Apr 28, 2014

Makeup Review : DIORBLUSH Trianon Edition





" Decorated with a Fontanges bow and pearled ribbon, Diorblush is delightfully immersed in the world of the Trianon. In pop pink or coral, the cheekbones are sculpted with a breath of freshness."


 Assalamualaikum & Hello.

Sememangnya mekap dari DIOR tak pernah mengecewakan saya. Saya beli pun selepas blusher Benefit saya dah habis. Memang perangai saya tak suka stick to 1 brand, mesti nak cuba brand lain pulak. Cuma foundation dan loose powder sahaja saya akan beli dari Chanel jugak kalau dah habis. Itu memang tak akan tukar brand lain sebab saya dah selesa pakai Chanel. Kalau mekap lain, saya suka tukar-tukar...hehe.

DIORBLUSH Trianon Edition ni limited edition. Didatangkan dengan special design yang mempunyai bow dan tulisan DIOR pada blusher. Mula-mula saya nak tengok-tengok je kat kaunter DIOR, lepas tu SA DIOR promote gila-gila pulak blusher ni.  Kemudian suruh saya cuba. Lepas cuba....macam biasalah mesti terpikat...haha.

 
 Bekas blusher berwarna biru gelap ni didatangkan dengan sarung baldu warna sama untuk mengelakkan bekas dari calar. Nampak eksklusif gitu kan... Saya beli warna #763 in Corail Bagatelle. Selain dari blusher, disertakan sekali mini blusher brush. Bagi saya brush ni 'pretty decent'  untuk dipakai. Lembut dan praktikal, lagi sesuai kalau dipakai untuk travel. Kalau kat rumah, pakai je brush yang kita selalu pakai tu. Lagi selesa kan.


Saya suka formula blusher ni. Sesuai dengan tona kulit saya. #763 Corail Bagatelle ni lebih kepada matte/satin finish. Kalau korang peminat blusher jenis matte. DIORBLUSH ni mungkin sesuai untuk korang. Blusher ni tak ada shimmer seperti kebanyakan blusher yang lain. Bila dipakai nampak natural tapi still outstanding and doesn't look flat. Warna ni bertona pink coral, ataupun mid-toned neutral pink. Very pigmented and smooth. Warna ni memang sesuai untuk kulit warm macam saya ni.


Bagi korang yang baru nak mencuba blusher dari DIOR ni, seriously memang good investment. Tahan lama dan nampak natural. Korang boleh dapatkan di mana-mana kaunter DIOR yang berdekatan. Ini bukan sponsored post tau. Saya memang peminat blusher DIOR ni. Benda yang best kita kenalah share dengan kawan-kawan kan.

Minggu lepas masa saya pergi Malaysian Open, saya pakai blusher ni. Masa tu dengan hujan dan panas, risau jugak kalau blusher ni luntur. Bila dah balik, eh...blusher still maintain. Dalam gambar pun masih nampak lagi. Weee...


Harga : RM 158 (7.8g)
#763 in Corail Bagatelle




Love,
LIZA RAZAK





FOLLOW ME 
INSTAGRAM | KEEK | FACEBOOK | TWITTER | LOOKBOOK

- Posted using BlogPress from Liza Pypylamb's iPad

9 comments:

Unknown said...

bestnya tgk warna dia....

lynmunir said...

Comel. Macam anak patung.

dilabangiWORLD said...

menawan & maintain ayu liza ni :-)

Jari Manis said...

Orgnya dh conei letak blusher bertambah lah comei. Jm ni jenis x pandai nk make up pakai bedak jew huhuhu

reenapple said...

Saya tak tahu macam mana pakai mekap.

eyeyou said...

mmg nampak neutral..org cantik pakai apa pon tetap cantik..:)

Ciktie said...

cantik tengok warna die tu..

Anonymous said...

terbaik.. nampak cantik sgt !

lizaufa said...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...