Apr 29, 2014

Bokitta Hijab






“It's the simple things in life that are the most extraordinary.”
  Paulo Coelho


Assalamualaikum & Hello.

Harini ada benda best lagi saya nak share dengan korang. Sharing is caring kan. Actually saya nak umumkan bahawasanya saya dah addicted dengan Bokitta Hijab !! Sebelum ni saya dah lama cari instant hijab yang sesuai dengan muka saya yang bulat ni tapi satu pun saya tak berkenan. Nak pulak kalau yang awning keras tu, banyak yang cantik-cantik tapi bila pakai, alahai tak confident tengok muka sendiri! Kalau korang jenis yang rajin pakai shawl macam saya ni, mesti dalam seminggu, ada 2-3 hari yang malas dan tak ada mood nak lilit shawl tu kan? Ala-ala Bad Shawl Day katenye...hehe. Nak pulak, kalau tengah travel ataupun rushing nak pergi mana-mana, memang tangan tu laju je nak capai tudung yang senang pakai kan?

Apa yang istimewanya Bokitta Hijab ni? Ianya merupakan hijab 'pinless' dan 'instant' dari Lebanon. Senang je nak pakai. Sarung je, dalam 1 minit dah siap pakai. Nampak macam pakai shawl kan? Tapi sebenarnya lilitan ala-ala shawl kat Bokitta Hijab ni dah siap dijahit. Cuma pakai inner yang disertakan sekali dan sarungkan je! Tak payah pakai pin bagai. Mudah kan?

Lagi satu...kat bahagian dagu shawl ni ada getah, so sesuai dengan semua jenis bentuk muka dan akan memastikan Bokitta yang kita pakai tu tak terlalu ketat dan longgar. Adjust je sikit dan siap!! Mula-mula saya beli Bokitta yang basic je...jenis Basic Plain Cotton Maxi. Sekadar nak cuba je. Tapi bila dah pakai tu, eh...selesanye Bokitta ni!! Saya kan tak biasa pakai instant hijab ni...mula-mula tu rasa peliklah tengok muka sendiri kan. Tapi bila Mr Kudud tanya saya, Bokitta ni ada warna apa lagi, maknanya dia berkenan la tu... Mr Kudud tak puji pun kata comel ker cantik ke...dia cuma cakap muka saya macam cikgu tadika. Erkkk....ok fine.

Bokitta Hijab ni ada banyak jenis material, corak dan saiz, Ada plain, printed, cotton, chiffon, voile dan sebagainya. Saiz pulak ada V+ dan Maxi. Saya beli yang maxi sebab saya nak tutup dada. Selesa sikit pakai. Kalau ada yang mencuba tu, boleh mula dengan plain cotton maxi macam saya pakai ni...murah sikit around RM 46. Lain material, lain harga. Paling mahal pun dalam RM 119 saya rasa. Saya memang suka tudung cotton macam ni, nampak decent, sejuk dan tak jarang dipakai. Eh lupa nak cakap...Bokitta Hijab ni ada lining tau, so jangan risau jarang ke apa.

Ini rupa saya pakai Bokitta Hijab ni. Mr Kudud cakap macam cikgu tadika..hehe


Lepas ni saya nak beli yang printed pulak..Mr Kudud...sila sponsor lagi ya...i lap you


Kat mana saya beli? Saya beli kat instashop. Sekarang dah ada banyak dealer Bokitta sekitar KL dan Semenanjung ni. Hanya check kat Instagram HQ Bokitta Hijab Kuala Lumpur : @bokittahijab di mana dealer Bokitta yang berdekatan dengan korang. Saya beli dari instashop @bokittavoila dan @bokittasubang. Senang beli dengan 2 instashop ni sebab boleh COD dan servis memang tip-top. Lepas ni kalau nak tambah stok Bokitta, saya memang akan beli dengan 2 instashop ni.

Ada sesiapa yang pernah cuba Bokita Hijab ni?




