Nov 12, 2013

Churpout 2013




“It's the possibility of having a dream come true that makes life interesting.”
  Paulo Coelho, Alchemist



{ Setia City Mall . 19 October 2013 }


Assalamualaikum & Hello.

Pheww...berhabuknya blog ni! Hehehe..macam tak biasa pulak kan...rajin seminggu lepas tu malas seminggu pulak...korang apa khabar? Rindu nak blogwalking..kejap lagi saya jalan-jalan ke blog korang yer..Minggu ni ni saya macam free sikit. So bolehlah update blog dan blogwalking macam biasa. Nampak gambar saya dan Mr Kudud kat atas tu? Tu gambar edisi macam comel je..macam cantik je..hahaha. Excited terlebih pasal kitorang nak pergi Churpout 2013 kat Setia City Mall bulan lepas. Eh..orang lain dah berzaman update pasal Churpout 2013, saya baru nak update....hehe.


Kami sampai ke Setia City Mall lebih kurang pukul 3 petang. Jalan-jalan dalam Setia City Mall dulu..dah boring window shopping dan lunch kat situ, baru kami gerak ke tapak Churpout 2013 yang terletak bersebelahan dengan shopping mall. Masa tu tengok langit dah mendung, ala-ala nak hujan. Tapi redah je la...confident tak nak bawak payung tu...hehe. Mula-mula ingat nak register dulu...tapi mengada pulak nak camwhore dan jalan-jalan. Masa tu orang agak ramai membanjiri tapak Churpout ni.


Macam-macam booth dan aktiviti disediakan. Mini bazaar pun ada. Kiranya 3 in 1 la. Boleh makan, main games, dan shopping kat situ. Kalau register, boleh dapat goodie bag. Nak dengar cerita sedih tak? Disebabkan saya mengada-ngada tak pergi register dulu, saya tak sempat nak redeem goodie bag Churp Churp yang best tu sebab beberapa minit kitorang jalan-jalan, hujan turun agak lebat. Tak sempat nak snap gambar dan join aktiviti kat situ. Sedih kan? 


Ini gambar yang saya sempat snap sebelum hujan turun. Huhu..sedihnya...


 Walaupun sedih sebab tak dapat lama di sana, saya sempat jumpa dengan blogger, Zarena Heeney (http://zarenaheeney.blogspot.com) sebelum hujan turun. Dia yang tegur saya dulu. Terharu saya masa tu..sempatlah berbual-bual kejap dan bertegur sapa. Next time kita jumpa lagi yer sis Zarena!


Dalam banyak-banyak booth, booth Fashion Valet saya paling suka! Mana taknya, almost 2 minggu sekali mesti saya shopping kat Fashion Valet! Sampai rasa addicted pun ada...hehe. Haritu ada special gift untuk FV member, dapat 20% discount voucher. Waa...ini yang buat makin berkobar-kobar nak shopping online ni!! 


Tengah saya sibuk-sibuk membelek baju kat booth Fashion Valet, saya ditegur lagi oleh Mek Onie (http://letopkeypad.blogspot.com). Korang mesti kenal Onie ni kan? Sempat lagi kami bergambar berdua-duaan...hehe. Thank you Onie susah payah hantar gambar ni kat FB..Itu pun tak sempat juga nak borak lama-lama sebab hujan. Adoi...banyak betul benda saya miss haritu. Tapi tak apalah. Tak ada rezeki. Lepas jumpa dengan Onie, kami terpaksa gerak balik awal ke rumah. Kebetulan pulak hujan lebat dan Mr Kudud pun ada meeting malam tu. Apa pun seronok dapat jumpa Onie dan sis Zarena haritu..Next time kita jumpa lagi ok?







FOLLOW ME

- Posted using BlogPress from Liza Pypylamb's iPad

22 comments:

ellynadyra said...

tetap comel adik akak sorang ni bila bergaya

aswaleyla said...

leyla kat perlis mmg susa la nak pegi . bestnye lau dpt pegi jugak .

Unknown said...

fashion valet memang best..:)

Unknown said...

Tak sempat nak pergi Churpout hari tu ! Grrrrrrr.

Unknown said...

selalu teringin nak pakai clutch or small bag cam liza..tapi apakan daya...'anak beranak' ramai sangat yang perlu dibawa..

Cik Nor said...

wah..bestnya..:)

adventure mama said...

wah cantik u punye feshen..hehhe

Unknown said...

mesti meriah nak mati kan event mcm ni..

lain kali ada lagi register lelaju taw..=D

E'in said...

best ek kak bile dpt join event mcm nie...

Bitt (double IS) said...

cantik...bestnya...dapat jumpa2 blogger lagi :)

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed|Zaheen said...

Event by churp2 ya..nampak meriah..:-)

Liza Razak said...

@elly nadyra : hehehe...thank you sis :)

Liza Razak said...

@Leyla : meh laa datang kl sis...kat sini ada banyak event :)

Liza Razak said...

@ika zulkefli : kan...ada banyak baju cantik2 :)

Liza Razak said...

@Nadya Bubble : alaa....nape sis?

Liza Razak said...

@O'gosh Iskandar : nanti anak2 dah besar bolehlah bergaya sakan sis :)

Liza Razak said...

@Normi Nieza : memang happening sis :)

Liza Razak said...

@Zuraidah Butang : thank you sis :)

Liza Razak said...

@husna zahidi : tu laa...rugi betul tak register haritu :(

Liza Razak said...

@E'in : memang best sis :)

Liza Razak said...

@Bitt (double IS) : seronok dapat jumpa blogger2 :)

Liza Razak said...

@Lily@MamaZaraZareef : memang meriah sis :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...