Apr 15, 2015

Skin Condition After 5 Months Of Using Visapure






Assalamualaikum & Hello.

Apa khabar semua? Lama tak ketemu dalam blog ni. Rasanya hampir 3 bulan saya menyepikan diri. Ada yang rindu saya tak? Apa?? Tak rindu langsung??? Ok fine....tak mau kawan korang!! Kepada yang masihkan rindukan saya...harini saya nak kembali aktif blogging seperti biasa.

Ingat tak lagi entry Philips Visapure saya tahun lepas? Kepada follower baru (ada ke?) bolehlah baca kat link SINI. Sememangnya Visapure ni banyak kelebihannya. Senang cerita, kalau cuci muka tanpa Visapure ni rasa macam tak puas pulak. Pergi travel pun saya gigih jugak bawak. Nak pulak dapat free travel pouch yang cantik kebaboom, senang je nak bawak ke mana-mana.

Semenjak 5 bulan saya menggunakan Visapure ni, kulit dah bertambah bersih dan kurang jerawat pasir di muka. Nampak je muka saya ni macam licin feeling-feeling flawless. Itu kalau pakai foundation sekati kat muka. Cuba kalau tak pakai, amboi penuh jerawat pasir kat muka kau senah!! Walaupun foundation dapat menutup jerawat pasir kat muka ni...hati ni tetap tamak nak flawless tanpa mekap. Barulah cantik semulajadi yer tak? Tak guna kalau pakai moisturizer beribu-ribu sekali pun kalau muka tak dicuci dengan bersih. Ye laa....macam mana moisturizer tu nak meresap masuk ke kulit kalau pori muka masih penuh dengan kotoran. So inilah kerja Visapure...ianya akan mencuci segala kekotoran pada kulit muka sehingga ke titisan terakhir (#overkau). Serius tak tipu sebab saya dah guna 5 bulan. Memang magic sangat. Mr Kudud yang pemalas cuci muka tu pon suka pakai. Haa...nampak tak kuasa Visapure di situ!!

Kepada yang masih blur pasal Visapure ni. Bolehlah baca dengan lebih lanjut kat bawah ni. Mesti korang teruja nak guna selepas baca!


Visapure ni sesuai untuk semua jenis kulit. Ianya didatangkan dengan 3 jenis berus. Normal, Sensitive dan Exfoliation. Korang boleh guna mengikut jenis kulit masing-masing. Saya selalu guna normal bristles. Exfoliation pula untuk scrub seminggu sekali. Saya ni rajin guna mekap kalau keluar, selalunya balik mesti malas gile nak cuci muka. Ye la...banyak pulak kerja nak cuci especially bahagian mata. Sejak ada Visapure ni mudah je, mula-mula cuci guna  makeup remover wipes (brand Simple terbaik), kemudian cuci dengan pencuci muka harian. But make sure gunakan bersama Visapure. Sekejap jer muka dah bersih. Mekap ni kalau tak dicuci betul-betul, macam-macam anasir jahat muncul di muka. Sebab tu kena cuci betul-betul. Kemudian barulah sapukan toner dan moisturizer. Yeay!!!


Mudah kan guna Visapure ni? Dah la kalis air....sambil shower pon boleh cuci muka. Kalau agak dah lambat pergi kerja pagi-pagi tu, cuci muka sambil gogok gigi pun boleh. 1 minit sahaja dah siap!

Ini kesan baik yang terhasil pada saya selepas 5 bulan penggunaan Visapure :

+ Kulit muka lebih bersih
+ Kurang jerawat pasir pada muka
+ Muka kurang berminyak
+ Memudahkan penyerapan moisturizer
+ Paling penting, kulit muka lebih licin!!


Bukan saya seorang je yang cakap Visapure ni best. Ramai blogger yang sudah mencuba sendiri Visapure ni selama berbulan-bulan!  Addicted youuu!! Mari kita tengok apa kata mereka tentang Visapure ni :




Kat mana nak beli? Buat masa ni korang boleh dapatkan di AEON ataupun Harvey Norman yang terpilih. Aksesori pun ada dijual berasingan


HARGA PHILIPS VISAPURE :
Peach Edition - 2 Speed Settings With 1 Normal Skin Brush Head And 1 Sensitive Skin Brush Head (Model SC5275) :
RM 799

Blue Edition - 1 Speed Setting And 1 Normal Skin Brush Head (Model SC5265) :
RM 699

HARGA BRUSH HEAD :
For Normal Skin Replacement Brush Head (Model SC5990) :
RM 59

For Sensitive Skin Replacement Brush Head (Model SC5991)
RM 65

 For Exfoliating Skin Replacement Brush Head (Model SC5992)
RM 69


Entry Visapure saya sebelum ini...saya ada buat tutorial ringkas bagaimana nak gunakan Visapure ni.Visapure ni sememangnya investment yang terbaik untuk wanita!!


Kalau ada apa-apa pertanyaan lebih lanjut mengenai Visapure ni boleh sahaja tanya saya di ruangan komen di bawah. I am happy to help! Ataupun untuk maklumat lanjut boleh layari laman web Philips Malaysia

http://www.philips.com.my





Love,
LIZA RAZAK




FOLLOW ME 
INSTAGRAM | KEEK | FACEBOOK | TWITTER | LOOKBOOK
 

8 comments:

Ratu Hatiku said...

Lama x jengah sini... :)
Mcm best jerk produk nie..

dear anies said...

liza awat mahai sgt niii??? ;-)

p/s sihat ke??

Anonymous said...

eh. rindu la.

bile nak cerita fesyen.

mesti best.

hehe.

Razf said...

rindu!

owh bagus jgk visapure ni

Liza Razak said...

@Ratu Hatiku: memang best sis...hari2 saya pakai :)

Liza Razak said...

@Khai♥Rin : anies : memang mahal tapi tahan lasak, kalis air dan sangat berkesan hilangkan kotoran pada muka especially makeup. berbaloi sangat dengan harganya :)

Liza Razak said...

@Rapunzel Cikilolo : saya dah update dah cerita fesyen ni...hehe. amik mood dulu sebab dah lama sangat tak blogging

Liza Razak said...

@Razfira : memang bagus visapure ni :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...