May 11, 2012

Padang Besar

{ Padang Besar, Perlis. 30th April 2012 }


"There is only one thing that makes a dream impossible to achieve: the fear of failure"
Paolo Coelho




Kalau pergi Perlis tak singgah ke Padang Besar,memang tak sah perjalanan korang.Macam-macam ada kat sana, daripada makanan, pakaian dan barang keperluan rumah.Yang paling best sebab barang-barang ni Made In Thailand tau.Senang cerita kalau kat KL ni lebih kurang macam shopping mall la.Everytime saya balik Perlis mesti singgah ke Padang Besar.Kadang-kadang tak beli apa-apa pon, saja seronok nak berjalan-jalan kat sana.Kali ni saya pergi dengan kakak ipar saya dan anak-anak saudara saya.Excited betul diorang nak shopping kat sana. Mana taknya semua nak shopping jersey bola..hehe.Perjalanan mengambil masa lebih kurang setengah jam dari Kangar.Dalam perjalanan boleh nampak Empangan Timah Tasoh.Sayang betul kami tak bergambar tepi empangan tu.Pemandangan kat situ sangat cantik.Sampai je kami kat Padang Besar, cuaca panas terik.Panas betul...tapi nak shopping punya pasal, redah je lah !!



Setelah 2 jam berjalan-jalan kat Padang Besar, kami pon pulang ke Kangar.Dalam perjalanan tu, sempat lah singgah di Ostrich Farm. Kami tak lama pon sebab masing-masing dah letih.Saja nak bagi anak-anak saudara saya ni tengok burung unta dan kuda padi.Sempat la snap sekeping gambar burung unta ni ...hehe.Sesiapa yang tak pernah pergi lagi Padang Besar ni, kalau holiday kat Perlis, jangan lupa singgah kat sana shopping.Silap-silap boleh pokai dibuatnya..hehe



From Puchong With Love,
LIZA RAZAK






26 comments:

.: iEyLa :. said...

wehooo..poloh2 kakak..hihi
akkk xbeli jersey ke?? :p

Sue-Rya Qistina said...

lama dh x pegi pdg besar..last pegi, 7 thn lps kot..huhu..ur SIL badan still maintain..jeles!

KhaiRin : anies said...

kalau la mas tulen jual cm u..

Chikova_Airashii said...

bestnyee..dh lame nk pegy pdg besaq tp xpenah sampai :(

jemarisuri said...

tak pernah sampai lagi...mcm best je utk shopping...hehe

Lia said...

lama sudah lia tak pegi padang besar tu.. cantik pic tu.. :)

Hanamiko Sakura said...

nak cari barangan made in thailand..
pergi perlis pergi padang besar..
pergi kelantan pergi rantau panjang.. hehe..

miss daya said...

padang besar murah n best kan.. mcm2 ada.. on d way g padang besar pun view cantekkkk sgt.. lalu ladang tebu.. haish rindunyer... ;-)

dear yayah said...

sy org perlis.. hehehe.. perlis mmg panas.. mcm thailand.. sabo jela.. tp best jln2 kat perlis sbb perlis kecik je.. sehari pun dh leh explore sume tmpat

♥MAMASYAZA♥ said...

dah lama akak tak p pdg besaq. kalo p, mesti borong baju bola utk anak2 n blouse/tudung utk diri sendiri. lupa dunia sekejap kalo dah sampai sana

MumMe said...

hehe...tingat kenangan mumme di sekolah MARA Beseri ittewwww...kami naik bas ke padang besar...

HeNRieTTa JoSe said...

ini yg wt rieta lemah iman nie....terasa nk prgi shoping san jugak la...

O'gosh said...

g jejauh x bli pape...rugi2....hehe

Liza Razak said...

@ieyla : akak beli jersey kt kawan je..hehe

Liza Razak said...

@sue-rya qistina : kak nurul saya mmg maintain dr sblm kawen

Liza Razak said...

@khairin anies : tu laa dia...kalau murah lagi best :)

Liza Razak said...

@chikova_airashii : cuti sekolah nnt boleh laa cuti2 kat sana

Liza Razak said...

@jemarisuri : mmg best kalau shopping :)

Liza Razak said...

@lia : thank you :)

Liza Razak said...

@hanamiko sakura : saya pon dah lama x pegi rantau panjang

Liza Razak said...

@miss daya : betul tu..

Liza Razak said...

@dear yayah : a ah..betul tu..sehari je dah habis pusing 1 perlis

Liza Razak said...

@mamasyaza : silap2 kering poket dibuatnya

Liza Razak said...

@mumme : mesti best kan time tu

Liza Razak said...

@henrietta jose : wajib pegi ni :)

Liza Razak said...

@o'gosh : harus shopping byk2 :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...