Oct 2, 2014

Kuala Terengganu : Sotong Celup Tepung





Assalamualaikum & Hello.

Minggu ni saya sangat tak produktif. Busy macam-macam. Last weekend holiday kat Langkawi. Harini pulak dah busy packing balik kampung untuk beraya. Next week busy packing ke Hong Kong pulak..3 minggu pulak tu stay kat sana. Haruslah baju menimbun-nimbun nak bawak kan? Macam mana pun saya akan curi time update entry sekerap boleh ek? Harini saya nak habiskan entry Kuala Terengganu ni. Dah boring tengok dalam draft ni lama-lama. So next week bolehlah cerita pasal holiday saya kat Langkawi pulak!


Kalau orang tanya saya kenapa saya suka pergi Kuala Terengganu. Salah satu jawapannya ada kat gambar atas ni. Seafood celup tepung!! Ya Allah...sedapnya!! Murah pulak tu!!! Haritu sebelum check in luggage kat airport, kitorang sempat singgah di Pantai Batu Buruk makan seafood celup tepung. Kebetulan masa tu musim candat sotong, haruslah sotong murah gilersssss!!


Kami singgah di ICT Haji Pok Long Seafood. Kedai ni buka sampai pukul 7.30 malam je. Pukul 4 petang masa kami sampai tu orang ramai memang penuh. Nasib baik meja dan kerusi cukup untuk kami. Masing-masing order kemain banyak...ye laa benda tak ada kat KL. Saya order ikan celup tepung dan sotong celup tepung. Amik kau...banyak gile makan! Padahal sebelum tu dah mencekik keropok losong. Harga seafood celup tepung ni bergantung pada jenis seafood. Harga dari RM 3 - RM 12 ke atas. Yang penting sotong memang murah. Amik je berpuluh-puluh pinggan kalau lalu makan..hehe. Actually makan kat sana memang akan feeling habis pasal angin laut tu sepoi-sepoi bahasa je menampar-nampar pipi yang gebu ni. Memang layan makan kat tepi pantai ni. Nak pulak kalau makan beramai-ramai dengan kawan.


Bukan selalu datang sini kan? Group selfie tu harusssss!!!


Gambar ni masa kami tapau keropok losong untuk bawak balik KL. Heaven betul makanan kat Kuala Terengganu ni. Saya rasa kalau saya duduk sana mesti gemuk tak hengat punya. Mana taknya...semua makanan sedap-sedap!! hehe




Love,
LIZA RAZAK




FOLLOW ME 
INSTAGRAM | KEEK | FACEBOOK | TWITTER | LOOKBOOK

- Posted using BlogPress from Liza Pypylamb's iPad
Location:Jalan Indah 2,Seri Kembangan,Malaysia

4 comments:

Nastyna said...

alaaa rindunya keropoks and the seafoods..

Normi Nieza said...

glemer tempat ni..dekat airport..:)

AMIIZAA said...

cak...kak mieja datang tgk liza:)

aswa leyla said...

tetibe rindu kg lak . kite yg duk ganu pon tak mkn bnyk gtu . lagi best sotong celup tepung kat pntai penarik,setiu . situ lgi awesome kak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...