Sep 23, 2013

A Famosa Resort : Water World




“The simple things are also the most extraordinary things, 
and only the wise can see them.”
  Paulo Coelho, The Alchemist


[ A Famosa Resort Water World . 14 September 2013 ]


Assalamualaikum & Hello.

 Saya rasa cuti weekend 3 hari 2 minggu lepas mesti ramai yang yang pergi bercuti kan. Al maklumlah..cuti 1 Malaysia pulak hari Isnin tu. Saya dan family pergi bercuti di A Famosa Resort, Ayer Keroh Melaka. Kami stay di sana 3 hari 2 malam (Sabtu 14/9 - Isnin 16/9). Sebenarnya plan nak bercuti di A Famosa Resort ni dah lama...dari sebelum puasa lagi. Kami booking awal sebab takut fully booked. Alhamdulillah kami berjaya jugak pegi bercuti di sana 1 family. Dah lama kami tak bercuti 1 family ramai-ramai macam ni. Sepatutnya kami pergi berenam (saya, mr kudud, abah, mak, adik bongsu dan adik ipar saya) tapi last minute adik saya yang kedua yang kerja kapal tu tiba-tiba dapat balik cuti...Makanya cukuplah lah kami 7 tujuh orang pergi bercuti.


Pagi Sabtu tu kami bertolak lebih kurang pukul 9 pagi. Lambat sikit bertolak dari plan asal sebab saya dan mak kelam kabut masak bekal untuk lunch kami haritu. On the way ke Ayer Keroh, highway punyalah jam siap hujan lebat pulak tu. Akhirnya kami berjaya sampai pukul 12.30 tengah hari. Mula-mula nak check in dulu apartment yang kami book kat A Famosa tapi tup-tup orang hotel cakap hanya oleh check in pukul 4 petang. Amboi kemain lambat lagi kan...tapi tak pe lah...kami terus ke destinasi pertama kami..Water World.


Actually ini merupakan pertama kali saya ke A Famosa Resort. Besar gila kawasan A Famosa ni. Kiranya kalau bercuti kat sana, tak cukup 1 hari je. Kena at least 2 hari baru puas jalan-jalan sebab ada banyak aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sana. Nanti saya cerita lebih detail tempat-tempat menarik lain dalam entry akan datang ok? Berbalik kepada cerita Water World ni, sebelum masuk ke Water World kami lunch dulu kat parking kereta. Masing-masing bukan main lapar lagi. Lauk simple tu pun licin kami belasah..hehe. Lepas tu terus ke kaunter tiket untuk redeem tag (kami dah book group package sebelum tu) untuk dipakai sepanjang berada di Water World. Seperti kebiasaan kalau hujung minggu mesti lah penuh gila dengan manusia kan. Kami semua tukar baju dulu kat tempat yang disediakan. Ramai gila ok...sampai saya dan mak share tempat nak tukar baju. Lepas tukar ke baju mandi...nak tak nak kena sewa loker (melainkan kalau ada orang lain tolong jaga beg). Memandangkan kami ni ramai kena lah sewa loker besar. Harga RM 12 sekali guna. Sebelum kunci loker tu, pastikan ada duit yang mencukupi untuk sewa pelampung (double tube/single tube) pulak. Mula-mula kami semua berlagak tak nak sewa..bila dapat tahu yang kebanyakkan permainan kat sana kena pakai pelampung ni...tak pasal-pasal kelam kabut pergi sewa 2 pelampung. Itu pun kami gilir-gilir guna. Untuk sewa pelampung ni harga dikira RM 10 (rental) + RM 10 (deposit) untuk double tube. Overall aktiviti kat sana agak menarik dan happening cuma ada ada sesetengah permainan tu saya rasa macam agak merbahaya. Tak taulah...maybe saya ni paranoid sikit kot. Tu la...sapa suruh tengok movie Final Destination banyak sangat kan..hehe. Kebetulan hari saya pergi tu memang ada seorang cedera sikit akibat main permainan kat situ. Nasib baik team medik cepat sampai. Saya rasa mamat tu main ganas sangat kot...hehe. Antara permainan air yang menarik kat sana, High Speed Slides (Mr Kudud main sampai 2 kali),  Body Slides, Splash, Sandy Beach, Wave Pool, Lazy River, Inner Tube Slides, Family Raft Ride Arabian Village dan Kids Adventure Play Pool. Tapi tak semua saya main pun. Saya main permainan yang saya suka je macam Lazy River  dan Inner Tube Slides. Malangnya saya tak sempat nak snap gambar-gambar aktiviti kami kat Water World sebab ipad dan kamera semua kami simpan dalam loker. Nak main air lah katakan...tak kan nak bawak kamera..Nasib baik sempat jugak snap gambar 2-3 keping gambar masa dah nak balik. Kat sana...ada banyak tempat makan tapi harga macam biasalah pricey sikit. Kalau rajin, bawaklah bekal takpun makan siap-siap sebelum datang. Lagi satu...pakailah pakaian yang sesuai untuk mandi. Nak pulak kalau nak main permainan yang adventure tu. Haritu saya pakai swimsuit muslimah brand Ogival. Beli kat AEON je.. Memang selesa pakai dan material swimsuit ni pun tebal. Tak adalah melekat je kat badan bila kena air.


