Mar 11, 2014

Hello Jakarta : Tanah Abang, Jl Jenderal Sudirman & Grand Indonesia




DAY 2 . 6 OCT 2013
TANAH ABANG


 Assalamualaikum & Hello.

Haa..kantoi tak update blog lagi!! Hee...sorry la kawan-kawan, minggu lepas tak sempat nak update blog sebab saya pergi bercuti dengan kawan-kawan di Pulau Redang. Minggu depan saya cerita pasal percutian saya tu kat blog ok? Harini saya cuma publish jer entry yang terperam kat draft sejak dari tahun lepas. Lama sangat terperam sampai boleh jadi tempoyak ni...hehe.

Ni cerita hari ketiga kami di Jakarta. Haritu saya cerita pengalaman kami melawat Monas Tower, harini saya cerita pengalaman kami membeli belah di Tanah Abang dan Grand Indonesia. Sepatutnya kami plan nak pergi ke Mangga Dua, tapi disebabkan kekangan masa kami tukar destinasi ke Tanah Abang sebab dekat je dengan hotel kami. Mula-mula ingat nak naik Bajaj, tapi disebabkan Tanah Abang tu dekat je dengan hotel, kami decide untuk jalan kaki je ke sana.

Tengok macam dekat je Tanah Abang tu dengan Hotel, tapi dengan laluan jalan kaki yang penuh dengan orang menjual makanan dan peniaga lembu dan kambing (kebetulan masa tu hampir dengan Raya Aidiladha) memang mencabar betul. Power betul orang kat sana. Jual lembu kat tepi jalan je. Tak payah susah-susah macam kita kat sini. Sepanjang masa, saya asyik pegang hangbag je, takut kena ragut. Nasib baik jenis sling bag. Senang sikit nak jaga. Hampir setengah jam kitorang jalan kaki baru sampai ke Tanah Abang. Memang menyesal betul jalan kaki..memang meletihkan...hehe

 Tanah Abang ni memang besar rupanya. Ada beberapa blok dan kesemuanya lebih dari 4 tingkat saya rasa. Haritu tak sempat pun khatam semua sebab masing-masing dah letih..hehe. Adik ipar saya paling excited sebab dia dapat beli barang secara borong. Al-maklumlah sebab dia berniaga. Kat sana kain pasang memang murah. Baju dan dress pun murah. Saya ingatkan orang perempuan je yang gila shopping kat sana, rupa-rupanya orang lelaki pun tak terkecuali. Mr Kudud dan adik saya kemain lagi bershopping baju kat sana. Kebanyakkkannya beli untuk souvenir bila balik Malaysia nanti. Ramai betul rakyat Malaysia yang kami jumpa, kebanyakkannya shopping berkodi-kodi. Agaknya diorang ni peniaga kot. Maxi dress kat sana memang banyak yang cantik-cantik. Malangnya semua yang saya berkenan kebanyakkannya pendek-pendek belaka. Adeh...rugi betul tak dapat beli. Setelah hampir 3 jam kami kat Tanah Abang, kami pun pulang ke hotel. Kali ni kami naik bajaj pulak. Tak sanggup la nak jalan kaki dengan barang shopping yang banyak gila tu. Bayangkan kami 4 orang boleh muat satu bajaj, siap dengan barang shopping pulak tu. Mula-mula kami nak naik 2 bajaj, tapi pak supir tu kata muat, kami pun hentam je la naik 1 bajaj. Gila sempit dan scary ok...tapi bila bajaj tu dah bergerak, rasa macam seronok pun ada jugak...hehe


JL JENDERAL SUDIRMAN


Sampai je hotel, kami terus terbaring kepenatan. Tapi tak boleh nak rehat lama-lama, sebab petang tu kami nak sambung shopping fridge magnet kat Sarinah Mall pulak. Kalau nak pergi ke Sarinah Mall ni, tak boleh naik bajaj, sebab bajaj tak dibenarkan lalu di Jalan Jenderal Sudirman ni. Nak jimat kos punya pasal, kami jalan kaki ke Sarinah Mall. Jalan kaki kat Jalan Jenderal Sudirman ni rasa macam selamat sikit sebab di sepanjang jalan ni ada banyak embassy ataupun kedutaan. Polis memang banyak. Sambil-sambil jalan tu sempat jugak kami camwhore bagai...hehe


ALUN-ALUN INDONESIA, GRAND INDONESIA


Kiranya hari ketiga kami di Jakarta, kami banyak habiskan masa dengan bershopping. Nak habiskan duit rupiah yang masih tinggal. Balik je dari Sarinah Mall, kami terus singgah di Grand Indonesia. Kalau kat KL ni, ala-ala Pavilion. Sebenarnya tujuan kami ke sana, sebab saya nak singgah di Alun-Alun Indonesia. Saya dapat tahu dari internet, Alun-Alun Indonesia ni ada banyak menjual barang-barang kraf dari serata Indonesia. Cuma harga tu agak mahal sedikit. Sebelum saya ke Jakarta lagi saya dah simpan niat nak beli clutch batik. Saya ni memang gila barangan batik & songket. Suka kumpul buat koleksi. Nasib baik jumpa clutch batik idaman hati walaupun harga kemain mahal. Nasib baik saya memang nak habiskan duit rupiah yang masih tinggal ni. Hentam sajalah beli..hehe. Nanti saya reveal clutch batik tu dalam entry yang akan datang ok?





Love,
LIZA RAZAK






FOLLOW ME

- Posted using BlogPress from Liza Pypylamb's iPad

7 comments:

Khai♥Rin : anies said...

tingat g tanah abang last year...perrghhh membe2 membeli mcm x hingat dunia! ;-)

Farah Waheda Wahid said...

wah seronoknya di Jakarta...

ZAIDAHTUL AKMAL said...

Hai... zai nak jemput masuk giveaway kalau ade mase & x keberatan..
Giveaway Double Stemcell by Call me Zai!

Jari Manis said...

Jm suka ootd liza :-) x pe klau x g mangga dua x best sgt

elly nadyra said...

tanah abang tu liza, jalan sehari confirm tak abis tau
shop till u drop kekdahnya!
alun2 tu mmg collection dia cantik2
batik indonesia plak halus
so hasilnya tentu gojes clutch tu kan

Norliza Romizi said...

saya suka ootd awak!!!

Hirman Lim said...

wah ikut ke Tanah Abang dong hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...