Oct 29, 2013

Hello Jakarta : Museum Wayang




“Give yourself freedom to try out new things
Don't be so set in your ways that you can't grow.”
  Paulo Coelho, The Alchemist





Entry Sambungan (Klik Link Untuk Baca) :
Hello Jakarta : Fatahillah Square
Hello Jakarta : Sunda Kelapa Harbour




DAY 2 . 6 OCT 2013
( Museum Wayang )



Assalamualaikum & Hello.

Masih lagi dengan entry hari kedua kami di Jakarta. Selepas kami jalan-jalan di sekitar Fatahillah Square, kami mengambil keputusan untuk melawat salah satu muzium yang ada berdekatan. Kami tak masuk pun semua muzium yang ada di situ akibat kekangan masa dan masing-masing pun agak letih disebabkan cuaca panas. Kami memilih untuk melawat Museum Wayang.

Tiket masuk murah je dalam Rp 5000 (RM 1.45). Masuk je dalam muzium, guard dalam tu tak benarkan kami snap gambar menggunakan DSLR. Sebab tu la gambar dalam muzium ni low quality sikit. Kami belasah juga snap gambar menggunakan ipad dan iphone yang ada. Tapi lighting dalam muzium ni..alahai gelap gulita betul. Ada setengah ruang pameran tak ada lampu. Tapi kalau korang meminati wayang kulit dan seni..ini memang tempat yang sesuai untuk korang. Di sini ada banyak peninggalan warisan wayang kulit dan topeng yang berusia beratus-ratus tahun. Saya dan Mr Kudud kemain belek satu persatu wayang kulit yang dipamerkan. Masa kami tengah ronda-ronda dalam muzium tu, tiba-tiba ada staf muzium tiba-tiba menegur kami. Agaknya dia perasan kami ni sungguh-sungguh baca penerangan yang ada di setiap ruang pameran yang ada tu. Rupa-rupanya dia bukannya calang-calang staf kat situ. Koleksi wayang kulit dan topeng yang dipamerkan di situ merupakan peninggalan nenek moyang dia. Nama dia Ray. Lawatan kami yang awalnya ala-ala boring tiba-tiba jadi best pulak sebab Ray ni memang mahir dan pembuat wayang kulit yang agak famous di Indonesia. Seronok bila dengar dia bercerita tentang pengalaman dia membuat persembahan wayang kulit di luar negara. Paling best bila dia menunjukkan pada kami topeng dan wayang kulit yang rambutnya diperbuat daripada rambut manusia. Eeeee....scary gile! Dah la berusia beratus-ratus tahun pulak tu.

Akhir sekali Ray membawa kami menyaksikan sendiri secara live persembahan wayang kulit dari team Ray sendiri. Saya tak pernah tengok persembahan wayang kulit seumur hidup saya. Walaupun saya kurang paham bahasa yang dituturkan oleh tukang karut tersebut tapi mesej yang cuba disampaikan sebenarnya melangkaui batas bahasa dan budaya. Memang best dan satu pengalaman yang baru buat saya.


Antara video persembahan wayang kulit yang sempat kami rakamkan..






So inilah dia Ray yang saya ceritakan tadi. Kalau tak ada dia ni yang jadi tour guide kami sepanjang kami di Museum Wayang ni, mesti boring dan tak dapat dengar macam-macam sejarah pasal wayang kulit. Boleh tambah ilmu pengetahuan tentang sejarah dan seni budaya tau. Sebelum ke destinasi seterusnya, kami sempat beli beberapa cenderahati untuk dibawa pulang. Nak tau apa bendanya..kena tunggu entry terakhir Jakarta ini nanti..sebab saya akan buat giveaway untuk pembaca blog saya !


Jumlah Perbelanjaan Seorang (Tak Termasuk Shopping & Makan)
Tiket Masuk Museum Wayang : Rp 5000 (RM1.45)




Love,
LIZA RAZAK




FOLLOW ME

- Posted using BlogPress from Liza Pypylamb's iPad

10 comments:

dear anies said...

agk2 si ray tu penah x tgk wayang kulit kt kelantan? ;-)

Scha Nazri said...

Bestnyaaa! Harituh pergi Bandung je. Shopping. Hahaha

Unknown said...

indonesia pun ada wayang kulit erk ?? ingat kan negeri kelantan je..hehe

Unknown said...

tak sangka kak liza ni punya nilai sentimental.. suka ye benda2 cenggini?? =)

Unknown said...

wow best nya pergi bercuti.. waaaaaaa

Liza Razak said...

@Khai♥Rin : anies : dia pernah perform kat kelantan jugak sis :)

Liza Razak said...

@Scha Nazri : kat jakarta x best sgt shopping

Liza Razak said...

@ika zulkefli : kat sana pun ada jugak :)

Liza Razak said...

@husna zahidi : a ah...akak memang suka tgk tempat2 macam ni :)

Liza Razak said...

@ana low : kalau pegi ramai2 memang best :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...