Sep 27, 2013

A Famosa Resort : Cowboy Town




“We are travelers on a cosmic journey,stardust,swirling and dancing in the eddies and whirlpools of infinity. Life is eternal. We have stopped for a moment to encounter each other, to meet, to love, to share.This is a precious moment. It is a little parenthesis in eternity.”
  Paulo Coelho, The Alchemist



Entry Sambungan :




[ A Famosa Animal World Safari . 15 September 2013 ]


Assalamualaikum & Hello.

Nak bagitau siap-siap...entry ni lagi hazab korang nak scroll. Penuh dengan gambar dan video keek. Saya malas nak buat part 1 dan part 2...saya buat sekali harung je yer. Cowboy Town ni saya pergi hari yang sama dengan kami pergi Animal World Safari (Sabtu). Hanya ada pada waktu petang ( 6 petang ) sampai tengah malam. Antara attraction yang menarik kat Cowboy Town ni sudah tentunya Carnival yang bermula pukul 8.30 malam sampai pukul 10 malam. Ada juga restoran, shopping mall, theme park, 4D movie bowling dan macam-macam lagi. Tapi kami lebih tertarik nak tengok Carnival ni sebab adik ipar saya, Tqah pernah pergi ke Cowboy Town ni beberapa tahun lepas dan dia cakap Carnival ni best sangat.


Kami bertolak lepas Maghrib...terpaksa bertolak awal walaupun Carnival ni bermula pukul 8.30 malam. Nak cop tempat best siap-siap...hehe. Masa kami sampai kat entrance masuk Carnival ni...orang ramai dah mula beratur. Nasib baik kami sampai agak awal...dapatlah duduk tengah-tengah dan depan sekali. Tu yang dapat snap gambar tak hengat. Sebelum event ni bermula...nanti akan ada gerai bergerak kat tengah-tengah jalan parade tu...bolehlah beli air minum ke...buah-buahan, corn in cup dan keropok. Tapi harga mahal la...Carnival ni terbahagi kepada 4 bahagian, Red Indian Show, Feeding Program, Carnival/Animal Parade, dan Pertunjukan Bunga Api. Ok...enough membebel..jom layan gambar !


RED INDIAN SHOW


Ganas tak muka Red Indian ni?? Haha...ganas-ganas pun diorang ni kelakar ok...Saya ada banyak amik video masa di Cowboy Town ni. Sebab waktu malam snap gambar tak cantik sangat. Baik amik video...lagi best.





FEEDING PROGRAM


Aktiviti Feeding Program ni saya paling suka sebab boleh bagi gajah makan tebu. Feeding Program ni merupakan acara selingan sebelum Carnival bermula. Kalau nak bagi makan gajah-gajah ni boleh beli tebu dengan harga RM 5 satu pack. Seronok campur takut pun ada..tapi sebab saya suka gila gajah ni since saya tengok Elephant Show petang tu...terus excited jadinya...adorable gila bila tengok gajah ni amik tebu dari tangan saya gunakan belalai dia...


Lepas Feeding Program..bermulalah acara Carnival...mula-mula memang surprise betul. Bayangkan burung boleh join Animal Parade ni! Diorang terbang sepanjang jalan parade tu...wahhh...kagum betul! Paling kelakar tengok ayam masuk perbarisan...kitorang gelak sampai sakit perut tengok !


Kalau korang rajin..korang tengok keek saya kat bawah ni...lawak wehh tengok animal parade ni...macam-macam gelagat binatang ada !





Kalau korang ada baca entry Elephant Show sebelum entry ni mesti tau cerita saya pasal gajah yang pandai melukis dan menari tu...Dalam keek bawah ni...saya dapat amik video diorang menari dekat-dekat...haih....cair tengok!
 



CARNIVAL


Yang ni pun best jugak sebab boleh tengok kereta berhias, maskot menari dan persembahan kebudayaan...happening !!





Dan acara terakhir dan paling ditunggu-tunggu sudah tentunya pertunjukkan bunga api!! Rasa macam malam merdeka pulak...hehe. Habis je Carnival ni..kami ramai-ramai pergi ke Umbai makan ikan bakar...jauh tu..adalah dalam 1 jam perjalanan dari A Famosa ni..Tapi gambar nan hado yer sebab masing-masing dah lapar dan penat...so semuanya malas nak snap gambar. So entry ni merupakan entry terakhir aktiviti kami di A Famosa Resort...Phewww ...lega ! Kalau saya rajin saya review short entry untuk penginapan kami di A Famosa Villa D'Savoy Condominium. Selamat berhujung minggu !




Entrance Fee Cowboy Town
Weekday/Weekend
Adult : RM 30
Child : RM 25



Love,
LIZA RAZAK



FOLLOW ME

46 comments:

Luqman Zakaria said...

alahai.part ulaar tuh x best..haha

ANIM said...

teruja nak bawa 2 Abdul ke sini bila jengok entry liza nih :-))

HeNRieTTa JoSe said...

