Oct 22, 2013

Hello Jakarta : Pasar Antik & Koper Jl. Surabaya



“We are travelers on a cosmic journey,stardust,swirling and dancing in the eddies and whirlpools of infinity. Life is eternal. We have stopped for a moment to encounter each other, to meet, to love, to share.This is a precious moment. It is a little parenthesis in eternity.”
  Paulo Coelho, The Alchemist


 Entry Sambungan :



DAY 2 . 6 OCT 2013
( Pasar Antik & Koper Jl. Surabaya )



Assalamualaikum & Hello.

So harini saya sambung balik entry Hello Jakarta yang saya update semalam. Saya cerita seringkas mungkin entry Pasar Antik & Koper Jl. Surabaya ni sebab entry ni saya terlebih rajin pulak upload berpuluh-puluh gambar. Hopefully korang tak boring la scroll mouse tu tak henti-henti ya..Berbalik kepada cerita semalam...sampai je kami di Amaris Thamrin City Hotel (review pasal hotel ni saya update kemudian je ok), mandi, kemas baju dan terus keluar balik untuk lunch. Kebetulan hotel kami ni di atas shopping complex Thamrin City tapi berlagak pulak tak nak lunch kat situ. Kami lunch kat Grand Indonesia Shopping Town (ala-ala Pavilion la kat Malaysia). Dekat je dengan hotel kami. 5-10 minit jalan kaki. Punyalah grand sampai nak masuk pun kena scan bag kat entrance...hehe. Masa ni macam malas pulak nak explore restoran ala-ala indon kat sana. Sudahnya kami lunch kat Burger King..harga lebih kurang sama je dengan Malaysia. Cuma menunya berbeza sikit. Habis je lunch..kami balik ke hotel dan tidur. Bangun tidur je masa tu dah senja...tak sedar langsung maybe sebab masing-masing penat sangat. Mula-mula kami nak dinner kat luar. Tapi bila keluar hotel, kebanyakkan kedai dah tutup. Mak ai awalnya tutup! Nasib baik Domino's Pizza masih buka lagi. Terus tapau je makan dalam bilik. So haritu memang tak jalan mana-mana. Walaupun tak ada aktiviti jalan-jalan, masing-masing sibuk google info pasal Bandar Thamrin ni. Nanti senanglah bila kami nak keluar jalan-jalan keesokkan harinya. Al maklumlah trip tak ada tourist guide. Kenalah rajin buat research. Mr Kudud pulak busy telefon supir untuk bawa kami keluar keesokkan harinya. Punyalah sakan tanya...alih-alih kami pilih Pak Amad, driver cab kami dari airport ke Thamrin City tengah hari tu. Harga dia paling murah untuk sewa sehari suntuk, dalam Rp 550000 (RM 160 duit Malaysia).

Keesokkan harinya, pagi-pagi lagi kami dah bangun untuk keluar jalan-jalan. Janji dengan Pak Amad pukul 9 pagi. Sempatlah breakfast nasi dan lauk yang ntah hape-hape kat hotel. Belasah je la..janji kenyang. Pak Amad ni memang bagus betul. Janji pukul 9 pagi...pukul 8.30 dia dah terpacak depan hotel. Kami kena bertolak awal pagi sebab destinasi pertama kami adalah Pasar Antik & Koper Jl. Surabaya. Pasar ni dibuka jam 10 pagi. Kalau tak nak kena panas terik matahari seelok-eloknya gerak awal dalam pukul 9 macam tu. Untung-untung kalau nak shopping boleh dapat harga murah sikit. Pasar Antik ni lebih kurang macam Pasar Karat kat sini. Bezanya kat sini siap ada kedai. Ada banyak deretan kedai sepanjang Jl Surabaya ni. Macam-macam barang antik dijual seperti barangan tembaga, patung-patung, pedang, lampu antik, beg kulit dan sebagainya. Benda yang tak pernah tengok pun ada. Kat sini banyak pelancong orang putih..so boleh bajetlah harga barang kat sini agak mahal. Kalau korang pandai tawar-menawar..lagi bagus. Peniaga kat sini sangat sporting tau. Tak payah takut-takut nak ambil gambar sebab diorang ni dah biasa melayan pelancong asing. Saya paling excited sebab saya ni memang peminat barangan antik. Geram betul tengok lampu-lampu antik kat situ. Rasa macam nak borong semua bawak balik KL! Kalau korang minat photography..kat sini memang best nak snap gambar. Sepanjang kami kat situ..kerja snap gambar je. Mr Kudud dengan DSLR nya..saya pulak tak lekang dengan Ipad Mini dan Fish Eye Lens. So korang boleh faham la kenapa gambar banyak gila kan...hehe.


