Aug 5, 2013

Raya 2013 Shopping Haul


 “Remember that wherever your heart is, there you will find your treasure.”
  Paulo Coelho, The Alchemist


( Sunway Pyramid . 30 Julai 2013 ) 


Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Korang dah habis shopping raya? Finally saya pun dah settle shopping raya...Selasa lepas, lepas Mr Kudud habis kerja, saya ajak Mr Kudud shopping raya kat Sunway Pyramid. Malas nak shopping jauh-jauh sebab malas nak hadap jam dan bersesak-sesak dengan orang ramai. Alhamdulillah nasib baik Sunway Pyramid tak pack sangat. Nak parking kereta pun senang. Mula-mula kami settlekan barang Mr Kudud dulu..tebus voucher Jusco Mr Kudud yang banyak tu...Mr Kudud decide amik perfume Bulgari. Topup duit sikit je. Berbaloi sebab kami ni kedekut sikit nak beli perfume mahal-mahal..hehe. Lepas tu buka puasa kat Pizza Hut. Itu pun tak boleh duduk lama-lama sebab rushing nak setelkan baju Mr Kudud. Mr Kudud ni ada 4 tempat je dia boleh shopping baju...H&M, Topman, Uniqlo dan G2000. Nak tau kenapa? Sebab badan dia kecik, kat butik lain susah dah dapat saiz lelaki petite macam dia ni..hehe. Habis je shopping baju raya Mr Kudud, dia tanya saya nak beli lipstick tak? Saya pun cakap ok je...Kami singgah kaunter Chanel dan beli lipstick seketul. Nak tau review tentang lipstick yang saya beli tu..saya ada update dalam entry ini --> Makeup Review : Chanel Rouge Allure Velvet Lipstick . Ok...akhirnya settle shopping barang Mr Kudud kat Sunway Pyramid..phew..


Part ni..paling terharu...Mr Kudud belikan handbag raya. Ada cerita di sebalik handbag raya ni...sepatutnya saya dan Mr Kudud pergi Konsert Metallica 21/8 ni..tapi alih-alih Mr Kudud tak kasi saya pergi..dia cakap takut dia tak boleh jaga saya masa konsert tu nanti. Dalam hati..saya fikir mesti dia nak havoc gila time konsert tu nanti dengan kawan-kawan lelaki dia. Sudahnya dia offer nak belikan handbag sebagai ganti. Dengan syarat handbag tu taste dia. Uishhh...apa sangatlah konsert tu kalau nak dibandingkan dengan handbag kan? Tipikal orang perempuan confirm tak tolak offer macam ni kan...hehe. Mula-mula saya nak handbag Cole Haan...dia tak berkenan pulak..Michael Kors pun dia tak berkenan. Sudahnya handbag Coach ni yang ok kat mata dia. Kalau nak beli handbag saya suka jenis satchel..senang nak sling. Sebelum ni saya dah ada Coach Lindsey..yang ni saya beli Coach Kristin Woven..Saya suka sebab design dia bukan tipikal design Coach yang biasa tu. Lepas tu corak woven handbag ni unik...ala-ala Cole Haan yang saya berkenan tu..Yang penting full leather. Alang-alang beli mahal..baik beli full leather..Tahan lama dan senang nak jaga :)


Ini dia lipstick yang saya beli tu..Ingat nak pakai masa raya..jangan harap! Baru je beli sibuk nak pakai bila keluar esoknya. Memang dah tak surprise la kan...hehe


Baju raya saya tahun ni saya beli siap je...tak sempat nak hantar tempah. Tapi mak saya dah belikan sepasang kurung cotton kat Jalan TAR 3 minggu lepas dan tempahkan sepasang lagi baju raya. Kat situ je dah 2 pasang. Saya beli 1 set kaftan dan batik borneo dari The Labels. Kebetulan minggu lepas saya pegi The Labels Bazaar Klasik Raya. Berkenan pulak tengok set ni. Lagipun memang praktikal sebab lepas raya saya boleh suai padankan kaftan ni dengan skirt ataupun seluar. Jadi tak adalah membazir pakai sekali dua je kan. Kasut raya mula-mula ingatkan nak beli tapi cancel la..pakai je kasut Steve Madden yang saya beli tahun lepas. Padan la pulak dengan baju raya. Jimat kat situ...rantai pulak saya pakai je apa yang ada. Tak kuasa nak membeli. Tahun ni tak ada tudung raya sebab tudung saya melambak-lambak. Suai padankan je.


Tiap-tiap tahun saya mesti beli sampul duit raya dari Wondermilk..sebab sampul ni comel sangat. Malam tadi masa singgah kat Pasar Seloka Raya kat Hello Deer...sempat borong sampul raya. RM 1 untuk 6 keping. Mr Kudud borong sampai 10 peket. Kalau tak habis pakai...carry forward raya tahun depan !

Malam ni kami dah gerak balik Perlis...Kami cuti raya lama...start esok (6/8) sampailah Rabu minggu depan (14/8). Kalau ada entry yang saya publish esok lusa ni..bermakna entry tu entry auto-publish..saya nak setelkan entry aktiviti-aktiviti puasa ni sebelum raya. Nanti kalau publish lepas raya...dah basi la pulak kan...hehe



Love,
LIZA RAZAK



FOLLOW ME :
INSTAGRAM | KEEK | FACEBOOK | TWITTER | LOOKBOOK

- Posted using BlogPress from Liza Pypylamb's iPad



16 comments:

Syafiqah Hashim said...

wahh, besnyaaa shopping! jeles japp..hihii..

Asz Miza said...

Memang comel la sampul duit tu Liza. :) Bag coach tu sangat cantik!

Unknown said...

sampul pon beli? wahhh, nk duit raya jugak! kita ehsan pihak bank je kasi sampul, hehehe.

dear anies said...

laaaa pegi la konsert tu..sbb sy pon dpt offer g konsert metalica..

btw..SELAMAT HARI RAYA utk liza sekeluarga...

Dylla Abas said...

handbag ganti konsert..?? mmg tak tolak..huhu :p

selamat hari raya..take care!

Ratu Hatiku said...

Cantik handbag tu Liza... :)
Selamat pergi dan balik kg ya.. Selamat Hari Raya.. :D

norhidana said...

waaaaa bestnyer, tang dpt hadiah handbeg tuh... bdn kecik molek mcm liza nih senang lah nk beli baju siap kt mana2...

comei lah sampul duit raya tuh, murah laktu...

زليخا said...

ehehe..nmpak suami akk caring dkt akk.

Liza Razak said...

@Syafiqah Hashim : shopping sikit je pun pika :)

Liza Razak said...

@Asz Miza : kan..suka gila dengan sampul tu :)

Liza Razak said...

@Jojet : saya beli sbb tahun ni x byk dapat sampul raya free..sedih kan..hehe

Liza Razak said...

@Khai♥Rin : anies : huhu...mr kudud x kasi pegi :( selamat hari raya sis

Liza Razak said...

@Dylla Abas : kan...hehehe

Liza Razak said...

@Ratu Hatiku : selamat hari raya sis :)

Liza Razak said...

@norhidana miswan : memang murah sis..seringgit satu paket

Liza Razak said...

@mujahidah maisarah : hehehe...thank you

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...