Sep 25, 2012

My Weekend In Instagram #18

"Life will be a party for you, a grand festival, because life is the moment we're living right now" 
Paulo Coelho




#Saturday . 15th September 2012
Open House { Emerald Condo, Damansara Perdana + 
28 Residency, Sunway Damansara}


Patutnya saya update entry ni minggu lepas..tapi tak sempat pulak. 2 minggu lepas merupakan weekend terakhir untuk open house raya. Memang penuh schedule dari pagi hingga ke tengah malam dengan aktiviti makan di open house kawan-kawan dan saudara-mara. Lepas tu sambung pulak tengok movie Resident Evil kat Paradigm Mall. Tengah malam, parents dan adik-adik saya sampai dari Perak. Kebetulan pulak hari Isnin cuti public holiday. Memang meriah rumah saya weekend tu



#Sunday . 16th September 2012
{ Mid Valley Megamall + Sate Kajang Hj Samuri }

{ Pictures Taken From Instagram . Follow Me : pypylamb }

Aktiviti hari Ahad kami sekeluarga dipenuhi dengan jalan-jalan di Mid Valley Megamall. Parents nak window shopping katanya. Malam pulak kami ramai-ramai pergi dinner kat Sate Kajang Hj Samuri. Macam-macam jenis sate kami order, ayam, kambing dan daging. Sebenarnya memang dah lama kami tak makan luar ramai-ramai macam ni. Sekali-sekala memang seronok sebab selalunya kami adik-beradik jarang dapat berkumpul 3 beradik macam ni. Adik saya yang no 2 tu selalu tak ada sebab berkerja di laut. 2-3 bulan sekali baru dapat cuti. 3 hari dapat menghabiskan masa dengan family memang awesome !




Love,
LIZA RAZAK




Sep 20, 2012

Felina Hung Photography

" For me, taking pictures is living. There is nothing more rewarding than having to capture all the beauty that surrounds us and make it last forever. Completely Self - Taught. "
Felina Hung

{ All Pictures Credit To Felina Hung Photography }


Kalau nak tahu siapa idola photography saya...mari sini saya nak bagitau. Dah tengok gambar-gambar di atas? Cantik dan unik kan? Mesti rasa macam tengok gambar-gambar dalam fashion magazine kan. Nama dia Felina Hung. Saya mula kenal Felina ni masa saya bekerja kat butik Cats Whiskers dulu. Kebetulan adik Felina ni, Felydia kerja sama-sama dengan saya. Dari situlah kami kenal. Saya mula perasan bakat Fel ni bila nampak dia upload gambar-gambar photography dia kat Facebook. Wow...kagum betul saya! Bayangkan dia snap gambar-gambar ni semua menggunakan Canon EOS 450D sahaja. Ini baru betul berbakat dan gifted ! Saya minat dengan picture editing dia yang lain daripada cara kebiasaan photographer lain di Malaysia ni. Gambar nampak hidup dan penuh dengan cerita. Felina juga ada memenangi photography award dan menjadi fashion photographer untuk beberapa fashion magazine. Serious satu hari nanti nak berguru dengan Felina Hung ni !

Kalau nak tengok lagi gambar-gambar hasil kerja Felina ataupun booking untuk photoshoot,boleh klik Facebook dan Blog Felina Hung Photography di bawah ini :

http://www.facebook.com/felinahungphotography

Email :

felina.hung@gmail.com





Love,
LIZA RAZAK







Look Of The Day : ROCK is a Four Letter Word




"I have always believed that fashion was not only to make women more beautiful, but also to reassure them, give them confidence."
 Yves Saint Laurent


Shawl, Flea Market | Purple Blazer, Elle | Black Inner Top, Blook
Turquoise-Feathered Necklace, The Curve Street Market | Oversized Clutch, Sportsgirl
Printed Pant, Kitschen | Oxford Shoes, This & That



Love,
LIZA RAZAK




Sep 19, 2012

WW : Oppa Gangnam Style !

wordless wednesday.
 
{ Pictures Taken From Instagram . Follow Me : pypylamb }


#instajaya #catsofinstagram #cat #cici #igmalaysia
#oppagangnamstyle #kpop #lol #pet #psy #domesticshorthaircat


Love,
LIZA RAZAK






Sep 18, 2012

Make Up Review : Benetint by Benefit Cosmetics



Benetint : Rose-Tinted Lip & Cheek Stain

Atas permintaan dari kawan-kawan di Instagram, hari ini saya nak review pasal Benetint : Rose-Tinted Lip & Cheek Stain daripada Benefit Cosmetics. Sebelum ini untuk blusher selalunya saya guna blusher daripada M.A.C. Tapi lama-lama pakai jadi boring pulak. Terus google pasal blusher dari brand lain. Daripada review yang saya baca, ramai yang mengesyorkan Benetint ni. Mudah dipakai dan tahan lama.

