May 28, 2015

+Langkawi : Dataran Helang





ENTRY SAMBUNGAN :



[ Awana Porto Malai . 28 September 2014 ]


Assalamualaikum & Hello.

Yeay..hari last kat Langkawi!! Pagi-pagi lagi kami turun breakfast sebab tengah hari kami dah nak check out hotel dah. Haritu baru sibuk nak jalan-jalan sekitar Langkawi. Flight kami pun malam so ada banyak masa nak meronda.


Habis breakfast macam malas pulak nak naik bilik lagi. Apa lagi...bergambar je la kat area hotel ni. Kalau korang suka berbasikal, korang boleh sewa basikal kat hotel ni. Boleh meronda naik basikal keliling hotel. Kitorang dah kesuntukkan masa, terpaksalah lupakan niat nak berbasikal tu. Masa ni rasa malas betul nak check out hotel sebab saya suka sangat hotel. Relax je. Nanti kalau datang Langkawi lagi, saya nak stay kat sini lagi.


Ok..masa untuk check out hotel. Bye-Bye Awana Porto Malai. See you again next time!


[ Dataran Helang . 28 September 2014 ]


Dataran Helang merupakan destinasi pertama kami aritu. Last saya datang sini rasanya zaman sekolah rendah dulu. Gila lama kan? Kali ni saya datang, banyak benda dah berubah kat area Dataran Helang ni. Selalunya orang ke sini nak ambil gambar dengan helang tu jer. Kira macam gambar wajib la kalau datang ke Langkawi ni. Masa kami sampai tu, ada event Ironman Langkawi kat sini. Nasib baik kami tak datang pada hari Sabtu. Kalau tak sure jalan jam.


Dataran Helang ni kalau tak ramai orang memang tak sah la kan. Sementara tunggu giliran nak bergambar tu, saya sempat snap gambar pemandangan sekitar Dataran Langkawi ni. Nasib baik bawak Gopro. Tak payah nak mintak tolong orang amikkan gambar kitorang. Pakai monopod je dah cukup.


Time kitorang bergambar kat sini kejap je. Tak koser nak amik gambar banyak kali. Janji ada muka kitorang dan helang tu...dah cukup. Cuaca lak panas betul. Rasa nak cepat-cepat balik ke kereta. Misi kami ke sini cuma nak ambil gambar je...so bila dah settle tu kami cepat-cepat ke destinasi lain pulak. Kali ni kami tak jalan-jalan shopping kat Kuah. Takut tershopping pinggan mangkuk lak nanti. Bahaya! Saya memang purposely bawak 1 backpack share 2 orang. Nak elakkan shopping berlebihan...haha. Masa tu kami memang kena jimat cermat sebab minggu depannya kami 2 orang fly pergi ke Hong Kong selama 3 minggu. Memang banyak nak pakai duit kat HK. Kami cuma shopping coklat jer kat Langkawi. Yang tu rugi pulak tak beli sebab murah!..hehe.


Langkawi Trip 2014 from Liza Razak on Vimeo.





Love,
LIZA RAZAK






FOLLOW ME 
INSTAGRAM | KEEK | FACEBOOK | TWITTER | LOOKBOOK

6 comments:

Normi Nieza said...

besnya bercuti..:)

~Beb~ said...

bestnyeee sakan! nk beli gopro jgk pls

nohas said...

cantik bot tu..very traditional..

Langkawi..memang best..

Hani Othman said...

Bestnya... rindu nak bercuti di pulau

Ahlam Miera Shafie said...

memng dataran lang 2 wajib.. hehehe xpernah lak nak perhati suasana dkt area laut 2.. catik kapal ala2 istana cina..

Rapunzel Cikilolo said...

hehehe.

bile tengok ko banyak travel, baru faham kegunaan gapro sebenar.

tkyah nak susahkan orang eh?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...