Entry Sambungan :
Ke Redang Ke Kita? (Kuala Terengganu - Pulau Redang)
[ Redang Lagoon Resort . Day 1. 4th March 2014 ]
[ Redang Lagoon Resort . Day 1. 4th March 2014 ]
Assalamualaikum & Hello.
Harini saya nak sambung kembali cerita Redang ni. Ini aktiviti malam pertama kami di Pulau Redang. Kalau malam kat Pulau Redang ni, nothing much you can do. Kami stay kat resort biasa...so malam memang senyap sunyi sikit. Kalau stay kat hotel 5 star berhampiran memang agak happening. Siap ada bar, live band, snooker dan karaoke. Memandangkan kami ni ramai, kami tak perlukan entertainment luar ni. Buat aktiviti sendiri pun dah seronok gila. Kebetulan kami ada geng-geng yang rajin organize aktiviti berkumpulan ni. Awal-awal sebelum pergi Redang ni, kami dah buat meeting tentang aktiviti yang kami boleh lakukan di sana. Kami semua sebulat suara nak organize masquerade party. Semua kena bawak topeng sendiri..tak kisahlah apa pun. Nak pakai baldi pun boleh...asalkan bertopeng..hehe
Malam tu dalam pukul 9 , kami berkumpul kat tengah-tengah resort ni. Kat situ ada buaian dan pangkin. Sesuai nak buat aktiviti bising kami ni. Kami pasang siap-siap prop untuk so called masquerade party ni.
Lagi satu...sebelum pergi Redang ni, kami semua ditugaskan untuk membawa 2 hadiah untuk party ni. Nanti sebelum habis party ada acara tukar-tukar hadiah. So setiap seorang akan dapat 2 hadiah yang berlainan dari kawan-kawan.
Nampak tu ahli jawatankuasa #gengperang tengah sibuk-sibuk buat preparation..
Jejaka-jejaka sendu #gengperang
Yang ni lagi sendu...
Kemain lagi bebudak ni excited bukak hadiah. Kami buat cabutan bertuah selepas permainan ala-ala Super Spontan.
Sila jangan contohi perlakuan sebegini yer adik-adik. Sangat tidak senonoh
Mr Zalli ni merupakan pengadil merangkap MC untuk aktiviti permainan ala-ala Super Spontan kami. Kami dibahagikan kepada 2 kumpulan. Setiap kumpulan kena hantar wakil untuk bermain game Super Spontan ni. Saya rasa mesti korang dah tau macam mana game show Super Spontan yang famous kat Astro tu kan? Macam tu jugak lah kami main. Kelakar gile...rasa nak gelak guling-guling pun ada...haha
Sebelum permainan dimulakan, pengadil akan brief dulu apa yang wakil 2 kumpulan ni akan buat. Contohnya macam situasi di mana wakil-wakil akan berlakon sesama sendiri sampailah ahli-ahli kumpulan jerit perkataan FREEZE. Lepas main Super Spontan kami main teka nama filem pulak.
Haa...nampak tu Mr Kudud dah kena FREEZE dengan ahli kumpulan dia
Masa ni paling kelakar. Macam-macam aksi diorang ni...yang tak logik pun ada jugak. Sampai terguling-guling atas pasir diorang ni.
Ini merupakan acara yang paling ditunggu-tunggu. Cabutan bertuah!!
Last but not least...acara standard. Camwhore sampai lebam!!!
Entry seterusnya saya akan cerita aktiviti kami pada hari kedua kami di sana. So stay tuned...
Love,
LIZA RAZAK
3 comments:
happening yea!!!! best dpt gang yg sporting2 dan sporting kan..
meriah!!
hehehe, yg tutup muka nampak mata je tu boleh bernyawa ke kak?? :p
seronok gak yerk ada xtvt gini.. at least ada xtvt menarik pada waktu malam
Post a Comment