Bulan puasa lepas, saya ajak Mr Kudud pergi ke booth Benefit Cosmetics di One Utama. Promoter Benefit tu suruh saya cuba sendiri produk Benefit ni. Kebetulan ada promotion. RM 20 discount daripada harga asal. Saya suka packaging Benetint ni dan yang penting Benetint ni boleh digunakan 2 cara. Satu untuk blusher dan satu lagi boleh digunakan sebagai lip gloss. Sangat praktikal. Bau Benetint sangat best - ada bau rose. Pipi dan bibir confirm berbau rose..hehe. Untuk sesiapa yang suka blusher yang praktikal, wangi dan nampak natural, saya memang syorkan Benetint ni.


Cara-cara menggunakan Benetint :

Blusher
1. Buka penutup Benetint. Bila dibuka botol akan menjadi 2 bahagian ( seperti gambar kedua di atas ) Di bawah penutup botol  merupakan berus yang akan digunakan untuk menyapu cecair Benetint di pipi dan bibir
2. Celupkan berus ke dalam botol Benetint.
3. Sapukan 2 baris di pipi ( seperti gambar di atas )
4. Kemudian cepat-cepat sapukan mengikut rangka pipi sehingga rata menggunakan jari.
5. Kalau korang rasa merah blusher tu akan kurang menyerlah, ulang balik langkah di atas sampai korang berpuas hati.

Lip Gloss
1. Celupkan berus ke dalam botol.
2. Kemudian sapukan ke bibir seperti korang menyapu lip gloss.

Mudah kan? Inilah hasilnya. Saya memang suka blusher yang nampak natural dan tak terlalu ketara.


Info Mengenai Benetint

1. Harga retail di kaunter Benefit Cosmetics : RM 143 (12.5 ml ) . Cuma hari tu saya dapat harga dalam RM 120 sebab ada promotion dari Benefit sempena Hari Raya
2.  Kalau pakai untuk travel pun sangat praktikal, cuma simpan di dalam handbag, nak touch up blusher dan bibir pun mudah
3. Memandangkan tekstur Benetint ni berbentuk cecair, korang tak payah risau muka berbelak-belak ataupun warna blusher tidak sekata pada pipi.
4. Satu je yang saya kurang gemar sikit pasal Benetint ni, bila menggunakan jari untuk menyapu Benetint di pipi, jari akan berwarna merah. Cara paling mudah untuk menghilangkan warna merah tu, lap jari menggunakan facial wipes ataupun baby wipes selepas menggunakan Benetint.


Selamat Mencuba !


Love,
LIZA RAZAK




Sep 14, 2012

Look Of The Day : Roses Are Red, Violets Are Blue



" It’s a new era in fashion - there are no rules. It’s all about the individual and personal style, wearing high-end, low-end, classic labels, and up-and-coming designers all together. "
 Alexander McQueen



 Shawl, Cotton On | Tie-Dye Batwing Cardigan, Dian Pelangi | Red Waist Belt, Cats Whiskers
High Waisted Pants, MNG | Satchel Bag, Topshop | Wedges, This & That




Love,
LIZA RAZAK





Sep 13, 2012

BBQ . Steamboat . Fruit Cocktails

{ Kota Damansara . 1st September 2012 }


"Whatever the thing observed, 
one could find a connection with his 
experience of the moment" 
Paulo Coelho




{ That day we had lamb, beef, chicken & ikan siakap for BBQ ....then.....steamboat with lotsa fish balls and enoki mushroom . Wan made a delicious fruit cocktails later as dessert.  Boolat perut !! Barang-barang BBQ & Steamboat semua beli kat Giant je. }


{ Happy face bila mencekik BBQ & Steamboat . Dah kenyang makan, mari layan Karoot Komedia X !! }




Love,
LIZA RAZAK




Sep 12, 2012

Make Up & Photographed by Liza Razak

{ Tanjung Piandang . 25th August 2012 }


" Without love, 
one's dreams would have no meaning " 
Paulo Coelho



Majlis Pertunangan Mak Saudara Tiri saya ( Mak Uda ), Saadiah Hj Hussain 25/08/2012
Make up by Liza Razak | Photographed by The 80's Photography


Saya sangat berbesar hati bila Mak Uda saya meminta saya jadi mak andam dan photographer untuk majlis pertunangan dia bulan lepas. Mr Kudud pulak tolong saya jadi back up untuk photographer. Actually first time saya make up orang ni. Noob + nervous gila sebab takut hasil jadi tak cantik. Alhamdulillah nasib baik semuanya berjalan dengan lancar. Janganlah compare dengan MUA yang hebat-hebat tu yer...hehe. Ini kerja mak andam last minute. Memang belasah je la dengan make up kit yang saya ada je. Amacam...ada bakat tak? hehe



Love,
LIZA RAZAK






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...