May 5, 2014

Ke Redang Ke Kita? (Kuala Terengganu - Pulau Redang)






“When we love, we always strive to become better than we are. When we strive to become better than we are, everything around us becomes better too.”
  Paulo Coelho, The Alchemist




[ Jeti Kuala Terengganu - Pulau Redang . 4th March 2014 ]


Assalamualaikum & Hello.

Entry Hello Jakarta tu saya hentikan sekejap untuk memberi laluan untuk entry Pulau Redang ni. Saya sambung balik weekend nanti ok? Sebenarnya saya dah tak sabar-sabar lagi nak share dengan korang pengalaman saya bercuti di Pulau Redang bersama kawan-kawan. Serius best sangat ! 4 hari 3 malam pun tak cukup. Kalau boleh nak tinggal seminggu kat sana..baru puas hati!!!

Kami plan pergi bercuti ramai-ramai ni dari tahun lepas lagi. Bulan 12 tahun lepas dah siap-siap beli tiket return flight Firefly dari Subang ke Kuala Terengganu. Masa tu tiket memang murah. Beli siap-siap lepas tu baru saya dan Mr Kudud simpan duit untuk kos penginapan, makan dan keperluan lain semasa kami di sana.


Group kami ni ramai. Ada dalam 20 orang lebih macam tu. Tapi masa nak bertolak ke Kuala Terengganu tu, Kami berpecah kepada 3 kumpulan. Ada yang naik bas, naik Firefly dan Air Asia. Saya, Mr Kudud dan kawan kami, Zarith naik Firefly. Pukul 7 pagi saya dan Mr Kudud bergerak dari rumah kami ke Subang Airport. Flight kami pukul 9.55 pagi. Rushing gile masa tu. Dah la hujan lebat, jalan pulak sesak...nasib baik sempat check in luggage! Kami berdua carry backpack je sorang satu. Senang nak bergerak Al maklumlah pergi pulau. Naik bot lagi. Takkan nak bawak beg luggage besar gedabak tu ye dak? Flight kami delay setengah jam aritu disebabkan cuaca buruk. Alhamdulillah kami bertiga selamat sampai di Kuala Terengganu pukul 11.30 pagi.


Sementara menunggu group yang naik Air Asia tu sampai, kami singgah ke rumah kawan di Kuala Terengganu. Sempat lagi makan lunch gitu...Lepas tu kami semua berkumpul di jeti Kuala Terengganu untuk naik feri ke Pulau Redang. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam. Agak lama jugak...tapi tak terasa sangat pasal kami semua duk borak-borak dan camwhore dalam feri tu. Bayangkan kami ni ramai gila, habis feri tu havoc kami buat....haha


 Kami stay di Pulau Redang selama 3 hari 2 malam. Satu malam lagi di Kuala Terengganu. Kami ambil pakej, penginapan, makan dan snorkeling (2 kali). Senang, tak payah nak pening-pening fikir pasal makan ke hape kat sana. Lagi jimat dari duduk hotel. Kami stay di Redang Lagoon Resort. Next entry nanti saya ceritakan pengalaman kami di resort tu pulak ok?


Lepas 2 jam perjalanan, kami kena tukar naik bot pulak...bot ni lagi best sebab open gile. Boleh nampak air laut yang membiru....Nasib baiklah saya ni tak mabuk laut...kalau tak parah jugak kan..Belum sampai Redang lagi, dah sibuk nak bergambar bagai. Excited macam hape je kan...Saya pulak baru 1st time pegi Redang. Bila tengok air laut yang jernih tu dah terbayang-bayang seronoknya bila snorkeling dan mandi laut...hehe.


Kalau ada couple yang baru berkahwin tu, Redang ni memang lokasi yang sesuai untuk honeymoon..couple yang dah lama kahwin macam kami ni pun excited tau dak?? Nasib baik pergi ramai-ramai...kalau tak...ops control sikit romantik tu!! hehe


Naik bot ni tak adalah lama sangat. Dalam 30 minit gitu..Ramai betul tourist atas bot ni. Barang kami paling banyak sekali. Ada yang bawak stok makan ringan seperti maggi, keropok, mineral water dan macam-macam lagi. Kat sana kan barang mahal. Kitorang pulak bawak snorkelling set pegi sana. Awal-awal lagi dah beli kat Speedo One Utama walaupun kat sana boleh sewa je kan...hehe. Tak rugi pun beli, sebab lepas ni boleh guna kat tempat lain pulak...


Nampak tak air laut tu? Biru gile kan!!


 Kami sampai di Redang Lagoon Resort lebih kurang pukul 4 petang. Sampai je terus check in bilik dan rehat sekejap. Tapi tak lama pun sebab masing-masing dah tergedik-gedik nak main air laut...hehe. Lepas mandi-manda, kami dinner pulak kat dewan makan. Makan buffet. Lauk-pauk malam tu best..banyak gila kitorang makan sebab lapar sangat. Kemudian kami get ready pulak untuk acara seterusnya? Apa pulak kami buat lepas tu? Nantikan entry esok ok?





Love,
LIZA RAZAK






FOLLOW ME 
INSTAGRAM | KEEK | FACEBOOK | TWITTER | LOOKBOOK

10 comments:

Mayang Sari said...

Syoknye dapat pergi bercuti.. Plan bercuti saya sekeluarga terpaksa rearrange balik bila Hani anak saya tu masuk wad mggu lepas..nasiblah..,hehe

Unknown said...

nak try pulau redang jugak kalau diberi kesempatan nanti!! hehehe..
bestnya tengok air yg membiru tuh.. dah laa spesies tak boleh tengok air..:p

HeNRieTTa JoSe said...

Bestnye....rietta blom pernah ke sana lg...

Pss...dua bulan lepas, angin kuat terbangkan bumbung rumah rietta....

ct cucubi said...

wahh syoknya asyik jalan2.. bilalah giliran den pulak ni..

ciknadrahismail said...

Bestnya ke redang:) nak pgi juga satu hari nanti

dear anies said...

waaaaa x ajk kite pooonnnnn ;-)

Ann Ishak said...

membiru betul air laut tu :)

ietams said...

cantik airnya..

lovely said...

Wah... best best best best..

Zura said...

syiok nyer redang.... zura blm pernah pergi lagi..padahal slalu gk lalu kot kuala terengganu kalau balik kampung...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...