Oct 1, 2013

Malaysian Philharmonic Orchestra & All That Jazz




" Music should strike fire from the heart of man, 
and bring tears form the eyes of woman "
Ludwig Van Beethoven




[ Dewan Filharmonik Petronas KLCC . 22 September 2013 ]


Assalamualaikum & Hello.

Mula-mula sekali saya nak ucap thank you kepada Mr Kudud sebab sangat memahami minat bini dia yang gila ni pada muzik jazz dan classical. Terharu betul bila dia ajak dating tengok concert MPO & All That Jazz di Dewan Filharmonik Petronas 2 minggu lepas. Sebenarnya saya dah tahu pasal concert ni sebelum bulan puasa haritu. Saja ajak main-main dengan Kudud tapi masa tu dia buat tak tahu je. Saya pun tak kisahlah..siap terlupa pun pasal concert ni


 Alih-alih 2 minggu lepas, tiba-tiba dia ajak saya dating di KLCC. Saya cakaplah malas sebab saya tak suka pergi KLCC kalau tak ada hal penting. Dia cakap dia nak bawak saya pergi tengok concert MPO & All That Jazz ni..siap dah booking tiket. Laa...dia ingat rupanya! Concert bermula pukul 8.30 malam tapi pukul 6 petang kami dah terpacak kat KLCC...haa...semangat kan!


Sampai je sana..kami terus pergi ambil tiket. Tengok jam masih awal lagi..kami pun jalan-jalan dalam KLCC tu. Boleh tengok je la...nak beli memang tak mampu...hehe. Tu salah satu sebab kenapa saya tak suka pergi KLCC..sebab tak boleh nak shopping sakan..hehe..Anyway...kalau nak masuk dalam Dewan Filharmonik Petronas ni...attire very strict. Haritu kena pakai smart casual. Saya main bedal je pakai skinny pants, blazer dan platform heels. Nyesal aku pakai platform heels 5 inci tu jalan-jalan dalam KLCC. Sakit kaki weh... Tapi tak per lah...biar sakit kaki asal bergaya yer dak...


Dalam concert ni ada 3 penyanyi jazz yang tak asing lagi bagi saya. Ada Atilia Haron, Elvira Arul dan Dina Nadzir. Kami dibenarkan masuk pukul 8 malam. Kami duduk di Gambus Suite (Tingkat Atas). Kat suite tu ada 6 seat sahaja. Best sangat suite ni sebab rasa ekslusif sangat. Nak masuk pun ada usher yang tolong hantarkan ke suite kami. Bayangkan untuk 6 seat tu...ada bilik khas untuk berehat (macam gambar di bawah) Ini merupakan kali kedua saya ke DFP ni...first time masa saya study dulu...dapat tengok rehearsal Malaysian Philharmonic Petronas. Itu pun seronok dan kagum tak hengat dunia. Sound dalam dewan tu....punyalah best sampai tak boleh nak dibayangkan dengan kata-kata. Lagi satu dalam dewan ni tak boleh nak snap gambar (pasal tu tak ada gambar dalam dewan). Nak curi-curi pun tak boleh sebab ada ramai usher kat dalam dewan tu. Kalau kantoi..siaplah kena lampu laser...kan malu..hehe. Nak memandai upload gambar kat Facebook ataupun Instagram pun tak boleh sebab tak ada line. So moral of the story...dah bayar tiket mahal-mahal tu..layan je la concert puas-puas..tak payah sibuk-sibuk nak main handphone..hehe


Concert bermula tepat 8.30 malam...persembahan pertama dari Dina Nadzir, kemudian Atilia Haron dan yang terakhir Elvira Arul. Sepanjang persembahan mereka malam tu saya tak peduli langsung Mr Kudud kat sebelah saya sebab khusyuk sangat tengok. Tak sangka artis Malaysia ni hebat-hebat belaka. Especially Elvira Arul. Malam tu bagi pendapat saya Elvira Arul memang terbaik!! Rasa macam tengok concert Nina Simone pulak sebab ada element blues sikit dalam persembahan beliau. Hadoi...rasa nak gugur jantung !! Orchestra Conductor, Marques Young pun sporting dan kelakar..Sebagai peminat muzik Jazz kecil-kecilan macam saya ni...memang tersangat puas hati!!