 Jom sambung layan gambar lagi. Gambar-gambar di bawah ni dari Ipad Mini saya. Kebanyakkannya saya snap guna fish eye lens. Gambar di atas tu semua Mr Kudud snap guna DSLR Canon 60D.


Di sana saya hanya beli dokoh perak antik. Memang cantik dan rare..Walaupun habis Rp 180000 (RM 50) beli dokoh tu...tapi saya tak kisah sebab design dokoh tu memang rare dan yang penting ia antik. Berbaloi beli sebab lagi satu dokoh tu dibuat daripada perak tulen. Pakcik yang jual dokoh tu cakap dokoh antik yang saya beli tu dari Sumatera. Kalau siapa yang tengok Instagram saya..mesti dah tau rupa dokoh tu. Nanti saya update rupa dokoh tu dalam entry lain. Lepas ni kami ke mana pulak? Tunggu entry esok ok ?


Jumlah Perbelanjaan Seorang (Tak Termasuk Shopping & Makan)
Sewa Innova (Cab) : RM 160 (160/4 Orang) = RM 40




Love,
 LIZA RAZAK






FOLLOW ME

30 comments:

Unknown said...

lawa2 la gambar..barang antik ni kalo tengok depan mata memang geram abis..sumer pon rasa nak angkut..
bestnya dapat gi cuti2 jakarta..
tunggu next entri ni :)

dear anies said...

telefon tu jual jg ke?

Farah Waheda Wahid said...

wah menarik ni, banyaknya barangan antik...

shaFazie said...

semua antik2..info yang menarik nie sis..kalo ada kesempatan kesana boleh singgah tempat nie :)

Cik Nor said...

wah..nak ole2..:)

Kopiolimauice said...

not bad la jakarta...percutian yg santai..

Alin Marlini said...

ni kalau abah kak alin nengok...mesti best...

safurara said...

best nyaaa~ bila lah nk merasa g ni =)

Unknown said...

baru nak tanya tak mahal ke?? rupanya kak liza peminat barang antik ye.. :D

Nabilah Rosman said...

tak berkesempatan lagi nak kesana..
tapi rs mcm nak gi je lepas tgk gmbr2 ni..

salam dari saya yg baru pertama kali menyinggah ke sini. i like ur blog!

ANIM said...

liza..antique...sukernya kak anim tengok..

Unknown said...

ish jeles jeles
nak pegi gak
best best

Unknown said...

banyak murah!

ZULHILMI TEMPOYAK said...

ble agaknya dapat g gak ni.. huhuhu


aik.. kos tu je ke yg ad..?? hmm..

Zura said...

korang minat betul ngn barang antik ya....

Liza Razak said...

@Zee Suhaini : betul tu sis..mmg cantik2 brg antik kat situ :)

Liza Razak said...

@Khai♥Rin : anies : telefon tu mmg ada kat situ :)

Liza Razak said...

@Farah Waheda Wahid : memang menarik sis :)

Liza Razak said...

@shaFazie : nanti singgahlah sis..best!!

Liza Razak said...

@Normi Nieza : nanti saya bukak giveaway yer :)

Liza Razak said...

@Kopiolimauice : dan percutian yang bajet jugak :)

Liza Razak said...

@Alin Marlini : abah kak alin mesti minat barang antik ni :)

Liza Razak said...

@Cik Puan Rara : nanti ajaklah husband pegi bercuti :)

Liza Razak said...

@husna zahidi: ada yang murah, ada yg mahal..kena pandai pilih dan tawar menawar :)

Liza Razak said...

@Chenta Ummi: thank you sis :)

Liza Razak said...

@ANIM : minat antik jugak ek sis? :)

Liza Razak said...

@piqa da bajitos : nanti pergilah sis...tiket flight pun x delah mahal sgt :)

Liza Razak said...

@Dhia Dirham : ada jugak brg yg mahal gile...hehe

Liza Razak said...

@zulhilmi tempoyak : tak lah..itu kos masa pegi pasar karat tu je..yg lain2 ada lagi :)

Liza Razak said...

@Zura Lee : saya memang minat gile sis..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...