May 29, 2015

+Langkawi : Nusantara Maju Gamat





ENTRY SAMBUNGAN :



[ Nusantara Maju Enterprise . 28 September 2015 ]

Assalamualaikum & Hello.

Siapa tak kenal gamat kan? Rasanya setiap rumah mesti ada sekurang-kurangnya sebotol gamat. Walaupun saya tak suka bau gamat tapi memang tak dinafikan kalau ada kecemasan lecur ke luka kena gigit serangga ke mesti cari gamat ni dulu. Memang berkesan. Langkawi ni memang terkenal dengan perusahaan gamat secara tradisional. Kiranya kalau tak bawak balik gamat ni memang tak sah percutian korang kat Langkawi ni.


Haritu dalam perjalanan dari Kuah, kami ternampak kilang gamat ni. Terus singgah sebab malam tu dah nak balik KL dah. Saya tak pasti brand gamat mana yang paling famous kat Langkawi ni. Sebab saya tengok semuanya lebih kurang sama je kan. Brand je lain-lain. Menyesal masuk pun ada sebab habis duit memborong kat sini. Waaa...punah harapan nak berjimat-cermat!!


Masa ni memang ramai orang. Kebanyakkannya ahli rombongan Cik Kiah. 2-3 bas parking kat situ. Masa tu saya pelik diorang ni memborong sampai 2-3 bakul. Murah sangat ker? Ataupun diorang ni shopping untuk stok setahun? Tak terfikir yang saya pun bakal terjebak shopping berbakul-bakul selepas itu. Tu laa...kata kat orang lagi!!


Bagi saya, shopping kat sini memang selesa. Parking luas dan ada kemudahan tandas. Kalau dahaga boleh singgah minum di cafe yang disediakan. Walaupun ramai orang tapi selesa je sebab kedai dia luas. Tak payah nak berebut-rebut. Nama pun kilang kan..stok sentiasa ada.


Kitorang kemain kepoh tengok orang masak gamat kat sini. Ye laa..tak pernah tengok kan. Selama ni tahu pakai je. Tak pernah ambil kisah macam mana orang masak gamat.


Amik kau...berkawah-kawah diorang masak. Tapi kami tak boleh masuk dalam. Atas faktor keselamatan, kami boleh tengok dari luar je. Menggelegak je gamat dalam kawah tu. Tak tau la kena masak berapa jam tu. Lupa lak nak tanya orang yang masak gamat tu...hehe


Nampak tulisan 'Jangan Pulang Tanpanya' tu? . Wajib tau beli gamat kat sini!! hehe


Masa ni dah tak pedulik Mr Kudud kat mana. Asyik sangat membelek barang-barang yang dijual kat situ. Selain daripada gamat, ada shampoo, sabun, ubat resdung, jamu-jamu, body scrub, lotion, ubat-ubatan tradisional dan banyak lagi. Punya la banyak sampai sejam kitorang kat sini. Harga jangan cakaplah...kenapa murah sangat ni!! Patutlah orang shopping berbakul-bakul.


Saya beli banyak stok sabun mandi, scrub dan ubat resdung. Nyesal beli sikit je ubat resdung haritu. Memang berkesan. Next time pergi Langkawi, nak borong ubat resdung banyak-banyak!


Masa nak bayar, terkejut bila tengok Mr Kudud pun pegang bakul dia sendiri. Aikkk...memborong jugak orang tua ni. Selama ni dia mana kisah shopping benda-benda alah macam ni. So duit kitorang tinggal cukup-cukup nak beli coklat je lagi.


Tak main lah beli sebotol jer. Beli sedozen minyak gamat ni lagi murah. Boleh bagi souvenir kat family dan kawan-kawan. Actually ada je minyak yang pelik-pelik kat sini. Orang laki tau la kot. Saya malas nak sebut kat sini. Laris pulak tu orang beli. Ermm....


Boleh bankrup duduk sini lama-lama. Dah...jom pergi tempat lain pulak. Masa dah makin suntuk...Pukul 6 dah nak bertolak check in kat airport. Apa pun wefie itu wajib. Tapi tak boleh wefie banyak-banyak pasal masa tu matahari terik sangat. Terkebil-kebil mata...2 keping gambar cukup kot...haha.


'Jangan Pulang Tanpanya' . Memang betul ayat ni. Habis duit kitorang shopping kat sini...huwaaa!!!


Langkawi Trip 2014 from Liza Razak on Vimeo.






Love,
LIZA RAZAK






FOLLOW ME 
INSTAGRAM | KEEK | FACEBOOK | TWITTER | LOOKBOOK

2 comments:

Unknown said...

fae tak suka cium bau minyak gamat huhu

Ahlam Miera Shafie said...

benda wajib beli kalau ke langkawi selain coklat.. hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...