Jul 28, 2013

Art Of Speed 2013

" Everybody has a creative potential and from the moment you can express this creative potential, you can start changing the world. "
Paulo Coelho

{ Citta Mall, Ara Damansara . 9 Jun 2013 }


Assalamualaikum & Salam Sejahtera !

 Ok..my bad terlupa nak update cerita pasal Art Of Speed bulan Jun lepas...Kiranya entry ni kira dah basi la..tapi since bulan puasa ni aktiviti saya agak slow sikit, makanya saya update je la cerita-cerita basi yer..hehe.


Sebenarnya saya tak tahu-menahu pun pasal event ni. Kebetulan masa Mr Kudud potong rambut dengan Tasha Zainudin tengah hari tu, Tasha ajak kami pergi event ni. Rupa-rupanya kawan kami Syazwan join untuk slot pameran kereta-kereta vintage. Apa lagi kalau bukan kereta Mercedes Godfather dia tu. Kereta Wan ni memang selalu masuk event pameran kereta-kereta lama ni. Memang lawa dia makeup kereta mercedes lama dia ni. Ala-ala Godfather. Yer...dia memang obses dengan Godfather sama macam saya...hikhik


Selain dari pameran kereta ada banyak booth menjual merchandise dan pelbagai barangan lain. Saya tengok je la. Tak pandai langsung bab-bab kereta motor ni. Orang lelaki macam Mr Kudud seronok la sebab selain daripada kereta-kereta cantik, awek-awek dahi licin yang cantik dan sexy pun ada jugak. Rambang mata Mr Kudud!


Paling best masa perarakan motor berkuasa tinggi dan kereta-kereta vintage. Bingit telinga dengar. Tapi seronok tengok!  Sebelum berarak, semua kenderaan ni akan masuk dalam kotak Hot Wheels untuk sesi photoshoot. Penuh kereta Wan masa ni. Mr Kudud pun sibuk jugak. Kemain lagi siap bawak kayu baseball. Konon mafia la tu...hehe


Antara yang menarik perhatian saya kereta kat gambar atas ni...unik kan?


Selain daripada tu ada show grafitti live...sponsor dari Nippon Paint. Abaikan perkataan 'F' kat gambar atas tu ek..Yang penting saya nak tunjukkan grafitti art tu. Kagum woo..kalau saya, mampu lukis orang lidi je la kot. Tak ada bakat seni.


Yeay...Iris Malika pun ada jugak !! Sejak-menjak ni geram betul tengok pipi Iris ni. Makin bulat dan tembam. Rasa nak picit-picit je...Comel kan Iris pakai kasut Converse. Barulah stylo! Masa ni kami melepak kat Pappa Rich Citta Mall, betul-betul sebelah tapak event. Lapar gila masa tu sebab saya dan Mr Kudud belum lunch lagi. Sambil-sambil makan, boleh tengok gelagat orang ramai kat event tu.

Ok..itulah dia cerita pasal Art Of Speed 2013. Btw, Korang dah buat persiapan untuk raya? Saya belum lagi. Next week baru sibuk-sibuk nak buat persiapan. Memang last minute!








Love,
LIZA RAZAK





FOLLOW ME :

- Posted using BlogPress from Liza Pypylamb's iPad

6 comments:

Ratu Hatiku said...

Geramnya tgk Iris tu..dgn rambutnya yg lebat tu.. :D

Unknown said...

hehehehhe sama la ngan ena
mmg tak shopping pun lg

dear anies said...

kalu sy tau, mesti sy akn terjah event ni...suka jg kereta2 klasik ni

Liza Razak said...

@Ratu Hatiku : tu laa...memang geram tgk :)

Liza Razak said...

@zarena heeney : tu laa...tp last minute shopping br best :)

Liza Razak said...

@Khai♥Rin : anies : nanti kalau ada next event..saya inform sis :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...