Entry Sambungan (Klik Link Untuk Baca) :
[ Lotteria, Thamrin City . 7 October 2014 ]
Assalamualaikum & Hello.
Selamat Hari Buruh !! Harini mesti ramai yang pergi jalan-jalan dan menghadiri kenduri kendara kan? Ada jugak ke yang bercuti esok? Untunglah boleh cuti lama kan...alang-alang satu hari je kerja, baik cuti je kan. Anyway, mood blogging saya banyak baik harini. Mari saya habiskan entry Jakarta yang dah berhabuk dalam draft tu.
Entry Hello Jakarta ni last saya update bulan Mac lepas. Saya cerita kami jalan-jalan kat Tanah Abang, Jl Jenderal Sudirman & Grand Indonesia. Asyik cerita jalan je kan...mari kita tukar topik pulak kan. Cerita makan? Nak tak?
Meh sini nak cerita. Sepanjang kami kat Jakarta, kami amat berhati-hati bila nak makan. Al maklumlah perut masing-masing sensitif. Nanti silap makan, spoil mood pulak nak holiday. Lotteria ni merupakan fast food ala-ala korean. Ada macam-macam menu ada kat situ. Sebenarnya kami tak plan pun nak makan kat Lotteria ni walaupun ianya terletak betul-betul kat lif entrance hotel kami. Ye la...tak pernah dengar pun nama fast food ni kat Malaysia. Tak yakin pulak sama ada halal atau tak.
Macam mana kami boleh terjebak makan kat sana? Nak dijadikan cerita, malam last kami kat sana, kami semua tak boleh tidur. Dalam pukul 12 tengah malam, masing-masing mengadu lapar. Sudahnya kami turun ke bawah hotel dengan harapan boleh cari mana-mana kedai makan yang berdekatan. Bila turun, alamak Lotteria je yang masih dibuka. Punyalah eager nak tahu halal ke tak, kami tengok semua customer yang makan kat situ. Eh...ramai je yang pakai tudung makan kat situ. Nak tanya kat kaunter malu pulak...hehe. Nasib baik Mr Kudud pergi tanya terus kat kaunter..Oh...Lotteria ni halal rupanya. Lega di situ..Moral of the story..malu bertanya perut lapar...hikhik.
Saya nak cerita detail pasal menu Lotteria ni memang fail la...haritu pun terpinga-pinga nak order yang mana satu. Sudahnya saya order set ayam goreng + sos korean & bijan + nasi + Coeslaw + Sup Korean. Nama menu tu saya tak ingat langsung. Korang ingat tak dulu KFC ada buat ayam goreng ala-ala korean ni? Yang ada sos pedas manis tabur bijan kat atas ayam tu. Ayam goreng yang saya order tu lebih kurang macam tu laa...tapi lagi sedap dan sos dia banyak.
Lapar punya pasal, habis saya kerjakan ayam goreng tu. Dah la sedap gile!!
Disebabkan kesedapan ayam goreng Lotteria yang terlampau ni, esoknya sebelum balik Malaysia kami repeat makan lagi kat situ. Ye la...kat Malaysia kan tak de Lotteria...hehe. Kalau sesiapa yang menginap di Amaris Thamrin City Hotel, kat bawah hotel berdekatan dengan lif tu ada Lotteria ni. Silalah cuba kalau anda penggemar ayam goreng ala korean ni. Saya yang tak minat makanan korean pun dah tergila-gilakan ayam goreng ni!!
Love,
LIZA RAZAK
FOLLOW ME
- Posted using BlogPress from Liza Pypylamb's iPad
Location:Jalan Intan 3/5,Petaling,Malaysia
9 comments:
nanti pi tamrin nak test la
kecur tengok k..
kiranya ayam goreng di Lotteria ni lebih sedap dari KFC lah yek...
wah the foodie looks yummylicious... salam jumaat dear...
rasa kecur air liur terbayang ayam goreng tu!!!!!!! xde delivery ke malaysia ke? =P
lotteria..teringat shrimp burger..tapi ayam goreng tu nampak sangat sedap...
Wah wahh sedapnyeee terliur kite :p
Scha pernah sampai Bandung je. hehe. harap2 ada bukak cawangan kt mesia.
saya tapau je ayam dia bawak masuk bilik hehehe.
Post a Comment