May 11, 2014

Ke Redang Ke Kita? (Laguna Redang Beach Resort)




Entry Sambungan :





{ Laguna Redang Beach Resort . Day 2 . 5th March 2014 }


Assalamualaikum & Hello.

Ke mana berjalan harini? Mesti ramai yang pergi Vendeur Festival kat Stadium Melawati Shah Alam tu kan? Patutnya saya nak pergi semalam. Tapi lepas tengok kat Instagram ramai orang upload gambar orang bersesak kat dalam stadium tu, terus cancel nak pergi. Saya memang takut kalau shopping sesak-sesak macam tu. Dah la saya ni cepat penat. Daripada menyusahkan orang, baik tak payah pergi kan. Confirm tak beli apa-apa...hehe

Harini saya free. Bolehlah sambung balik cerita Redang tu. Cepat habis lagi bagus....hehe. Kitorang pergi Laguna Redang Beach Resort ni pada hari kedua. Bukan stay sana tau. Tapi pergi lunch. Saya pergi bertiga dengan Mr Kudud dan adik ipar saya. Masa tu petang, masing-masing buat aktiviti sendiri. Ada yang tido, berborak. Kitorang tak nak tido. Tengah hari tu kitorang miss makan lunch kat dewan makan. Lapar gile kot masa tu. Nasib baik Mr Kudud pernah stay kat Laguna Redang Beach Resort ni 2 tahun lepas. Dia yang rekemen kitorang lunch kat situ. 


Resort ni tak adalah jauh sangat dari resort kami (Redang Lagoon Resort). Adalah dalam 10 minit berjalan kaki. Antara Resort ni dengan resort kami, ada 2-3 lagi resort lain. Sementara nak jalan kaki tu, kami ambil kesempatan photoshoot tepi pantai. Masa ni cuaca panas, orang tak ada pun kat tepi pantai. Kalau nak photoshoot, masa ni paling sesuai. Kalau tak nanti, penuhlah gambar kitorang dengan gambar orang mandi manda. 


Resort ni 4 star. Memang tak mampulah nak stay sini nokk. Makan lunch mampu ler. Haritu kitorang order pizza, pasta dan burger set. Semuanya sedap-sedap. Paling sedap burger set yang Mr Kudud order. Aduhai...dia punya beef patty sedap giler!! Harga makanan standard la harga hotel. Dalam RM 12 - 50 ++ macam tu, bergantung pada menu apa yang dipesan. Kitorang makan pun yang murah-murah jer. Yang penting makan kat sana memang best. Kalau ada duit memang teringin nak stay kat Laguna Redang Beach Resort ni. Semua entertaiment ada kat sana. Malam-malam memang happening.


Air pulak kitorang semua amik jus. Kata makan tepi pantai kan...harusler berjus-jus bagai..hehe. Saya pun tak ingat kitorang order jus apa haritu. Tapi memang sedap...tak puas minum satu gelas.


Gambar saya memang nan-hado. Pasal masa ni mood saya tak baik sikit sebab ada insiden berlaku sebelum kitorang sampai kat Laguna Redang Beach Resort ni. Sebenarnya kelakar, tapi masa kejadian tu sumpah kaki saya sakit gile...siap pitam pulak. Malunya!! Nasib baik tak ramai orang nampak. Nak tau apa yang berlaku? Meh nak cerita...Sebelum duduk makan, kitorang photoshoot la depan resort ni. Standard la, kalau photoshoot tepi pantai, mesti nak buat aksi lompat-lompat tu kan? Masa saya tengah melompat tu, tiba-tiba saya terjatuh. Kaki terseliuh...Sakit gile...Nak pulak masa tu tengah panas terik. Tak pasal-pasal saya pitam. Nasib baik Mr Kudud terus papah saya duduk. Malu hokey....hehehe. Nasib baik lepas makan tu saya boleh berjalan kaki sendiri balik ke resort kami. Kalau tak, jenuh jugak, Mr Kudud kena papah.


Next week ada benda menarik saya nak cerita pasal produk Revlon yang baru. Review belum siap lagi. Nanti dah siap...saya cerita kat korang ok? Yang pasti benda ni murah dan sangat best. Siapa penggila Revlon macam saya ni..mesti teruja. So stay tuned!





Love,
LIZA RAZAK





FOLLOW ME 
INSTAGRAM | KEEK | FACEBOOK | TWITTER | LOOKBOOK

- Posted using BlogPress from Liza Pypylamb's iPad

3 comments:

Unknown said...

husna pernah.. seronok kemain last2 jatuh terduduk.. malu jugak laa..T_T

Yana Yani said...

hehe, boleh ke gelak ni
saya teringat saya dulu time first time pakai heel
konon nak eksyen, sekali jatuh kedebuk dekat stesen bas klang
time tu dah lah orang ramai
terasa macam masa berhenti dan semua mata pandang kita
ish, malu, malu! =)

ellynadyra said...

sakan melompat
sampai terseliuh
anyway cantiknya tempat ni kan liza
hari tu family day opis nak ke redang
tetiba tukar lak ke langkawi
kihkihkihkih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...