Apr 15, 2014

Cameron Highlands





“Your eyes show the strength of your soul.”
  Paulo Coelho




[ Cameron Highlands . 30th March 2014 ]


Assalamualaikum & Hello. Amboi harini rajin ya amat upload berpuluh-puluh gambar dalam satu entry. Maknanya mood blogging dah datang balik ler tu...hehe. Cerita kami pergi short trip kat Cameron Highlands ni boleh tahan basilah. Siapa yang tengok Instagram saya, mesti tau pasal saya rajin beno spam gambar Cameron Highlands ni...hehe. Sebenarnya kami tak plan pun nak pergi CH ni, sepatutnya kami nak pergi tengok F1 kat Sepang. Last minute tukar plan atas sebab-sebab tertentu. Nasib baik tiket F1 tak beli lagi...hehe. Entry ni saya letak gambar banyak, aci tak? Malas nak cerita panjang-panjang sebab semua orang tahu pasal CH ni kan? Standard la cerita pasal tempat sejuk, makan strawberry, shopping sayur, bunga dan sebagainya. Benda yang sama je saya nak tulis pun. Baik letak gambar je yer dak?

Kami bertolak dari Puchong agak lambat la jugak. Lebih kurang pukul 10 pagi. Kami naik CH ni dari Simpang Pulai. Malas nak naik ikut Tapah sebab jalan bengkak-bengkok. Jauh sikit tak apa janji hati tenteram...hehe. Sampai lebih kurang 1.30 tengah hari. Masa ni perut lapar ya amat. Kami singgah di Green View Garden & Avant Chocolate.


 Kami order Strawberry Strudels dan Strawberry Juice. Haruslah makan dan minum semuanya perisa strawberry kan...Saya memang tak nak makan banyak-banyak sebab banyak lagi tempat nak jalan-jalan. Simpan perut sikit. Kat sini nak makan dessert boleh tahan sedap dan harga pun reasonable. Selain dari cafe, ada jugak kedai cenderahati, garden dan kedai chocolate. Btw, strawberry strudels tu tersangat sedap hokayy!! Nasib baik Mr Kudud tak suka sangat makan strudels tu, dapatlah saya habiskan sorang-sorang!


[ Cameron Valley Teh Plantation ]

Selepas tu kami teruskan perjalanan untuk singgah di Cameron Valley Plantation. Mula-mula nak singgah minum teh tapi orang ramai sangat pulak. Sudahnya kami singgah snap gambar je. Teh tak beli pun sebab kat rumah melambak-lambak teh yang Mr Kudud beli dari Istanbul dan India. 2 tahun pun tak habis minum tu...hehe. Nasib baik bawak camera Gopro siap ada ada monopod. Senang sikit nak selfie berdua-duaan. Kalau tak memanjang je gambar sorang-sorang kan...hehe. Eh lupa nak cakap...entry ni memang banyak beno gambar berdua-duaan. Al maklumlah holiday pun berdua je. Kalau meluat jangan scroll sampai bawah. Nanti muntah hijau.


[ Lavender Garden ]

Kat sini masuk kena bayar. Tak silap saya RM 5 untuk dewasa. Bagi saya berbaloi la bayar RM 5 sebab tempat ni memang cantik pun. Kalau kaki bergambar tu memang sesuai sangat. Kami tak lama pun kat sini sebab masa tu dah hampir pukul 3 petang. Takut tak sempat nak jalan-jalan tempat lain pulak. Paling saya suka kat sini ada kedai menjual produk berasaskan lavender. Hampir-hampir nak membeli shower gel dan lotion lavender. Nasib baik teringat kat rumah melambak-lambat lotion tak pakai, terus cancel beli.


[ Kea Farm ]

Tempat ni paling saya suka! Sebab boleh shopping sayur, strawberry dan bunga suka-suka hati! Nasib baik haritu tak sesak sangat, selesa sikit kami nak shopping sayur. Banyak choice kat sini. Memang rambang mata. Bayangkan kami beli 1 peti strawberry dengan harga RM 25. Kira murahlah tu. Balik KL, siap boleh kasi kat kawan-kawan lagi. Kami banyak shopping sayur sebab 2 orang ni hantu makan sayur!


Ke mana pulak kami selepas ini? Esok saya sambung Part 2 pulak ok?





Love,
LIZA RAZAK



FOLLOW ME   
INSTAGRAM | KEEK | FACEBOOK | TWITTER | LOOKBOOK

9 comments:

eyeyou said...

senang ada monopod kan..pic centre.., cantik semua..

AiniHalim said...

very nice view.. cam best je pegi kat House of Lavender tu.. so purple-ish.. hehe

Nursaila Norman said...

hi liza, rindu CH! :))

Gieyana said...

Bestnyer...cntik gmbr bila jd fish eye ni..guna apps apa ni?

Unknown said...

wahhh..gambar macam majalah ok....

dear anies said...

bleh jd title entry "Macam mana nak gunakan monopod supaya gambar jadi cantik?"
;-)

Cho Zila said...

suka nyer CH.. memang seronok dan sentiasa ada hajat nak datang lagi..
suka nyer tengok gambar2 sini..

lizaufa said...

adoi tgk pic awak tetiba nak g cameron!

Zura said...

dh lama tk pegi sini, kali pertama dulu thn 2010...teringin nk repeat melawat cameron lps tgk gmbr2 liza nih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...