“No matter how you feel today, get up, dress up & show up”
Paulo Coelho
Paulo Coelho
DAY 1 . 28 DECEMBER 2014
Assalamualaikum & Hello.
Semalam tak sempat pulak saya nak update entry sebab busy sangat. Malam ni terfikir nak update entry basi mana pulak harini. Baru saya teringat entry saya bercuti di Awana Genting 2 bulan lepas, saya belum cerita lagi kat blog. Sebenarnya kami bercuti ke Genting Highlands sempena menyambut wedding anniversary kami yang ketiga. Boring pulak asyik pergi makan je so kali ini kami tukar dengan bercuti di Genting Highlands. Kami pergi bercuti pun bukan nak jalan-jalan sangat, cuma nak relax dan santai je. Sebab tu pilih yang dekat-dekat je. Wedding anniversary kami sebenarnya jatuh pada 25 December tapi disebabkan masa tu kan cuti krismas, nak booking hotel semuanya fully booked so kami tukar ke 28 December. Kami pilih Awana Genting sebab kat situ ada driving range dan golf club untuk kaki golf macam Mr Kudud. Mula-mula nak booking Awana Genting tu memang hazab la sebab bilik deluxe semua dah fully booked. Sudahnya kami pilih 1 room condo yang harganya sangat sadis dan overpriced. Tu pun harga kat Agoda tau...kalau walk in mesti lagi mahal. Tapi dah plan punya pasal, bayar je laa...huhu
Semalam tak sempat pulak saya nak update entry sebab busy sangat. Malam ni terfikir nak update entry basi mana pulak harini. Baru saya teringat entry saya bercuti di Awana Genting 2 bulan lepas, saya belum cerita lagi kat blog. Sebenarnya kami bercuti ke Genting Highlands sempena menyambut wedding anniversary kami yang ketiga. Boring pulak asyik pergi makan je so kali ini kami tukar dengan bercuti di Genting Highlands. Kami pergi bercuti pun bukan nak jalan-jalan sangat, cuma nak relax dan santai je. Sebab tu pilih yang dekat-dekat je. Wedding anniversary kami sebenarnya jatuh pada 25 December tapi disebabkan masa tu kan cuti krismas, nak booking hotel semuanya fully booked so kami tukar ke 28 December. Kami pilih Awana Genting sebab kat situ ada driving range dan golf club untuk kaki golf macam Mr Kudud. Mula-mula nak booking Awana Genting tu memang hazab la sebab bilik deluxe semua dah fully booked. Sudahnya kami pilih 1 room condo yang harganya sangat sadis dan overpriced. Tu pun harga kat Agoda tau...kalau walk in mesti lagi mahal. Tapi dah plan punya pasal, bayar je laa...huhu
Dec 30, 2013 | Genting Skyway 28.12.2013 #holiday #vacation #honeymoon #laterkeek by LizaPypyLamb on Keek.com
Kami sampai di Genting pukul 11 pagi. Nak check in bilik pun awal lagi..so kami decide untuk naik kereta kabel ke First World Plaza. Punyalah panjang nak beratur beli tiket. Nasib baik nak naik kereta kabel tu sekejap je menunggu. Bila dah lama tak naik kereta kabel rasa gayat la pulak. Masa tu kabus agak tebal, memang sepanjang masa rasa nak tutup mata je...hehe. Nasib baiklah Mr Kudud ada. Bolehlah pegang tangan dia bila rasa takut...hehe. Kat First World Plaza tu kami jalan-jalan je...tapi sempat jugak shopping kat dalam tu !! Sebabkan outdoor theme park ditutup untuk renovation, ala rasa macam tak best pulak. Orang ramai kat situ macam sardin...pack sangat!! So kami jalan kejap je lepas tu turun balik naik kereta kabel
Pukul 3 petang kami dah terpacak depan lobby Awana Genting. Settle je check in bilik, kami rehat sekejap. Bilik kami tu besar gila!! Siap ada kitchen lagi. Review pasal bilik ni saya update untuk entry akan datang ok? Dalam pukul 5 tu, kami siap-siap untuk terjun swimming pool!! Walaupun dah petang tapi cuaca sangat sejuk dan berkabus. Terus saya cancel nak mandi swimming pool. Rupa-rupanya swimming pool tu ada heater tau. Bila mandi dalam tu rasa suam-suam je. Rugi betul saya. Mr Kudud jugak yang seronok swimming sorang-sorang dalam pool...hehe.
Pukul 7 kami terus naik bilik untuk mandi dan bersiap-siap untuk dinner pulak. Malam tu kami dinner buffet dalam hotel je kat Rajawali Coffee House. Buffet kat situ boleh tahan jugak. Ada banyak lauk-pauk kampung...memang seronoklah saya! Lama jugak kami lepak kat situ makan. Buffet rate dalam RM 50++ seorang. Selain daripada makan, kami didendangkan dengan lagu-lagu rentak jazz dari live band yang membuat persembahan dalam coffee house tu.
Kami duduk dekat open space, best duduk kat situ sebab boleh rasa angin sejuk Genting Highlands pada waktu malam. Banyak betul makanan saya ambil malam tu, Nasib baik pakai baju longgar, boleh cover sikit perut buncit tu...hehe. Lepas makan, kami jalan-jalan di kawasan hotel..staff Awana Genting sangat friendly. Semua murah je dengan senyuman..confirm next time kami akan datang lagi!! Kami balik semula ke bilik dalam pukul 10 malam, layan movie dan terus tidur.
