ada Yadah Oh My Sun Block ni. Terima kasih kepada Stage Malaysia kerana memberi peluang kepada saya untuk review sunblock yang best ni. Kenapa saya cakap best? Kenalah baca sampai habis kalau nak tahu rahsianya...

Sebelum ni saya agak kurang familiar dengan jenama Yadah ni.. Tapi bila dah cuba, rasa teringin pulak nak cuba produk yang lain. Best sangat sebab sesuai dengan kulit orang Asia macam kita ni. Yadah ni merupakan jenama yang mengeluarkan pelbagai produk kesihatan kulit yang berasaskan ekstrak tumbuh-tumbuhan asli seperti cactus, Opuntia Ficus Indica dan tumbuh-tumbuhan herba yang lain. Opuntia Ficus Indica terkenal sebagai anti-oksidan dan 'strong anti-inflammatory' untuk meneutralkan bahan-bahan kimia ataupun agen perosak daripada merosakkan kulit. Selain itu produk Yadah ni telah dijamin oleh Korean FDA sebagai produk kecantikan kulit yang 'hypoallergenic', 'non comedogenic', tidak berminyak, tidak mempunyai paraben, perasa dan pengawet tiruan. Kalau sesiapa yang mempunyai kulit yang sensitif tu jangan risau sebab Yadah ni memang sesuai untuk semua jenis kulit dan golongan usia

 " Gentle yet effective
100% free from parabens, artificial colouring, preservatives,
mineral oil, sulphate and do not contain animal extracts of any kind
Certified by the Korean FDA and are formulated to be nongreasy,
hypoallergenic and non-comedogenic
Suitable for all skin types, including sensitive and fragile skin "


Sekarang berbalik pada cerita sunblock ni. Mesti ramai yang dah tau fungsi sunblock ni kan. Kita ni memang wajib guna sunblock ataupun sun protector ni sebab iklim negara kita kan panas lembap. Selalu je panas kan. Sunblock ni secara umumnya bagus sekiranya digunakan setiap hari sebagai agen untuk melambatkan penuaan kulit.

Apa kegunaan dan kebaikan Yadah Oh My Sun Block SPF PA++ ni? Sama ker dengan sunblock yang lain? Bagi saya, produk ini sangat sesuai untuk kulit saya sebab dah beberapa minggu saya pakai, produk ni serasi pulak dengan kulit muka saya (selalunya sebelum review, saya akan guna sendiri selama 1-2 minggu untuk melihat hasilnya) Kenapa? Sebab tekstur krim sunblock ni jenis matte, memang senang meresap di kulit. Kalau nak tengok sesuai ke tak produk ni dengan kulit saya, senang je nak tahu. Bila berpeluh, tengok muka pada cermin, berminyak ke tak? So far kalau dalam 4-5 jam penggunaan, kulit muka saya masih tidak berminyak, cuma pada hidung tu dah nampak sikit tanda berminyak tapi masih boleh diterima.

Antara kebaikan Yadah Oh My Sun Block SPF 35 PA++ :
1. Sebagai mosturizer harian yang bertindak untuk mencegah kulit dari cahaya UVA dan UVB dari merosakkan kulit. Sangat lembut dan sesuai untuk kulit sensitif.
2. Tekstur ringan apabila dipakai akan meninggalkan kesan lembut, dan 'matte' pada kulit.
3. 70% water base.
4. Tidak melekit dan cepat menyerap.
5. 'Non-acnegenic' dan 'non-comedogenic'. Diformulasi dengan 'sebum control'. Selamat untuk kulit.
6. Senang dicuci. Tak perlu 'makeup remover'.
7. 'Fragrance Free'
8. Diformulasi dari bahan asli seperti aloe vera, chamomile dan lavender.


Krim ni warna putih. Nampak macam pekat je kan. Tapi bila disapu pada kulit rasa macam tak pakai apa-apa je. Selesa sebab tekstur krim ni ringan. Gambar di bawah ni gambar saya memakai sunblock ni tanpa mekap. Suka sangat Yadah Oh My Sun Block ni!!


Sunblock ni bukan macam mosturizer biasa tu yer. Ada cara pemakaian untuk kesan positif. Tak boleh main hentam kromo je pakai kat kulit tau. Walaupun begitu, sebenarnya tak adalah susah pun nak guna. Ini langkah-langkahnya :

1. Pakai 15 minit sebelum keluar dari rumah. Biarkan krim sunblock betul-betul meresap pada kulit.
2. Dua jam sekali kena reapply tau. sebab sunblock ni akan kurang berkesan bila lama-lama terdedah pada cahaya matahari ataupun terkena peluh ke, air ke. Yang penting kena rajin .

Kalau ada plan nak pergi bercuti di tepi laut ataupun pulau, jangan lupa beli Yadah Oh My Sun Block ni tau. Botol dia ringan jer, letak dalam handbag pun boleh. Nanti senang nak reapply.


Korang boleh dapatkan Yadah Oh My Sun Block SPF 35 PA++ ini di :

SASA Outlet ( Yang Berdekatan )
Harga : RM 49/50ml


Jangan lupa beli tau ! Apa pun terima kasih kepada Elaine Tan dari Stage Malaysia kerana
memberi peluang saya review sunblock yang awesome ni !!



Love,
LIZA RAZAK




FOLLOW ME

8 comments:

Kopiolimauice said...

baru ke ni? tak penah jumpa lagi ;)

Farah Waheda Wahid said...

akak tak pernah dengar brand ni, tapi nak try jugalah...

Asyik Izas said...

Smlm baru tgk kt Sasa tp x beli pun..kih2..nanti nk g cari lain..

Nai @ TPJ said...

Bab sunblock ni akak mmg seram sket.. Sebab susah nak sesuai. Anyways, awak mmg pandai buat review.. Suka baca. Dan awak comel sgt pakai spek. Xde mekap pon comel..

Liza Razak said...

@Kopiolimauice : tak de la baru sgt sis...boleh beli kat SASA yang berdekatan :)

Liza Razak said...

@Farah Waheda Wahid : nanti cubalah sis...best!

Liza Razak said...

@Asyik Izas : sunblock ni best dan murah...nanti cubalah :)

Liza Razak said...

@Nai @ TPJ : adoi..terharunye...thank you sis :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...