Oct 9, 2012

Antabax Mr Cool Search 2012

{ One Utama . 22nd September 2012 }


" What's money? A man is a success if he gets up in the morning and goes to bed at night and in between does what he wants to do. "
Bob Dylan 



Cerita ni cerita bulan lepas sebenarnya. Tapi disebabkan saya malas gila nak update blog kebelakangan ni membuatkan entry ni dah agak basi. Sebenarnya kami ke sana untuk menjadi team supporters untuk Naz, anak sepupu Mr Kudud berjaya memasuki Top 10 untuk Mr Cool Search 2012 yang dianjurkan oleh Antabax. Event ini diadakan di One Utama, betul-betul berhadapan dengan butik Victoria's Secret.


Tengoklah betapa ramainya penyokong Naz ni.. Semuanya family tau !! Habis satu row tempat duduk yang disediakan oleh penganjur kami belasah. Itu pun ada family kitorang yang tak dapat duduk. Semuanya datang untuk support Naz !


Event dimulakan dengan persembahan Flash Mob.. memang teruja habis tengok sebab diorang semua menari Gangnam Style. Antara juri yang mengadili peserta adalah Ziana Zain yang merupakan duta untuk Antabax. Cantik betul dress yang Ziana Zain gayakan haritu. Peserta diadili dengan pelbagai jenis cabaran seperti catwalk, Q&A dan talent. Part talent yang paling best sekali sebab kelakar betul tengok diorang ni masing-masing menunjukkan bakat terpendam menyanyi, menari, muay-thai dan kick boxing. Yang malu-malu pun ada jugak. Al maklumlah kena perform depan orang ramai..hehe. Naz (gambar tengah ) pulak menari dengan bola sambil malu-malu. Kelakar betul tengok !


 Sementara menunggu juri mengira markah para peserta, ada acara selingan untuk penonton lelaki pulak. Kena catwalk atas stage. Kami semua ramai-ramai vote Mr Kudud naik atas stage untuk catwalk bersama-sama 3 orang penonton lain. Bengang je Mr Kudud time tu sebab kitorang ramai-ramai kenakan dia. Tapi apa pun Mr Kudud sporting sangat catwalk atas stage walaupun kami semua ketawakan dia. Macam-macam gaya Mr Kudud buat...hehe. Walaupun kalah, tapi dapat juga hadiah shower foam sebotol.


Walaupun Naz tak memenangi 3 tempat teratas, tapi at least dapat juga menimba pengalaman dan menambah skill public speaking. Mana tau tahun depan ada rezeki pulak menang kan?


{ Pictures Taken From Instagram . Follow Me : pypylamb }



Love,
LIZA RAZAK










8 comments:

atIEsAyAnGkAmU said...

whoaa....bestnyer dpt join event mcm neh...

Riena Haiqal said...

hahahahah Mr Kudud sporting la.. hehehehehehe.. kelakar pulak.. ngehngehngeh

Maria Menado~ said...

wah seronoknya ade event macam ni. happening kan.

norhidana said...

best2... tahniah utk naz, walaupun tak menang tp lps ni harapnyer akan lbh suksek..

hehehe sian mr kudud di kenekan dek family2 nyer... tp takpe, nama pun mr cool kn, jd yg ada kt situ kene lah sporting n cool gk kan

Unknown said...

buli mr kudud yee hehe..

lawa ziana zain

Lia said...

waahh happening.. :)

Anonymous said...

wah best giler !

suwara entertainment said...

pengalaman yg amat berharga.
bestlah dpt tgk performance ZZ. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...