Habis concert sepatutnya kami nak terus balik sebab perut masing-masing dah lapar. Tiba-tiba ada autograph session pulak kat lobby. Ok..cancel balik awal! Kami terus beratur...dan akhirnya dapat bergambar dan autograph sekali..


Tiket ni bakal kena frame cantik-cantik dalam rumah....hehe


P/S : lepas ni kami plan nak tengok Mozart @ Beethoven by MPO pulak.



Love,
LIZA RAZAK





FOLLOW ME

- Posted using BlogPress from Liza Pypylamb's iPad

30 comments:

Lily@MamaZaraZareef said...

salam...tq coz sudi follow blog akak yek..=)..nway, bestnye dpt pegi concert mcm ni..kalau dah minat konfem enjoy gila kan..^_^

INNANIE ARIFFIN said...

teringin benar nak masuk sini.. lawa ek dalam dia... :)

Cik Nor said...

bestnya..:)

Anonymous said...

so sweet..

HeNRieTTa JoSe said...

bestye.....rietta xpernah lg tgk macam nie...konsert biasa pernah la...hehehe...

Unknown said...

tsk tsk bestnyaaaaaa :(

RedRose said...

omaigod! your husband is so romantic. I'm jazz lover as well. sadly, my other half tak suka dis kind of music. frame elok2 ye da ticket. it will bring you back to that day. ~luvliness.

miss niedNied said...

syiokk! baca entry je ni pon bole rasa.. teheee

btw sis your style cuns ;) hee

lynnpipipau.blogspot.com said...

Wahh bestnye!! :D

Nastyna said...

Since u mention platform 5inchs I dah start belek2 gambar u. Hehhee I suka tengok girls pakai tinggi2 sebab I skang dah tak mampu dah.

E'in said...

mesti akak minat gile kat shiela majid kan?

Zura said...

berkenan sungguh zura kt kasut liza tuh.. beauty is pain mat salleh kata.. hihhihi...

Anonymous said...

OMG!!teringin jugak nak pegi sini..tp xde sp nk bwk la..huhu..

Syazana Zainn said...

cool

tak pernah tgk konsert jazz mcm ni

:D

dear anies said...

walaupun x minat jazz tp kalu diberi peluang msk MPO tu mmg sy x menolak la

Liza Razak said...

@Lily@MamaZaraZareef : betul tu sis...kalau dah minat tu..sanggup je..hehe

Liza Razak said...

@Innanie Ariffin : memang lawa sis..sound system pun best :)

Liza Razak said...

@Normi Nieza : kalau sekali sekala memang best sis :)

Liza Razak said...

@Ija Rased : hehe...thank you sis :)

Liza Razak said...

@HeNRieTTa JoSe : nanti trylah sis..best :)

Liza Razak said...

@Nadya Bubble : memang best sis...seronok ! :)

Liza Razak said...

@RedRose : Insya Allah...thank you sis :)

Liza Razak said...

@miss niedNied : thank you sis :)

Liza Razak said...

@Lynn Zulkarnain : sekali sekala memang best sis :)

Liza Razak said...

@Nastyna : saya pun kadang-kadang je pakai...badan dah berat...hehe

Liza Razak said...

@E'in : a ah..minat sangat sis :)

Liza Razak said...

@Zura Lee : tapi sampai sakit2 kaki saya ni pakai..hehe.sekali sekala ok kot

Liza Razak said...

@zaffira : nanti hint lah org tersayang buat surprise kat sini :)

Liza Razak said...

@Syazana Zainn : nanti trylah pegi sis...best!

Liza Razak said...

@Khai♥Rin : anies : betul tu sis...sound system memang terbaik!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...