DAY 2 . 29 DECEMBER 2014
Benda paling best kalau stay kat hotel adalah breakfast ! Pagi-pagi kami dah turun ke Rajawali Coffee House untuk makan breakfast. Tapi mencabar betul nak keluar dari bilik sebab cuaca sejuk sangat. Menggigil-gigil la bila nak gosok gigi dan cuci muka pagi tu. Kami berdua tak mandi sebab lepas breakfast, kami ada plan baik punya...hehe.
Inilah dia plan BAIK PUNYA kami tu !! Mandi swimming pool pukul 8 pagi!! Sanggup tak? Kalau tak disebabkan swimming pool tu ada heater, memang tak kuasa saya nak mandi kat situ. Best betul mandi masa tu sebab tak ramai orang. Rasa macam swimming pool tu kami yang punya!! Kami siap racing swimming siapa paling cepat dan laju. Camwhoring pun tak dilupakan jugak pasal alang-alang orang tak ada kan. Karang kalau ada, orang kata buang tebiat pulak..hehe. Pukul 10 kami cepat-cepat naik ke bilik sebab check out bilik pukul 12.
Dec 30, 2013 | Holiday Activity @ Awana Genting Highlands 28.12.2013 #golf #holiday #vacation #honeymoon #laterkeek by LizaPypyLamb on Keek.com
Letih swimming punya pasal, kami tertidur sampai pukul 11.30...bila terjaga tu, kelam kabut packing barang untuk check out. Alih-alih pukul 1 baru check out...hehe. Tapi kami tak terus pulang ke KL, Mr Kudud nak lepas gian di Driving Range Awana ni dulu. Memang purposely pilih Awana Genting ni sebab ada golf course dan driving range untuk Mr Kudud. Sementara Mr Kudud hayun kayu golf tu, saya pun ambil peluang testing kamera Go Pro Hero 3 Plus Mr Kudud ni. Best jugak guna Go Pro ni...nanti saya review kat blog pasal kamera ni. Actually kebanyakkan gambar dalam entry ni saya guna Ipad Mini dan Go Pro Hero 3 Plus je. Malas nak mengangkut DSLR yang berat gila tu... Cuba teka lepas ni kami ke mana pulak? Kalau nak tahu, tunggu entry saya esok ok?
Love,
LIZA RAZAK
Love,
LIZA RAZAK
Location:Bota,Malaysia
26 comments:
Tahniah Liza, epy anniversarry..dh 3 tahun yek..so sweet couple...semoga bahagia hingga ke Jannah Aminnnn
appy aniversary sis..
cantek tempat ini..ada kereta kabel pulak itu dah lama azie tak jejak genting higland..
hi liza....lama x jenguk blog..blog sendiri pun dah dilupakan...huhu..anyway, always..always gila in love with your outfit...jeles hokeh...x pernah jadi buat tudung cam liza...isk...
hepi belated anivesary..kalo gi waktu sekarang lagi best..cuaca tengah panas ni kan..hehehe..
pool ada heater tu yang syiok berendam..
bestnye...selamat ulang tahun perkahwinan yang ketiga...wah, makin berseri seri tuan blog sekarang nie yea...sweet sgt....suka larr camera tu bleh masuk dalam air erk....teringin jugak nak ada satu...sebab klu nak beli water proof bag...rietta agak kurang yakin...takut rejected ke ada kebocoran ke...
seronoknya!!! kami pun akan stay kat awana nnt. nak celeb besday ayish dayyan bambam kat sana. insyaAllah. happy anniversary dear!
wahh...beshnya...:)
dah lambat ke nak wish happy 3rd anniversary ni? =)
semoga bahagia hingga ke jannah
saya pun dah nak masuk 7 tahun kahwin
tak penah lagi bercuti bersama
nanti nak cuba-cubalah curi masa =)
appy anniversary..InsyaAllah lepas ni sambut bertiga plak ye ;) aminn..
happy beltaed anniversary to both of u!
awana genting mmg best..
tempat peberet kami kalau berkunjung ke Genting! bestt kan..
tapi respek la dgn korang,
boleh swim kat situ.. sejuk kottttt.. grrgrgrgrgr..*shivering*
lama xsinggah sini.. bz sikit. happy anybesery liza !! semoga terus bahagia k :)
Sy x tahu plak yg sis dah kahwin sbnrnye HhHahhahaha..
Hapy anniversary sis.. Doakan bhgia untill jannah insyallah
hepi belated 3rd anniversary to both of you... semoga perkahwinan dilimpahi kasih sayang sentiasa... sebbaik liza bgtu outdoor theme park still under renovation, kitorang plan nak gi bln 5 nnt... thanks a lot for da info...
@Jari Manis : Alhamdulillah..thank you sis :)
@shaFazie : saya pun dah lama jugak sebenarnya...tp kurang best sbb outdoor games tgh renovate
@O'gosh Iskandar : happy betul saya sis dah aktif blogging balik :)
@Zee Suhaini : kalau pool tu tak ada heater..saya pun takut nak mandi..hehe
@HeNRieTTa JoSe : camera gopro ni memang reliable gile...tahan lasak pulak tu
@Sue-Rya Qistina : thank you sis :)
@Ros Mat Saad : sekali sekala memang best :)
@yana yani : nanti sis pergilah honeymoon dengan suami..mesti best :)
@Kopiolimauice : Insya Allah..thank u sis :)
@ietams : itupun sebab ada heater sis..kalau tak jgn harap..hehe
@Amanina Mads : thank you sis :)
@Cheida_Mymee : thank you sis :)
@Zura Lee : welcome sis :)
Post a Comment