Puas je mandi-manda kat Water World, kami bertolak ke apartment A Famosa Villa D'Savoy Condominium.. Condo ni pun dalam kawasan A Famosa jugak. Nanti saya review condo ni dalam entry akan datang. Check in je, masing-masing terus tido sebab letih sangat...hehe.

Kalau ada yang bertanya tentang entrance fee kami haritu..saya tak tau exactly berapa total sebab adik ipar saya yang uruskan untuk booking group package ni. Tapi bila check kat website A Famosa, ini harga entrance fee untuk Water World :

Adult (Weekdays) : RM 36
Adult (Weekend) : RM 41

Kalau nak info lebih lanjut..boleh je check kat website A Famosa ni :
http://afamosa.com

Nak booking online pun boleh. Kadang-kadang booking online lagi murah dan beli walk-in. Nanti saya cerita destinasi seterusnya esok :)



Love,
LIZA RAZAK





FOLLOW ME

- Posted using BlogPress from Liza Pypylamb's iPad

28 comments:

Unknown said...

dh lme xg sini.... last g mse bile nth.. dy ade buka 1 gelongsor bru mcm kt icity tuuu.. hihihihi

kalau lalu highway nk g kl dr jb mesti nmpk gelongsor bru tu....


seronok kan.... melaka is my kampung..... =)

Cheida_Mymee said...

bestnya.. hihihi
dah lama x g mandi manda

Unknown said...

mmg best..tapi ssh nak posing2 la sebab totally kn bawak gadjets yang waterproof kan..

ellynadyra said...

few times pi sana, tapi tak pernah masuk water park dia hehehehhehe

dear anies said...

da lama x ke sn...hmpr 10 thn kot ;-)

Mizz Aiza said...

tak pernah ke sini lagi.. nak pergi juga nanti..

Unknown said...

memang best bila berkumpul dengan ahli keluarga. da lama tak pergi sana.

Zul fattah said...

erm.. x pernh lg jejak kaki ke sana.. InsyaAllah..

Zura said...

seronok betol kalu dapat main air ramai2 cm ni..nak2 lak kalu satu kepala... mmg syok abih la...

Unknown said...

x naik gelongsor yang tinggi gila tu ke(High speed slides? Saya naik. Kecut perut sangat. Sampai bawah baju dah terangkat sampai dada. Memalukan...

Syazana Zainn said...

x pernah juga pi sini.

dulu pun pi bukit merah je pun. hihi

Sha said...

aha..tgk review Liza pasal Water World ni Sha pun ada plan nak ke sana.. dah beli tiket put..coz jun lepas ada buat team building kat sana.. so beli extra open tickets.. planning to go with my sister & brother..tak sabar pulak nak pegi sana...

nurdani said...

seronoknya main air. lama dah tak ke Melaka ni

Unknown said...

dah lama tak datang melaka. last datang time rombongan skolah je. hhihi bestnyee melaka

Liza Razak said...

@aimi adilah : wahh..lagi best sbb kampung dekat dgn a famosa..boleh la pergi selalu :)

Liza Razak said...

@Cheida_Mymee : nanti pergilah sis...boleh rilek2

Liza Razak said...

@O'gosh Iskandar : tu laa...saya tak bergambar sangat pun sbb takut gadget kena air :)

Liza Razak said...

@elly nadyra : nanti trylah pergi...not bad jugak :)

Liza Razak said...

@Khai♥Rin : anies : wahhh...dah lama sangat tu sis :)

Liza Razak said...

@Mizz Aiza (Dunia Kecil) : nanti trylah pegi..best!

Liza Razak said...

@Dhia Dirham : kan...lagi meriah :)

Liza Razak said...

@Zul Fattah : nanti kalau ada rezeki lebih..bolehlah ke sana :)

Liza Razak said...

@Zura Lee : betul tu sis :)

Liza Razak said...

@Nur A.Z : saya tak naik pun..takut !! hehe

Liza Razak said...

@Syazana Zainn : nanti ada masa..bolehlah holiday kat A Famosa pulak

Liza Razak said...

@Sha : nanti kalau dah pegi update kat blog yer :)

Liza Razak said...

@nurdani : sekali sekala main air ni memang best !

Liza Razak said...

@EZAN IDMA : wahhh..dah lama sangat tu :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...