Bestnye....dh lmer xtrun melaka...

Nor Azimah Ali said...

ayam pun ada, mesti kelakar tengok ayam jalan tercangak-cangak

safurara said...

liza preggy ke?

Unknown said...

Wahhhh. Jeles jeles ! Haritu pergi kita lalu jer. Kuang kuang kuang. Heee

Lily said...

Salam perkenalan.. done follow sis.. bestnya g A Famosa Resort.. Leeza namanya duk melaka 2 tahun tp blm penah masuk cowboy town ni, cuma pegi main air kat waterpark je.. tmpt ni memang best la:)

Anonymous said...

seronoknya, plan nak pi next week a farmosa..

Mia Liana said...

pernah tengok pertunjukan diorang ni... memang best... happenning je..

Aya Zuki - Master Shaklee | Consultant Quantum Metal said...

phewww bestnyaaa gi holidayyy kat sana..

Syima ~Mama Kyra~ said...

bestnya..sy dah pernah ke A.Famosa tp cow boy town x sempat terjah.yg sempat pegi Animal World Safari aje..nmpk meriah kan..nx time insyaallah akan plan ke sini :)

Unknown said...

hye sis! gambar sis smua lawa lawa!!! seronok je tengok

Scripters said...

Bestnyaaa.... ayam pun ada buat catwalk hehehe

lynmunir said...

Bestnya dapat jejalan di Melaka.

Yana Yani said...

wah, nampak meriahlah! cantik gambar-gambar yang di snap
mesti kena ajak encik suami pergi ni =)
thanks 4 sharing

Pykaa Pdott said...

Pyka pnah smpai sana dulu je . Tringin nak pergi lg . Huhu

Unknown said...

bestnya! ayam pun berbaris. kelakar la.

Nrl Ndh said...

best nyerrr :D

dilabangiWORLD said...

ooo ni lah xtvt kat ALFAMOSA tu erk
pnh gak dengar tapi belum lagi sampai ke sini
nice...utk percutian

dear anies said...

1st time g sini tmpt ni lom ada..pastu x de g ke sn lg... tentu da mcm2 benda da ada kn???

Lavender said...

saya dah pergi ke sini 2tahun lepas.. memang best giler tempat ni.. nanti nak pergi lagi tak rugi. betul betul enjoy

Cik-Anne said...

cantik photo kat A famosa resort tu..u pakai camera ape tu...

Zura said...

meriah betol ye aktiviti mlm tuh.. nnt nk bwk anak2 dtg la..

Liza Razak said...

@luqman zakaria : hehehe...takut ular ek?

Liza Razak said...

@ANIM : nanti bawaklah diorang ke sana..best!

Liza Razak said...

@HeNRieTTa JoSe : nanti ada masa, bolehlah ke sana :)

Liza Razak said...

@Nor Azimah : tu laa..kelakar gila :)

Liza Razak said...

@Cik Puan Rara : hehe..tak pun..perut buncit akibat menternak lemak byk sgt..hehe

Liza Razak said...

@Izzah Azizah : lepas ni kalau lalu..kena singgah pulak :)

Liza Razak said...

@Leeza Eelza : thank you sis...lepas ni bolehlah pergi ke cowboy town pulak..best!

Liza Razak said...

@Ija Rased : yeay!!

Liza Razak said...

@Mia Liana : kan..rasa terhibur je :)

Liza Razak said...

@Aya Zuki : memang seronok sis :)

Liza Razak said...

@Syima ~Mama Kyra~ : nanti singgahlah sis...seronok sangat :)

Liza Razak said...

@EZAN IDMA : thank you sis :)

Liza Razak said...

@Ida Syuhada : tu laa..kelakar tgk :)

Liza Razak said...

@Lynn Munir : tu laa..ada mcm2 tpt menarik boleh dikunjungi :)

Liza Razak said...

@y@N@^y@Ni : welcome sis :)

Liza Razak said...

@Pykaa Pdott : nanti pergi pulak lagi sekali mesti best :)

Liza Razak said...

@Dhia Dirham : tu laa..kelakar betul :)

Liza Razak said...

@Nrl Ndh : memang best sis :)

Liza Razak said...

@dilabangiWORLD : kalau untuk family holiday mmg best :)

Liza Razak said...

@Khai♥Rin : anies : a ah..ada mcm2 aktiviti best kat sana sis :)

Liza Razak said...

@Lavender : kan..memang enjoy sangat :)

Liza Razak said...

@Cik-Anne : saya pakai canon 60D sis :)

Liza Razak said...

@Zura Lee : nanti bawaklah sis..mesti diorang suka :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...