Sep 22, 2014

Philips Visapure Beauty Pampering Session




{ Villa Manja Spa, KL . 16th September 2014 }


Assalamualaikum & Hello.

Setelah sekian lama tak join mana-mana event..akhirnya saya kembali menyibuk! Thank you Philips Malaysia kerana menjemput saya menghadiri media launch & blogger gathering untuk produk mereka yang terbaru, Philips Visapure. Mula-mula tu jenuh juga google nak tahu apa bendalah Visapure ni. Nak tau apa ke bendanye..kenalah baca entry ni sampai habis yer.


Event ni diadakan pukul 6 petang di Villa Manja Spa, Jalan Damai KL, Rabu lepas. Sampai je saya di Villa Manja Spa,adoi terpukau terus tengok spa ni kemain cantiknya!! Rasa tak nak balik pun ada sebab rasa best sangat. Selepas register saya diajak untuk join massage session oleh staf Villa Manja Spa sebelum event bermula. Kalau dah offer takkan nak tolak pulak kan? Lepas tu ada makan-makan dan fresh juice. Order je berapa gelas jus nak minum sebab semua jus yang disediakan semuanya fresh dan diblend menggunakan juicer Philips. Kelasss ko!!


Saya beruntung kerana dapat jumpa dengan blogger-blogger yang otai seperti Yana Yassin dan Cik Lily Putih. Sempat berbual-bual dan saling follow instagram masing-masing. Lepas ni kalau ada rezeki bolehlah jumpa lagi :)


Lebih kurang pukul 6.30 petang, kami dipanggil untuk sesi briefing mengenai Visapure daripada spokeperson Philips. Masa ni baru saya paham tentang kepentingan mencuci muka dengan betul. Visapure ni dicipta untuk membantu kita mencuci muka dengan lebih bersih daripada sebarang kekotoran. Entry akan datang saya akan ceritakan lebih lanjut mengenai Philips Visapure dan cara menggunakannya.


Antara beauty blogger yang hadir. Semuanya friendly belaka!


Selepas briefing, kami dipanggil untuk mencuba sendiri Philips Visapure ni. Yeay!! Sebelum cuba, kami diajar bagaimana untuk menggunakan Visapure dengan betul. Selepas mencuba sendiri, memang betul ada perbezaan! Kulit rasa lebih bersih dan lembut. Terkagum sekejap 10 minit!! haha


Tak sabar nak ceritakan kat korang tentang kebaikan Visapure ni. Tunggu video tutorial saya siap..nanti saya cepat-cepat update!


Meja mekap kemain lagi sorang satu siap ada Philips Consultant tolong ajar tutorial. Setiap satu meja disediakan satu doorgift untuk dibawa pulang. Haruslah ada Visapure kan...


Inilah awek Philips yang susah payah ajar saya bagaimana nak guna Visapure ni. Nama dia Sheera. Sorry saya banyak tanya. Dah tua ni..otak slow sikit...haha. Nasib baik Mr Kudud tak ikut, kalau tak habis kena ngorat. Dia tu bukan boleh tengok awek comel-comel ni..waaaa waaa waaa!!


Kami dapat offer untuk dimekapkan sebelum balik. Tapi saya tak mekap pun sebab saya terus balik rumah. Kang kalau mekap cantik-cantik, ada yang terlajak lepak KLCC pulak kang...haha. Sempat bergambar dengan Yana Yassin sebelum balik. Seronok dapat kenal-kenal dengan blogger baru. Ni yang makin semangat nak blogging balik ni!


Ini video yang sempat saya rakam masa event berlangsung.


Thank you Philips Malaysia for a wonderful event!!





Love,
LIZA RAZAK





FOLLOW ME 
INSTAGRAM | KEEK | FACEBOOK | TWITTER | LOOKBOOK

4 comments:

Noor Aini said...

Looks interesting.. cant wait to see the next entry..

safurara said...

bestnya lizaaa.bila lah nk join event2 hebat cm ni.

Liza Razak said...

@Noor Aini : thank you sis :)

Liza Razak said...

@safurara : itupun dah lama tak join..hehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...