Jul 10, 2014

EH/GUESS Blogger Awards - Top 4 Finalists



Assalamualaikum & Hello.

Mungkin ada yang perasan saya ada join EH/GUESS Blogger Awards baru-baru ni. Alhamdulillah hasil undian kawan-kawan saya berjaya sampai ke TOP 4 Finalists. Antara hadiah yang saya menangi merupakan Voucher Guess bernilai RM 1000. Untuk mara ke peringkat seterusnya, kami diminta untuk memilih sebarang denim dari GUESS untuk dicuba dan dipelbagaikan cara pemakaian dalam bentuk OOTD. Saya memilih Power Ultra Skinny Jeans kerana kebetulan saya memang mencari skinny jeans yang selesa dipakai selalu.


Nanti saya reveal barangan GUESS lain yang saya tukarkan dengan voucher Guess bernilai RM 1000 ni ok?

Jom saya nak share OOTD saya dengan Power Ultra Skinny Jeans dari Guess ini. Kami diminta untuk menggayakan denim GUESS ini dengan 3 occasions yang berlainan.

A ROMANTIC DINNER:


Saya memilih Power Ultra Skinny Jeans dari Guess kerana jeans ini sangat versatile. Sangat sesuai digayakan dengan pumps ataupun wedges kerana potongannya membuatkan kaki saya tampak slim dan lebih tinggi. Kalau sekali sekala berdating dengan suami, jeans ini memang menjadi pilihan. Tak perlu bergaya berlebihan, jeans ini sangat effortless. Hanya padankan dengan blouse ringkas, sedikit aksesori, dan heels, pasti terasa yakin bila berdating dengan suami!

TO GO TO A MUSIC FESTIVAL :

Pemilihan jeans yang sesuai sangat penting. Terutama sekali dengan iklim Malaysia yang agak panas. Jeans Power Ultra Skinny ini sangat breathable. Diperbuat daripada fabrik yang bermutu tinggi dan tahan lasak. Saya pula jenis yang suka bersosial menonton konsert ataupun berekreasi bersama rakan. Sudah pasti saya sukakan jeans yang selesa dipakai bila cuaca agak panas. Sangat sesuai digayakan dengan kasut sneakers ataupun boots, supaya tampak ranggi dan stylo. 


Bila keluar malam bersama rakan-rakan saya suka mengenakan outfit yang berlainan dari hari yang biasa. Power Ultra Skinny Jeans dari Guess ini mempunyai rekaan ringkas tetapi classy. Mudah dipadankan dengan apa pun. Jika ingin tampak berlainan dari yang lain, padankan dengan baju atau aksesori yang outstanding. Pasti ada mata yang memandang!

Pertama kali saya cuba Power Ultra Skinny ni saya dah jatuh cinta! Mana taknya, selesa sungguh! Kepada sesiapa yang belum mencuba denim dari GUESS ni, silalah cuba di Butik GUESS berdekatan anda sebab memang berbaloi dengan kualiti dan harganya!



Thank you GUESS Malaysia!



Love,
LIZA RAZAK




FOLLOW ME 
INSTAGRAM | KEEK | FACEBOOK | TWITTER | LOOKBOOK

9 comments:

aswaleyla said...

wahhh tahniah . syok nye dapat voucher banyak cam tuu . ootd yg meletop la akak . cantik

Jari Manis said...

Cantik semuanya..GOOD LUCK tau

Unknown said...

first sekali tahniah kak sebab dapat top 4..untung banyak tu dapat baucer 1000..
tiga2 gambar tu nampak kiut and cun..kena sangat ngan tema..hope menang..heheee

eima said...

wahhh cantik dan bergaya ...

Unknown said...

cantiknya skinny jeans guess.. nampak sgt selesa..:)

mamawana said...

Salam Syawal sweetie..

lizaufa said...

alhamdulillah, dah sebulan saya undi liza...

setiap malam undi. ada sekali je tak undi.

masa tu rasa tak syok sgt sbb x undi hehehehhehehe

hari ni bukak web tgk2 awak dah final...saya akan terus undi...

good luck!!!

Akak Kembang said...

cantik2 jeans GUESS ni....

budakbandunglaici said...

cantik jeans, boleh bagi hadiah kat gf

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...