Sep 13, 2014

Pypy Lamb Studio & Adzraa Collection At The Labels Bazaar





{ 1 Mont Kiara Mall . November 2013 }


Assalamualaikum & Hello.

Boring betul harini..nak keluar jalan-jalan tadak geng pulak. Mr Kudud pegi outstation 2-3 hari ni. Tu yang rajin sangat update blog. Dia baru balik dari outstation, duduk sejam kat rumah, keluar pulak lagi main golf. Erkk..apekah??

Memandangkan saya boring, terus terjah draft lama-lama. Eh ada pulak entry tak publish lagi. Ok lah..taip sikit-sikit, edit sikit-sikit...dah boleh publish! Rasanya kalau follower blog ni yang lama-lama mesti ingat yang saya jual barang preloved online dengan nama Pypy Lamb Studio kan? Tahun ni saya menyepi sikit sebab ada projek baru. Tapi Insya Allah, saya akan aktif balik berniaga 2-3 bulan lagi.

Tapi entry ni bukannya aktiviti Pypy Lamb Studio terbaru tau. LAST YEAR punye. Diulangi last year..yer..Teruk betul laa!! hehe. Actually tahun lepas saya kurang sikit bergiat dalam bazaar. Saya banyak jual online jer. Cuma tiba-tiba satu hari adik ipar saya ajak saya share booth dengan dia kat The Labels Bazaar. Mula-mula tak nak join pasal saya dah tak ada barang baru. Tapi fikir-fikir balik..eh barang preloved saya masih banyak lagi. Boleh laa jual kan.


 The Labels Bazaar ni diadakan di 1 Mont Kiara Mall. Kitorang punya session hari Sabtu. 10 pagi sampai 10 malam. Nasib baik saya pernah datang sana sebelum tu. Kalau tau mesti no idea 1 Mont Kiara ni kat mana. Cuba cakap Paradigm Mall ker, One Utama ker ataupun Sunway Pyramid..confirm terer!!

Memula tu skeptikal jugak ler..memikirkan ada crowd ker kat shopping mall ni? Sebab awal pagi kami sampai crowd memang tak ada sangat. Tapi bila tengah hari sampai ke petang...eh not bad jugak rupanya. Kebanyakkan crowd yang datang banyak yang membeli. Itu yang best kalau join bazaar ni. Kalau busy layan customer mesti tak perasan masa berlalu dengan pantas.


Sebenarnya ini first time adik ipar saya join bazaar under brand dia sendiri, Adzraa Collection. Sebelum ni dia rajin jugak ikut dan tolong saya kat bazaar. Bagus jugak sebab haritu memang pandai je dia layan customer. Kawan saya dari Johor pon ada yang singgah. Thank you Myra & Botak!! Terharu tau. Actually ada kawan blogger yang nak datang haritu, tapi last minute terpaksa cancel atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Tak per...next time kalau ada bazaar lagi..saya inform awal-awal kat blog ok?


Kami beruntung pasal booth kami dekat dengan booth Aida Khalida Tudung. Mesti korang kenal owner dia kan? Peramah betul Kak Aida Khalida ni. Alang-alang dah berjiran tu, harusler bergambar kan? Walaupun dah berumur, serius cantik natural!! Saya yang umur 30 ni pun tak boleh lawan tau. Jiran-jiran kami yang lain pon peramah gile....eh macam dah lama kenal pulak! Btw, bulan puasa lepas saya ada join bazaar jugak under Hanis Zalikha, Karnival Teratak Glam Raya. Yang tu lagi seronok. Next week saya cerita ok?

P/S : Kalau ada peminat tudung dan dress dengan harga berpatutan boleh like FB Adzraa Collection ni :
https://www.facebook.com/adzraacollection

Kat Instagram pun ada jugak tau :
@adzraacollection




Love,
LIZA RAZAK




FOLLOW ME 
INSTAGRAM | KEEK | FACEBOOK | TWITTER | LOOKBOOK

- Posted using BlogPress from Liza Pypylamb's iPad
Location:Jalan Indah 2,Seri Kembangan,Malaysia

1 comments:

dear anies said...

mmm kalu tahu awl2 mesti sy dtg..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...