Aug 14, 2012

Sahur Buffet at Concorde KL

{ Melting Pot - Concorde Hotel KL . 10th August 2012 }



“ I have decided to stick to love...Hate is too great a burden to bear.”
Martin Luther King Jr



{ Pictures Taken From Instagram . Follow Me : pypylamb }


Saya dah lama plan nak makan buffet ramadhan di luar. Tapi yang jadi masalahnya, saya dan Mr Kudud memang tak makan banyak bila berbuka puasa. Rugilah pulak, bayar buffet mahal tapi makan sikit sahaja. Nasib baik saya ada baca entry kat blog sis Ainmanhaili pasal buffet sahur kat Concorde KL ni. Menarik jugak bila difikirkan balik. Jarang ada buffet sahur ni di mana-mana. Selalunya saya dan Mr Kudud memang akan makan berat selepas pukul 9 malam. Sahur pun kadang-kadang makan bertambah sebab lapar...hehe. Setelah berbincang dengan Mr Kudud, kami decide nak cuba makan sahur buffet di Concorde KL.

Kami pergi bertiga, saya Mr Kudud dan adik Mr Kudud, Boy. Buffet sahur ni bermula dari pukul 11 malam sampai 4 pagi. Malam tu harga buffet satu kepala, RM 39++..weekend sahaja mahal sikit dalam RM 48++ sebab ada pertambahan menu steamboat. Kami sampai sana pukul 2.30 pagi..tengok keliling Melting Pot ni..memang tak ramai sangat orang. Tapi memang romantik dan cosy sangat Melting Pot ni. Selesa sangat untuk makan buffet dan hang out dengan kawan-kawan. Bayangkan kami boleh melepak kat sana sampai pukul 5 pagi sebab cosy sangat!! Saya memang tak suka ramai orang bila makan buffet. Confirm rasa nak balik cepat..hehe.View dari Melting Pot ni pulak memang best sebab terletak betul-betul tepi Jalan Sultan Ismail. Seronok tengok gelagat orang

Menu makanan memang agak banyak. Tapi tak sebanyak menu berbuka puasa. Maybe sebab sahur dan harga pun berpatutan dengan menu yang disediakan. Paling best sudah tentulah dessert. Kek sahaja ada pelbagai jenis. Itu tak termasuk dengan puding, buah-buahan, dim sum dan pelbagai lagi. Lauk-pauk pulak ada pelbagai jenis dan masakan. Memang semua pun saya rasa nak cuba sebab semuanya nampak menyelerakan. Saya memang recommend kalau korang ke sana, cuba minum teh tarik !! memang THE BEST !! Kalau korang teringin nak bersahur buffet di luar, bolehlah cuba Melting Pot ni. Promotion ini ada sampai 18/08. Masih sempat lagi untuk mencuba :)





Love,
LIZA RAZAK







24 comments:

Madam iEeDaZ said...

tula mmg jarang dgr buffet sahur ni slalu buffet berbuka je kan.. tp rasenya taklarat la nk pi sahur sbb dh hujung2 puasa ni kan..heheh

Anonymous said...

mesti bestkan, tapi KA malas pulak nak bersiap pagi nak pg sahur diluar hehehe

♥MAMASYAZA♥ said...

alahaiii mesti sedap kek2 tu sume

Himawari Mirsada said...

nmpk bez je..hehe

Kekzamanis said...

Wow! Nampak lauk dalam pinggan tu memang menyelerakan. Teh tarik kat situ sedap? My favourite tu.. Argh! Melelh dah air liur.. Tetibe teringin teh tarik plak.. Haih..~~

yuyueyuliana said...

sis , kita mmg penah stay dekat concorde hotel ni , mmg makanan dia best . variety plak tu . kalo kat jw marriot tak variety mcm kat concorde hotel . sedap eh teh tarik ? nnt pg sana lg , nak try lah ! hehe

HeNRieTTa JoSe said...

Concord kl xpnah...concorde klia pnah...sekali urusan peribadi, skali lg urusan tugas rasmi...

Atie Zieya said...

klu bwk zieya g bufee....mmg rugi la...sbb tak byk mkn..huhuh

Scha Nazri said...

buffet sahur? wow, menarik. makanan pun banyak. konpem perut kembung lepas sahur. haha

Razf said...

fes time denga buffet sahur.. menarik untuk dicuba ni. tq :)

ellynadyra said...

buffet sahur memang menarik, selain harga yang agak murah, pilihan pun ada banyak kan!

Unknown said...

sedapnya mknn sahur

Liza Razak said...

@ieedaz @ mama_isha : betul tu..dah hujung2 ni selalunya dah malas nak keluar sahur

Liza Razak said...

@Kesuma Angsana : pegi buffet berbuka pun ok jugak

Liza Razak said...

@♥MAMASYAZA♥ : memang sedap sis :)

Liza Razak said...

@elyna mirsada : memang best sis :)

Liza Razak said...

@Misz Mieza : memang betul..teh tarik kat situ memang sedap !!

Liza Razak said...

@yuyueyuliana : wajib try sis !!

Liza Razak said...

@HeNRieTTa JoSe : nanti try la makan kat sana..best

Liza Razak said...

@~MiZz Atie ZieYa~ : ye ke? kalau mcm tu makan ala carte pun boleh

Liza Razak said...

@syAzAnA : betul tu...rasa x nak balik rumah pun ada jugak..hehe

Liza Razak said...

@RazFiRa : next year boleh cuba sis :)

Liza Razak said...

@ellynadyra : betul tu sis :)

Liza Razak said...

@nadzirah sofia : hehe..memang sedap sis :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...