Jul 12, 2013

Singapore Trip : Lau Pa Sat


“Everything tells me that I am about to make a wrong decision, but making mistakes is just part of life. What does the world want of me? Does it want me to take no risks, to go back to where I came from because I didn't have the courage to say "yes" to life?”
  Paulo Coelho, Eleven Minutes




Korang sahur apa harini? Sementara menunggu pagi..saya rajin pulak nak update entry terakhir untuk minggu ni. Saya sambung balik entry Singapore trip bulan lepas ok? Destinasi seterusnya yang kami pergi selepas Arab Street adalah Lau Pa Sat. Tempat makan ni memang famous kat Singapore. Ramai tourist makan kat sini. Salah satu sebabnya lokasi Lau Pa Sat ni terletak di tengah-tengah pusat bandar...so memang strategik la kan. Lau Pa Sat ni ala-ala hawker's style...ada pelbagai gerai-gerai makanan yang kita boleh pilih. Macam-macam jenis makanan ada dari ikan bakar, sate, makanan goreng-goreng dan macam-macam lagi. Ala-ala Gurney Drive ataupun Uptown Damansara Hawker Centre kalau kat Malaysia ni


Lau Pa Sat ni dibuka pada waktu malam sahaja Gerai-gerai akan dibuka tepat pukul 7 malam di atas jalan Boon Tat Street. Seronok tengok peniaga-peniaga gerai ni akan bersiap sedia dalam pukul 6.45 petang di tepi jalan untuk pasang meja dan menyiapkan gerai. Tepat pukul 7 je...jalan Boon Tat Street ni akan ditutup untuk gerai-gerai Lau Pa Sat. Rasa macam magic je...sekelip mata je gerai-gerai dah dibuka untuk pengunjung. Kitorang memang dah siap-siap menunggu dari pukul 6.30 petang lagi di tepi jalan sebab cousin Singapore saya cakap, selalunya Lau Pa Sat ni memang ramai orang. Kena la menunggu kalau nak dapat tempat duduk.

 

Semua ada cop perkataan 'Lapar' kat muka masing-masing. Memang letih dan lapar akibat sehari suntuk berjalan pusing-pusing Singapore. Nasib baik kami dah lunch kat food court berdekatan dengan Vivo Centre tengah hari tu. At least dapat jugak lapik perut sikit. Terlupa sekejap pasal lapar tu sebab seronok snap gambar dan tengok gelagat orang


Jumpa je meja kosong terus cop siap-siap !


Nampak tak gambar atas sebelah kanan tu? Itu baru je setengah jam Lau Pa Sat dibuka. Orang dah penuh macam sardin  Suasana bising macam dalam pasar dengan suara-suara pengunjung dan peniaga. Tapi saya suka sebab nampak happening. Teringat Gurney Drive kat Penang.


Malam tu kami makan macam-macam. Penuh meja! Ada satay, kerang bakar, tauhu apa ntah...saya pun tak ingat nama dia, lala dan macam-macam lagi. Semuanya sedap ! Tapi tang harga memang rasa mahal gila la. Bayangkan sepinggan kerang bakar harga dalam $7-$10. Cuba kalau convert ke Ringgit Malaysia? Tak ke mahal tu! Kat sini saya bagi contoh, kerang bakar baru RM 7..silap-silap ada tempat boleh dapat lagi murah. Kalau ada sesiapa yang tak bersyukur lagi duduk kat Malaysia ni...tak taulah....ehehe.

Bila perut dah kenyang, mata pun mengantuk kan? Tapi trip kami belum berakhir lagi. Ada satu lagi destinasi terakhir kami pada hari tu. Nak tau apa? Tunggu entry saya minggu depan! :)




Love,
LIZA RAZAK






- Posted using BlogPress from Liza Pypylamb's iPad

36 comments:

norhidana said...

happening nyer... kirenyer mmg peniaga kt situ kene cpt bab bersih2 kan, yelah kalu itu jln utk laluan seharian kan...

tp mmg penuh padat bile dh bukak tu... pd kite mahal sbb kene convert duit RM tp pd mereka biasa je kan... agakneyr sbb tu lah kalu warga spore supink kt malaysia sume diaorng kata murah...

dear anies said...