Love,
LIZA RAZAK







FOLLOW ME 
INSTAGRAM | KEEK | FACEBOOK | TWITTER | LOOKBOOK

- Posted using BlogPress from Liza Pypylamb's iPad

24 comments:

ietams said...

baru tau hijab ni..
mahal tak ??

Unknown said...

senangnyaa.. akak kita sama laa.. muka tak sesuai pakai tudung yg ada awning keras tuh..sedih betol..
nak tak nak kena iron jugak shawl or bawal kalau nak cepat..huhuu..

Farah Waheda Wahid said...

wow this is interesting... i thought you lilit2 tapi rupanya, it's an instant one, great piece of sharing dear...

Unknown said...

alahai..mmg nampak innocent je...nak try tapi risau plak x nampak sesuai..huhu

Yana Yani said...

saya masih setia dengan bawal
tak berani nak cuba yang lain sebab bentuk muka jugalah

Lieya Von Jay said...

sangat menarik dan tertarik :) cantik!

Fieda Redzuan said...

dah try tp sy beli yang printed. seriously addicted! nak beli lagiiii sebab senang tak payah fikir dah pasal lilit or whatsoever :p

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Kak Mirror ada 2 helai je Liza.
Selai lg dah pakai (ada dlm entry belog).
Selai lagi kaler kelabu gak camni.. konon2 nak pakai utk raya.. hehe.

norhidana said...

kalu akak mmg tak lah dik oi... udahla bolat pakai lak shawl gitu lagi lah bolat...
tp akak tgk awak pakai sesuai je...

Jari Manis said...

Alaaa Liza comei kalau pakai bertambah comei..kalau JM yg pakai..huhhuhu...pitam org tgk

HeNRieTTa JoSe said...

Bestnye....dah siap jhit...xyah nk lilit lagi dh....thaks for the share...jap nk p terjah sna plak....

Blog Santai said...

Kalau Instant should be ok. Coz kalu kita memang tak sempat nak lilit-lilit esp bila rushing...Nway looks good on you...

Ciktie said...

wow..interesting ! tapi saya masih setia dengan bawal :)

ct cucubi said...

first time tahu bila bca post ni.. nampaknya bokitta memudahkan org memakai.. dan jimat masa..

Anonymous said...

baru 1st time tau bila baca n3 ni, lama x ke sini hehehe. tq berkongsi yer !

dilabangiWORLD said...

tetap comel.....sis

ellynadyra said...

ada nampak jual kat the curve aritu, tapi nengok ajelah, tak brani nak cuba plak, cam antu bungkus lak rupa akak nanti

Lady Ketumbar said...

Saya belasah beli 5 helai terus hari ni yg chiffon V-Maxi. First time cuba tp nmpk sgt sesuai dgn muka. Esok nak carik yg plain pulak!

Unknown said...

saya minat..tlg wassap saya...sy nk beli tp mahal laaaaa

Anna said...

i pun peminat bokitta jugak..dah banyak collection bokitta dlm almari tu...hehee..mmg mahal skit tapi hassle-free..i beli kat sini www.myvalorem.com kalau x silap tgh ada sale..ada telekung berbatu jugak..saya beli 4 type telekung berbatu untuk kami 4 beradik perempuan..hehee...

Anna said...

tudung bokitta mmg best..very easy to wear..mmg mahal sikit tapi share2 dgn my sis..hehe. so, adala collection bokitta dalam almari..hehee..i biasa beli kat this website www.myvalorem.com skrg tgh ada sale..banyak jugak discount tu.tapi xsure sampai bila sale tu..lagi satu ada telekung berbatu..i siap beli sampai 4 pasang untuk my mom and my sis..ye la, x pernah jumpa telekung camtu..very comfortable..

Unknown said...

Assalam sis..ada x nk letgo bokitta printed. Harga mampu milik kalau kenan InshaaAllah fast payment. Msg akk ye 0192100211. Maceh..

Unknown said...

Salam..sis,klau ada nak letgo preloved bokitta,bgtau yer...tq

Unknown said...

Salam.sis,klau nak letgo preloved bokitta.bgtau yer.tq :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...