Aug 6, 2013

Pasar Seloka Raya at Hello Deer

[ AUTO-PUBLISH ENTRY ]



“None of us knows what might happen even the next minute, yet still we go forward. Because we trust. Because we have Faith.”
  Paulo Coelho, Brida

{ Hello Deer, Damansara Uptown . 4 Ogos 2013 }



Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Weekend lepas...hati ni berkobar-kobar betul nak pergi Pasar Seloka Raya @ Hello Deer. Bukan nak shopping apa sangat pun..saja gatal nak jalan-jalan cuci mata dan beli sampul duit raya Wondermilk. Sampul Wondermilk tahun ni comel-comel dan tempting gila ! Harga RM 1 = 6 keping. Ok la kan...kebetulan tahun ni tak dapat sampul duit raya free. So option yang tinggal - beli je. Pasar Seloka Raya ni bermula dari pukul 4 petang sampai 12 tengah malam. Mula-mula nak pergi hari Jumaat...eh macam malas la pulak nak keluar. Hari Sabtu pulak..ada iftar dengan saudara kat Nilai. Sudahnya hari Ahad baru ada peluang nak pergi. Itu pun pukul 10 malam baru pergi sebab ada iftar kat tempat lain. Ingatkan masa sampai tu tak ramai orang...rupa-rupanya orang macam sardin ! Selit jugak masuk sebab nak beli sampul duit raya dulu. Mula-mula plan nak beli 6 peket je..bersamaan dengan 36 keping. Tapi adik manis Wondermilk tu sudah hasut Mr Kudud suruh beli 10 peket. Baru RM 10. Akibat termakan hasutan, amik kau 10 peket = 60 keping sampul duit raya. Macamlah banyak sangat anak menakan nak kasi duit raya kan...tak kisahlah kalau tak habis, carry forward tahun depan. Tak membazir! Lepas itu ingat nak survey kot-kot kalau ada yang berkenan di hati. Tapi punyalah ramai orang ! Terus tak jadi beli..hehe. Tapi yang penting saya dah beli sampul duit raya Wondermilk yang comel ni !

Akibat ramai sangat orang..tak dapatlah saya nak snap gambar Pasar Seloka Raya ni banyak-banyak. Sempatlah snap 2-3 keping.


Kalau korang berminat nak beli sampul duit raya Wondermilk yang comel-comel ni..bolehlah dapatkan di Wondermilk, Damansara Uptown. :)



Love,
LIZA RAZAK






FOLLOW ME :
INSTAGRAM | KEEK | FACEBOOK | TWITTER | LOOKBOOK

- Posted using BlogPress from Liza Pypylamb's iPad

8 comments:

Syafiqah Hashim said...

lawaa sampul duit raya tu!! hihiii..

kim said...

sweet je sampul raya tu..simple but nice

Ratu Hatiku said...

Cantik smpul duit raya tu..
Selamat hari raya buat Liza sekeluarga... :)

Lelaki said...

stailo balang2 kuihnya.

Liza Razak said...

@Syafiqah Hashim : kan..pasal comel la akak beli ni..hehe

Liza Razak said...

@JungRara : kan..hehe

Liza Razak said...

@Ratu Hatiku : selamat hari raya sis :)

Liza Razak said...

@Lelaki : kuih raya kat wondermilk sedap2 tau :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...