Apr 26, 2014

Singapore Trip : Hjh Maimunah Restaurant, Geylang





Entry Sambungan :


Assalamualaikum & Hello.

Masih ingatkah lagi dengan entry Singapore Trip saya tahun lepas? Gila lama kan. Saya baru perasan yang saya ada hutang 2 entry Singapore ni dengan korang. Terperap dalam draft kemain lama tau..hehe. Harini saya tak pergi mana-mana,  terlebih rajin lak nak update blog harini..hehe. Entry ni entry sambungan tau so kepada follower baru, mesti terpinga-pinga eh tiba-tiba nak cerita pasal Singapore Trip pulak kan. Kalau nak baca entry lama pasal Singapore Trip ni, korang klik je link kat atas ok? Esok saya update entry last pasal trip ni...Yeay...finally khatam jugak!!

Mungkin ramai yang dah tahu pasal Restoran Hjh Maimunah ni. Famous laa kat Geylang tu. Last day kami kat Singapore, Pak Lang saya bawak kami (Saya, Mr Kudud, Adik Saya, dan Sepupu Saya) pergi makan-makan kat Geylang. Kami naik MRT dan bas je. Seronok jugak merasa pengalaman naik public transport kat Singapore. Next time kalau datang lagi, dah pandai sikit kot naik public transport sendiri...hehe.


Masa kami sampai kat restoran ni..mak aii...orang penuh macam sardin!! Siap beratur sampai ke luar kedai. Kebetulan haritu kami sampai waktu lunch hour. Memang peak hour kot! Kitorang beratur siap-siap untuk order makan nasi campur. Sambil beratur tu, mata laju je tengok lauk-pauk. Amboi banyaknya...tak tau nak pilih yang mana satu. Nasib baik Mak Lang saya ni regular kat situ so dia memang tahu lauk-pauk specialty kat situ. Kami ikut je...hehehe


Ok dah siap order !! Restoran Hjh Maimunah ni 2 tingkat tak silap saya. Dah lupa pasal dah lama sangat..hikhik. Kami naik ke tingkat 2 untuk makan. Kat tingkat 2 ni tak adalah bingit dan packed sangat macam kat tingkat bawah. Memang selesa. Lauk-pauk kat situ ada yang lebih kurang je dengan Malaysia cuma nama lain. Ikan bakar pun ada jugak. Kebanyakkan makanan kat situ saya rasa dipengaruhi oleh makanan Indonesia...semuanya jenis kuah kuning. Eh....tak semua ok...


Yang paling kitorang teringin nak makan...tengok gambar atas ni. Nampak tak rupa macam gunung tu? Yang tu Mak Lang cakap tauhu telur. Tak taulah betul ke tak...tapi sedap sehingga menjilat siku!! Tak tau nak explain macam mana sedapnya tu. Ishhh...masa saya taip ni pun dah teringat-teringat sedapnya tauhu telur tu. Kalau ada siapa-siapa pergi ke restoran ni make sure try tauhu telur ni ok? Tauhu telur ni digoreng garing kemudian diletakkan kuah ala-ala kuah rojak buah, lepas tu letak kacang dan sayur. Ohh man....


 Betul tak saya cakap kebanyakkan lauk-pauk kuahnya warna kuning? Sapa yang gila masak lemak macam saya ni, restoran ni memang heaven gile la! Tak percaya?? Haritu je saya tambah nasi sampai 3 kali...hahaha.
 

Habis je makan-makan kami jalan-jalan sekitar Pasar Geylang Serai ni. Dah alang-alang kat situ kan. Seronok gak jalan-jalan bajet tourist ni...Pak Lang & Mak Lang saya sakan betul bawak kami jalan-jalan. Bayangkan umur diorang dah 70++ tapi naik public transport rilek je. Jalan kaki jauh pun tak de hal. Kitorang pulak yang merungut-rungut sakit kaki. Hahaha...memalukan betul.






Kalau sesiapa yang teringin nak makan kat Restoran Hjh Maimunah ni...meh sini saya kasi address :

11 Jalan Pisang/ 20 Joo Chiat Rd,
Singapore, Singapore

www.hjmaimunah.com




Love,
LIZA RAZAK





FOLLOW ME 
INSTAGRAM | KEEK | FACEBOOK | TWITTER | LOOKBOOK
 

10 comments:

husna zahidi said...

hehehe ingatkan baru je pergi..rupanya yg hari tu..

kemain tgk siput sedut tu kak liza..adehh..menguji betol..>.<

fasha said...

huuu tak penah lagi pegi singaporeeeee..kesian..hehehe

salamperkenalan =)

Jari Manis said...

Mmg femes lah kedai mkn hajah maimunah ni sampai sesak dgn org, jm antara follower baru lak ek sbb mmg dh terleoas entri2 sblm ni

nohas said...

macam best je tauhu telur tu..Geylang Serai kawassn Melayu di Singapore..

MyzaAli Al-Jamalullail said...

bile pergi sgpore slalu tercarik2 kedai makan best, nak try lah nt. tq! hehe

Zura Lee said...

my goodness, tauhu telur tu sgt2 menggiurkan laa...

Mek Onie said...

entah bila nak jejak sana,hihi

dalila said...

Menarik..tapi xpenah lg sampai singapore..sadis..hukhuk

happyichigo♥ said...

Siput masak lemak kuning tuuu, terliur melihatnya!!

Ct Noraishah said...

siput masak lemak tuuu. sedapnya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...