Da agk da...mesti mahal bla convert ke RM...tp sbb lapo kn...harga blkg kira :-)

Unknown said...

bestnyaaaaaaaa dapat berjalan ngan family!

Mizz Aiza said...

mahalnya harga makanan di sana.. kalau convert kepada RM lagi mahal tu.. betul tu, kita kena bersyukurkan..

Mizz Aiza said...

mahalnya harga makanan di sana, kalau convert kepada RM lagi mahal tu..

Zura said...

tak tau langsung pasal lau pa sat sebelum nih.. nanti zura masukkan dalam itinerary kalu gi singapore bila2 nanti...

Unknown said...

bestnya g jalan2...and selamat berpuasa jugak Liza...

✿INA AINAA✿ said...

mahal juga makanan kat sana.. betul la kata kakak ena... huaaaaa... ena tak boleh pergi lagi ni.. duit tadark!

Ratu Hatiku said...

bestnya... sedap plak tgk satay tu.. :)

زليخا said...

lawa:)

HeNRieTTa JoSe said...

Best...riuh mcm gurney drive erk?dh lmer xtrun sna...

cha said...

haha kdg2 makan kat sane tutup mata je malas nak convert sbb sakit hati haha. btul btul i setuju syukur sgt duduk malaysia semua benda murah kan. makan pun sehari byk kali

LaLa mhdnor said...

meriah :)
bila la dapat pergi sana hehe

Hey B! said...

bestnye makan angin...^^

Alin Marlini said...

syukur sangat duduk Malaysia ni Liza...best dapat kesana kan..

E'in said...

lame gak ek akak kat singapore.. kerang salah satu feveret kite... kihkihkih... mkn kat malaysia je lg murah...

cydayf said...

mahalnye harga kerang tu..

CD said...

seronok and jeles tengok gambar2 akak jalan2.. apa2 pun, selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak :D

Liza Razak said...

@norhidana miswan : tu laa..memang rasa mahal bila makan kat sana..

Liza Razak said...

@Khai♥Rin : anies : betul tu..kalau pasal shopping boleh tahan lagi..tapi kalau bab makan memang tak berkira..hehe

Liza Razak said...

@Jojet : sekali-sekala holiday dengan family memang best :)

Liza Razak said...

@Mizz Aiza : betul tu sis :)

Liza Razak said...

@Mizz Aiza : tu laa..memang terasa mahalnya tu :)

Liza Razak said...

@O'gosh Iskandar : selamat berpuasa sis :)

Liza Razak said...

@Zura Lee : serius menarik lau pa sat ni..nanti bolehlah cuba makan kat sana :)

Liza Razak said...

@✿AINAA ROSEBERRY✿ : nanti bila ena dah kerja nanti bolehlah pergi :)

Liza Razak said...

@Ratu Hatiku : memang sedap sis..sama sedap dengan kat malaysia

Liza Razak said...

@Nurzulaiqa Nazri@Professor : Thank you sis :)

Liza Razak said...

@HeNRieTTa JoSe : a ah...sama meriah dengan kat gurney drive :)

Liza Razak said...

@cha : tu laa..sebab tu badan saya makin membulat..hehe

Liza Razak said...

@LaLa mhdnor : nanti ada rezeki, bolehla bercuti di sana :)

Liza Razak said...

@Jue Derella : ALhamdulillah..seronok sangat

Liza Razak said...

@Alin Marlini : betul tu sis..rasa bersyukur sgt

Liza Razak said...

@E'in : akak pergi ke sana 4 hari 3 malam :) tu laa kat sini jugak yg best

Liza Razak said...

@Syida Rasyidah : kalau nak compare dgn kat malaysia..memang mahal

Liza Razak said...

@Nurul Farahizzati : selamat menyambut ramadhan sis :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...