Nov 14, 2013

Hello Jakarta : Ancol



“When each day is the same as the next, it’s because people fail to recognize the good things that happen in their lives every day that the sun rises.”
  Paulo Coelho, The Alchemist



Entry Sambungan (Klik Link Untuk Baca) :



DAY 2 . 6 OCT 2013
( Ancol )


Assalamualaikum & Hello.

Dah lama tak sambung cerita Jakarta ni kan? Harini nampaknya saya rajin terlebih...so saya nak cerita destinasi kami seterusnya selepas kami melawat Museum Wayang. Masa ni sebenarnya kami dah buntu nak jalan ke mana sebab sepatutnya kami ke Monas Tower. Bila nak masuk Monas Tower je..orang ramai gila pulak kat situ. Kami tangguhkan ke malam. Bila check Trip Advisor, antara destinasi yang menarik dicadangkan dalam website tu adalah Ancol.

Ancol ni kalau kat Malaysia lebih kurang macam Sunway Lagoon ataupun Genting Theme Park. Tapi kawasan Ancol ni luas gila dan bersebelahan dengan laut. Kena jalan sehari suntuk baru boleh habis agaknya. Ada banyak theme park dan aktiviti ditawarkan seperti Taman Pantai, Pasar Seni, Sea World, Gondola, Atlantis, Bowling, Paintball, Ancol Art Academy dan Ecopark. Mamandangkan kami kesuntukkan masa, lapar dan letih kami decide untuk naik Gondola je. Ok la kan...dari Gondola tu boleh naik pusing satu Ancol ni. Tengok pemandangan pun jadilah. Nak main games dan ronda-ronda kat situ memang tak larat kot. Nak masuk ke taman tema ni kena bayar kat pintu gerbang. Kalau naik kereta harga lain, naik motor harga lain, atau naik bas rombongan pun harga lain. Memandangkan kami naik kereta berlima (termasuk pak supir), kami kena bayar Rp 20,000 seorang (RM 5.50). Tu baru masuk pintu gerbang je tau. Kalau nak masuk Bowling, Paintball, Seaworld dan sebagainya, kena bayar asing. Sampai je kat pintu masuk Gondola ni, standard la kena beratur. Nasib baik tak ramai orang. Seorang kena bayar Rp 40,000 (RM 11.00) untuk naik naik Gondola ni.


Kami naik Gondola ni dalam pukul 3 petang. Memang panas la dalam Gondola tu..nak pulak laluannya tepi laut. Nasib baik lah boleh tengok pemandangan menarik. Lupa lah sikit pasal cuaca panas tu. Pada saya, Ancol ni biasa je kot. Lagi best Genting Theme Park kalau nak compare. Pasal kebersihan sesetengah-tengah tempat permainan kat theme park ni, saya agak musykil sikit. Sebab dari Gondola tu...nampak macam kurang bersih je. Tapi tak semua la. Kalau korang peminat aktiviti adventure, bolehlah ke sini. Rasanya destinasi ni first and last kot...hehe. Tapi for the sake nak jalan-jalan tengok Ancol ni..ok la..Tapi antara aktiviti yang menarik perhatian saya, adalah 'Wake Surfing'. Yang ni nampak cool...Sepanjang kami kat dalam gondola tu..kerja camwhore je la...badan pulak dah letih dan masa tu fikir nak makan je. Kitorang sempat breakfast kat hotel je pagi tu. Mana tak laparnya...hehe. Tips kalau nak pergi ke Ancol ni, silalah sewa kereta untuk satu hari sebab dari satu destinasi ke destinasi yang lain agak jauh. Memang pengsan la nak jalan kaki. Selain daripada tu boleh jimatkan masa.

Tak de keje punya pasal, macam biasalah saya record video...


Jumlah Perbelanjaan Seorang (Tak Termasuk Shopping & Makan)
  Bayaran Masuk Di Pintu Gerbang : Rp 20,000 = RM 5.50
  Bayaran Masuk Gondola Ride : Rp 40,000 = RM 11.00
Jumlah =  RM 16.50


Kalau korang nak tahu lebih banyak info mengenai Ancol ni, boleh klik official website Ancol ni di bawah :
http://www.ancol.com 




Love,
LIZA RAZAK




FOLLOW ME

18 comments:

Nuriesya Nadia said...

Wahhh bestnyaaa naik gondola ! Nice view. :)

Unknown said...

fae blm pernah g indonesia hehe kalo lah kaya, rase nak travel all over the world..

zila norazila said...

Bestnye tq share ..kot2 nxt time trigin nk g.

Unknown said...

Best tak ni ?

Syazana Zainn said...

gondola.....
dari dulu mmg teringin nak naik gondola haha
rasa romantik je :D

Jari Manis said...

Waktu ke sna dulu JM tak naik plak Gondola ni..maybe sbb dah biasa nak semasa ke Langkawi dan HK :-)

Unknown said...

gondola best naik tapi dah sampai atas tu jadi kecut perut..macam2 dok main dalam fikiran..ahahahaa

ellynadyra said...

nak jalan kat ancol ni? tak yah la, lupakan aje, mau patah kaki dibuatnya!

Nina Mads said...

last naik kt cable car tp gondola pun lebih kurang juga.. apa pun best dpt jenjalan :)

Liza Razak said...

@Nuriesya Nadia : tak best sgt sbb cuaca panas

Liza Razak said...

@Nurfaezah Abdullah : Insya Allah..in future mesti fae dapat jalan2 around the world :)

Liza Razak said...

@zila norazila : welcome sis :)

Liza Razak said...

@Nadya Bubble : best tapi cuaca panas sangat

Liza Razak said...

@Syazana Zainn : rasanya naik cable car kat genting lg best sbb sejuk..hehe

Liza Razak said...

@Jari Manis : tak best sgt pun sis...langkawi punya berganda2 lagi best

Liza Razak said...

@Zee Suhaini : gondola kat ancol ni tak tinggi pun sis...langkawi punya lagi gayat..hehe

Liza Razak said...

@elly nadyra : betul tu..luas sangat...1 hari jalan pun belum tentu cukup..hehe

Liza Razak said...

@Amanina Mads : sebenarnya lebih kurang sama je kan...nama je lain :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...