Sep 19, 2014

[BEAUTY REVIEW] 24K Golden Pulse Beauty Bar




 [sponsored post]


" BEAUTY BAR is a vibration machine of the gold plate that gives enriching assumed to be living alive to the skin"

Assalamualaikum & Hello.

Siapa nak muka V-shape ala-ala pelakon Korea boleh baca entry ni!!!

Dah lama tak main review-review kan? Mesti korang dah ada idea apa benda saya nak review harini. Kali ni bukan skincare ataupun make up, harini saya nak cerita pasal beauty bar yang saya tengah addicted pakai. Beauty Bar ni bukan sabun tau...sebenarnya sejenis vibration machine untuk membantu kulit muka kita supaya lebih cantik dan firm. Dah masuk 30 series ni harusler kena lebih titik beratkan soal kecantikan kulit muka kan?

Thank you Love.Belle kerana memperkenalkan saya dengan machine yang awesome ni. Saya dapat produk ni sebelum raya lepas. Memang lama baru saya buat review sebab saya nak cuba dulu betul-betul sampai nampak hasil. Baru best nak review kat korang. So far saya pakai memang terbukti hasilnya sangat KEBABOOOM!! Senang cerita suami saya yang tak pernah-pernah sibuk pasal kulit muka pun sibuk berebut nak pakai tiap-tiap malam. Dia kata best urut muka sambil tengok tv. Sambil tengok TV? Amboi senang betul nak pakai! Sapa kata susah, sambil tengok drama pun boleh pakai!


Sebelum saya ceritakan macam mana penggunaan dan kebaikan lain. Mari cerita dulu pasal Beauty Bar ni dulu. Beauty Bar ni disadur dengan 24K emas dan 100% diimport dari Jepun. Mesti korang dah tau kebaikan emas pada kulit muka kan? Setiap satu kotak ni terdiri daripada Beauty Bar machine, manual instruction dan sarung velvet berwarna hitam. Beauty Bar ni battery operated. Guna battery AA je. Tapi tahan pakai berbulan-bulan. Jimat sangat!

Macam mana nak guna? Senang sangat. Korang mesti ada skincare ataupun mosturizer yang korang selalu pakai kan? Pakai je seperti biasa pagi dan malam. Aipp...jangan lupa cuci muka dulu sebelum pakai krim muka tau! Lepas tu urutkan ke muka secara 45 darjah ke atas untuk pipi (nanti boleh tengok video tutorial saya kat bawah) kemudian di dahi (urut ke atas). Urut selama 5-15 minit satu sesi. Pagi sekali dan malam sebelum tidur. Kenapa kena urut ke atas? Urutan secara berterusan membantu menegangkan kulit muka. Secara tak langsung boleh menguruskan muka. Beauty Bar ni ada vibrator. (6000 times ion micro-vibrations per minute). Secara saintifiknya boleh memperbaiki perjalanan darah pada muka. Jangan lupa cuci setiap kali pakai ok? Beauty Bar ni waterproof so tak perlu risau bila cuci dengan air. Testimonial paling boleh dipercayai adalah saya sendiri pasal muka saya bulat. Sekarang muka tu dah kecik sikit. Dagu lapis pun dah semakin kurang (penggunaan selama 1 setengah bulan) Mr Kudud pun saiko nak pakai pasal nampak hasil yang baik kat muka saya. 

Apa pun skincare yang kita beli baik mahal ataupun murah, mesti kita nak tengok hasilnya pada kulit muka kita kan? Tapi korang yakin tak semua kebaikan pada skincare yang korang beli tu betul-betul sampai pada kulit kita? Pasal tu ada yang komplen kata skincare menipu laa...tak berkesan laa dan macam-macam lagi. Sebab tu Beauty Bar ni dicipta untuk membantu krim muka yang kita pakai tu betul-betul penetrate cepat masuk dalam kulit kita supaya kulit lebih nampak muda dan glowing. Bonus siap muka V-Shape lagi ala-ala pelakon Korea. Rugi beli krim muka mahal-mahal tapi hasilnya tak seberapa.


Nampak tak bentuk 'T' shape pada bahagian atas machine ni? Design berbentuk 'T' ini memudahkan proses urutan secara penolakan ke tempat-tempat yang selalu bermasalah seperti kedutan pada muka, 'puffy eyes' dan dagu lapis.

Selain daripada kebaikan Beauty Bar yang saya sebutkan di atas, sebenarnya ada banyak lagi kebaikan. Ini saya copy paste dari website Love.Belle.

Slimmer Face
Smoothen your skin
Reduce dark circles
Reduce eye bags
 Reduce water retention
Firming
Promotes blood circulation
Anti-wrinkles
Even skin tone
Pore minimization
Moisturize skin
Waterproofs
Warranty Provided 
100% result assured & quality guaranteed


Hasilnya pada kulit muka saya?
Haa ini dia !!


Masa snap gambar ni..saya tak pakai apa-apa makeup pon. Cuma pakai krim muka sahaja! Yang penting gambar ni tak pakai apa-apa filter pun. Sekarang saya dah yakin nak keluar tanpa sebarang makeup. Dagu lapis pun semakin kurang dan kulit muka semakin anjal dan glowing. Jangan guna seminggu, terus nak hasil macam Song Ji Hyo pulak! Setiap orang hasilnya berbeza-beza. Janji kena sabar dan rajin ok?

Ini saya tunjukkan tutorial macam mana nak guna 24K Golden Pulse Beauty Bar ni. Gigih semalam saya buat video special untuk korang. Saya buat ni cepat-cepat sebab nak tunjuk cara urutan tu je. Korang janganlah urut laju-laju macam tu pulak ek. Buat selama 5-15 minit satu sesi ok?


Kat mana nak dapatkan Beauty Bar ni. Semestinya di LOVE.BELLE!! Beauty Bar ni selalu ada promotion di FB Love.Belle. Korang boleh check update selalu di FB dan IG mereka. Untung-untung boleh beli satu set dengan skincare atau barangan kecantikan lain dengan harga yang menarik!

Contact Number : +6016-7225654
Instagram : lovebelleofficial
Wechat ID : lovebelleofficial


THANK YOU LOVE.BELLE !! XOXO




Love,
LIZA RAZAK





FOLLOW ME 
INSTAGRAM | KEEK | FACEBOOK | TWITTER | LOOKBOOK

8 comments:

AMIIZAA@Mieja said...

salamsliza, wahhhh terpegunnn tengok.......:):) akak suka bab cantik-cantik nie....ngeeee....

aswaleyla said...

macam best je . tapi macam mahal je

Miss Sasu said...

assalam ..

salam perkenalan ye. jemput ke blog saya. kisah saya dalam menurunkan berat badan dan bekerja dari rumah.

thanks. nice blog!

Unknown said...

guna ni ea. padan la dia cantik. hehe. ^^

Liza Razak said...

@AMIIZAA : samalah dengan saya!!

Liza Razak said...

@aswa leyla : sekarang ni rasanya ada promotition kat FB page diorang...cer try tengok

Liza Razak said...

@Miss Sasu : thank you sis :)

Liza Razak said...

@Cik Wangi : sis pun apa kurangnya :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...