Wednesday, May 22, 2013

Look Of The Day : Pink Tribal

"Be sure what you want and be sure about yourself. Fashion is not just beauty, it’s about good attitude. You have to believe in yourself and be strong."
Adriana Lima



WHAT I WORE
Tribal Shawl, Pikalurve | Waterfall Cardigan, Old Blossom Box Store | Turtle Neck Black Top, Blook
High Waisted Army Green Maxi Skirt, Forever 21 | Saffiano Hamilton Satchel, Michael Kors | Flats, H&M


 P/S : Tribal shawl yang comel ni saya beli dari Pikalurve by Syafiqah Hashim. Suka betul shawl ni...bidang besar dan senang dipakai. Design pun cantik-cantik..kepada peminat tribal shawl tu bolehlah berkunjung dan like facebook page Pikalurve ni :


Untitled


Love,
LIZA RAZAK



Tuesday, May 21, 2013

Makeup Review : Laura Mercier Black Violet Kohl Eye Pencil

Assalamualaikum.

Hari ni saya agak rajin sikit nak buat makeup review. Thank you kawan-kawan blogger yang request. Eyeliner ni yang terbaru saya beli kat Sephora Paradigm Mall. Saja gatal nak cuba eyeliner baru pulak...hehe. Lately saya macam gila sikit kat produk Laura Mercier ni selain all-time favourite brand saya Chanel dan Benefit. Banyak review positif yang saya baca mengenai produk Laura Mercier ni. So bila eyeliner lama saya dah habis, terus beli Kohl Eye Pencil ni.
 

APA KATA LAURA MERCIER ? 

Formulated specifically for lining the inside of the eyelid & the base of the lashes. The soft, creamy formula glides easily along the eyelid, creating a smooth and well-balanced line. The luxurious texture allows anyone to achieve the perfect "smoky eye" with maximum wearability. Each pencil contains a thicker diameter than the Eye Pencil to create a more pigmented, dramatic effect.

    

JENIS MATA SAYA :
Sensitif + Watery Eyes


Kebiasaannya memang saya akan beli eye pencil warna hitam. Tapi bila tengah belek-belek tu..alamak..warna hitam dia lain macam la. Tulis kat kotak warna Black Violet. Sah-sah bukan warna hitam betul kan. Saya cuba kat tangan..hitam dia agak kebiru-biruan sikit. Terus test kat mata pulak (kalau nak beli barangan mekap, seelok-eloknya bila pergi tak pakai apa-apa mekap. senang nak test kat muka) Eh...lawa jugak..Tengok harga...ermm..bolehlah.. Terus tangan ni google pasal eyeliner ni kat Makeup Alley..review dia boleh tahan jugak. Mula-mula macam agak ragu jugak sebab saya tak pernah guna produk Laura Mercier ni. Tapi tutup mata je la beli..kan..hehe


FIRST IMPRESSION :

Disebabkan warna eye pencil ni tak terlalu hitam...bila saya pakai di mata, mata tak nampak garang. Nampak lebih soft. Dalam gambar mungkin tak berapa nampak warna biru dia..tapi bila tengok dekat-dekat akan nampak. Lagi satu..eye pencil ni perfect untuk teknik smudging..Untuk mata sensitif dan cepat berair seperti saya ni..memang tak digalakkan lukis eye pencil ni di bahagian waterline. memang akan comot selepas beberapa minit. Paling baik lukis di lower line..itu pun kadang-kadang kalau cuaca terlampau panas, akan ada sedikit comot di bawah mata saya. Saya selalu guna bila cuaca tak panas sangat, takut nanti jadi mata panda pulak selepas beberapa minit keluar rumah..hehe. Walaupun eye liner ni bukan waterproof tapi saya masih suka disebabkan warna dia. Bila nak cuci kesan eyeliner pada mata...cuma cuci dengan wet wipes je..terus hilang. Saya mungkin akan repeat beli eye liner ni sebagai second eyeliner dan dipakai bila ada special occasion. 

 Ini gambar saya memakai Laura Mercier Black Kohl Eye Pencil :


PROS :
Sesuai untuk teknik smudging
Warna hitam kebiru-biruan..mata nampak lebih soft
Warna pigmented
Sesuai untuk dipakai untuk 'special occasion'

CONS :
Non waterproof
Cepat comot bila dipakai di bahagian waterline.
Tak begitu sesuai untuk mata sensitif dan cepat berair
Harga agak mahal untuk eye pencil yang 'non-waterproof'
Tak praktikal untuk dipakai hari-hari

HARGA RETAIL :
RM 69 ( 1.1g )
Boleh didapati di Sephora dan semua kaunter Laura Mercier



Rating? 6/10
Repurchase : YES (Only for second eyeliner)



Love,
LIZA RAZAK



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...