Entry Sambungan:
[ Seagull Coffee House, Awana Porto Malai . 27 September 2014 ]
Assalamualaikum & Hello.
Ini entry laju-laju namanya. Kalau dah namanya entry laju-laju haruslah entrynya pendek je kan. Entry ni saya suka sangat pasal cerita pasal makan. Saya kan suka makan...apa jenis pun saya suka asalkan halal dan sodap...haha. Campak je la saya kat mana pun...saya memang tak cerewet pasal makan. Pasal tu badan makin mengembang dan membulat. Ini bukan entry berbayar tau..ini memang review ikhlas dari hati yang suci murni sebab hotel ni best sesangat! I lap you Awana Porto Malai!
Antara benda yang saya suka kat Awana Porto Malai/Resorts World Langkawi ni semestinya buffet breakfast. Kalau stay kat mana-mana hotel pun, saya memang selalu excited nak bangun pagi untuk breakfast. Tapi kat sini buffet breakfast dia antara yang paling best saya pernah makan seumur hidup! Selection banyak...sedap dan pemandangan nak makan pun cantik ya amat. Bayangkan sarapan pagi bersama yang tersayang sambil menghirup udara segar di tepi Tanjung Malai. Aduh...romantiknya!!
Kalau nak cerita pasal makanan kat buffet ni...tak tau nak cerita macam mana. Banyak gila pilihan. Ada western, masakan melayu, pastry, dessert, salad, buah-buahan dan pelbagai lagi. Meja buffet dia panjang giler. Kitorg sampai rambang mata nak makan yang mana satu dulu. Tu yang terlupa nak snap gambar bagai...hehe. Nasib baik stay 2 malam. Memang puas makan breakfast kat Awana ni.
Kat coffee house ni ada 2 pilihan nak makan breakfast. Indoor dan outdoor. Kami pilih outdoor sebab nak makan sambil menikmati pemandangan waktu pagi di Tanjung Malai ni. Silalah turun breakfast awal pagi kalau nak breakfast outdoor ni. Ye la...kalau pukul 9 baru nak turun, memang berpeluh-peluh la makan sebab cuaca makin panas. Kami turun 7.30 pagi semata-mata nak cop meja kat tempat duduk outdoor ni tau.
Tengok makanan kat atas tu...tu baru sikit kami ambil. Belum second round dan third round. Masa ni kami pulun makan banyak-banyak sebab pukul 9 pagi kami ada aktiviti island hopping. Kalaulah boleh tapau bawak makanan naik bilik, dah lama saya angkut 2-3 tupperware! Boleh bawak bekal naik bot pagi tu...hahaha (#villagepeople sangat perangai!!)
Masa taip entry ni, ada sebaldi kot air liur meleleh-leleh sebab tengok gambar makanan atas ni. Inilah padahnya taip entry dengan perut lapar. Huwaaa!! Esoklah sambung entry Langkawi ni lagi ek? Nak siap-siap pegi jalan dengan Mr Kudud ni. See you tomorrow. Babai!!
4 comments:
bestnye ^^ mkn byk2 ye mesti habis tau hihihi
Oh rinduuuu langkawi!
@Nurfaezah Abdullah : kalau sedap macam ni..confirm habis! hehe
@Khai♥Rin : anies : saya pun rindu jugak ni :)
Post a Comment