Apr 17, 2014

Ye Olde Smokehouse





“Stay mad, but behave like normal people. Run the risk of being different, but learn to do so without attracting attention.”
  Paulo Coelho


[ Ye Olde Smokehouse, Cameron Highlands . 30th March 2014 ]


Assalamualaikum & Hello.

Ok...harini saya sambung balik entry Cameron Highlands yang saya cerita 2 hari lepas. Sebenarnya tujuan kami naik Cameron Highlands ni lebih kepada nak menyinggah kat Ye Olde Smokehouse ataupun nama glamour nya The Smokehouse ni. Saya kan penggila scones...harusler kena singgah sini makan. Antara scones yang paling sedap saya pernah makan kat The Harrods KLCC. Kali ni nak try pulak makan scones kat The Smokehouse. Banyak saya baca review kata scones kat sini memang 'MUST TRY'..jom tengok macam mana rupa scones tu...


 Saya order The Smokehouse Cream Tea set. Masa tu pun dah petang dalam pukul 5 lebih kurang, memang elok sangat pekena english afternoon tea kan. Cuaca pulak sejuk dan berkabus. Terus fefeling romantik ...haha...gedik! The Smokehouse Cream Tea set ni ada smoked salmon & cream cheese finger sandwich, fruit cake dan semestinya scones beserta jem home made strawberry & cream. Teh pulak diorang bagi Cameron Highlands Tea. Kalau nak tukar coffee ataupun teh lain, ada extra charge kat situ. Set ni berharga RM 38.00. Bagi saya mahal la...tapi disebabkan tempat pun ala-ala eksklusif dan cantik, kira tutup mata je la kan. Mr Kudud order apa ntah..serius tak ingat. Rasanya Steak Sandwich kot. Rasa? Sumpah sedap!!! Memang must try !!! Semuanya sedap!! Scones tu lembut, lemak berkrim disukai ramai!! Cuma fruit cake tu je saya tak makan sebab saya memang tak minat makan fruit cake. Manis sangat. Kalau nak honeymoon memang sesuai kat sini. Suasana sangat tenang dan cantik. Mesti automatik rasa romantik punya!


The Smokehouse ni sebenarnya hotel dari bangunan kolonial inggeris. Semua interior masih mengekalkan konsep english style. Sesuai dengan cuaca sejuk Cameron Highlands ni. Kat luar hotel ada taman bunga. Korang boleh lepak-lepak kat luar sambil minum teh. Bagi kaki golf pulak, bersebelahan dengan hotel ni ada golf course. Jalan kaki je dah sampai.


Lama jugak kami lepak kat luar ni. Sebenarnya boleh je nak makan kat dalam hotel tapi disebabkan Mr Kudud ni smoker, kenalah makan outdoor. Service kat sini memang tiptop..waiter yang serve kami haritu friendly giler, siap suruh kami camwhore kat area hotel. Eh...macam tau-tau je kan...hehe


Next time kami plan nak datang lagi ke sini. Maybe stay 2 hari 1 malam ker. Tak nak jalan mana-mana. Nak stay kat hotel je...hehe.. Boleh gitu? Mr Kudud suka je pasal dia boleh main golf sambil-sambil. Tak adalah dia boring sangat kan?


Saya paling suka interior hotel ni. Rasa nak duduk sini tak nak balik-balik. Semuanya english style. Stylo sangat-sangat!! Even dalam toilet pun deco cantik!! Tak taulah deco dalam bilik hotel macam mana pulak kan...ahh..ini yang tak sabar nk repeat datang lain kali!


Sayangnya tak boleh nak lepak lama sangat kat sini...sob sob sob. Sebab masa tu dah pukul 6.30 petang, nak cepat-cepat turun dari Cameron Highlands. Dah la kena ikut jalan Tapah yang bengkang bengkok tu, haruslah balik awal kan. Nanti jalan gelap sangat.


Dah..dah jom balik abam kudud !!




Love,
LIZA RAZAK







FOLLOW ME 

- Posted using BlogPress from Liza Pypylamb's iPad

6 comments:

Zura Lee said...

scone tu zura tk terliur pun, zura terliur tgk ur jacket la liza..looks yummy.. hahahaah..sesuai la pakai jaket tu sbb sejuk kan...

nurul huda jumri said...

cantik2 la pic..

nZaOdonut said...

salam :)

jomss join QA kite..tq

http://nzaodonut.blogspot.com/2014/04/jomss-pakat-join-qasiri-1-by-nzaodonut.html

Delimasari said...

cantiknye pic kat sana

elly nadyra said...

nampak sangat romantik suasana dia
sejuk, minum tea berdua, penuh flora perghhhhhhhhhhh amazing combination!

happyichigo♥ said...

Teringiiiin sangat nak ke sini! Tetapi worried, mesti menu nya harga mahal. Thanks for sharing the picture of menu, ok juga harganya. Paling penting experience afternoon tea di tempat cantik sebegini. Next time nak datang!!

I pun baru je pergi CH, rindu rasa dan nk pergi lagi :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...